Monday, 7 November 2011

Sistem Islam adalah penawar, lain adalah racun.




Sesungguhnya Islam itu sudah lengkap melengkapi di dalam membentuk kehidupan yang selamat dan menyelamatkan. Dengan kembali kepada fitrah Islam secara kaffah dan meninggalkan segala ideologi buatan manusia sahajalah, manusia dan dunia ini terselamat dari kemusnahan peradaban kemanusiaan dan kebendaannya.

Mari kita renungi beberapa firman Allah SWT di bawah ini:-

  • Firman Allah SWT: Maksudnya: “Barang siapa yang menghendaki selain Islam sebagai cara hidup, sekali-kali tidak akan diterima daripadanya dan di Akhirat, ia menjadi orang yang rugi”. (Ali Imran: 85)
  • Firman Allah SWT: Maksudnya: “Hendaklah kamu masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya”. (Al Baqarah: 208) 
  • Firman Allah SWT: Maksudnya: “Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tidak ada balasan bagi orang yang melakukan demikian itu melainkan akan ditimpa kehinaan di dunia. Manakala di Akhirat akan dicampakkan pada azab yang pedih”. (Al Baqarah: 85)
  • Firman Allah SWT lagi: Maksudnya: “Bukan sifat mukmin lelaki mahupun perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan hukum, mereka memilih-milih (yang sesuai dengan selera mereka)”. (Al Ahzab: 36)
    Islam itu satu sistem keselamatan. Sekiranya Islam tidak diambil atau diamalkan keseluruhannya, akan ternafilah keselamatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam agama suciNya iaitu Islam. Manusia tidak boleh beriman dengan sesetengah ayat Al-Quran dan kufur pada sebahagiannya. Juga, tidak boleh amalkan sesetengah ayat Al-Quran dan meninggalkan sesetengahnya. Manusia tidak boleh campur adukkan sistem Islam dengan sistem-sistem yang lain, dan kemudian menuntut keselamatan dari Allah SWT.

    Sistem Islam itu adalah penawar, manakala sistem yang lain itu adalah racun. Manusia tidak boleh campurkan racun dengan penawar dan kemudian menganggapnya sebagai ubat. Jika ada yang berbuat begitu, bukan sahaja tidak boleh menyembuhkan penyakit yang ada, bahkan akan timbul pula berbagai kemunculan penyakit yang lain.

    Orang Islam mestilah mengambil iktibar daripada hakikat ini. Islam yang diperjuangkan tidak cukup hanya indah dari segi falsafah dan teorinya sahaja. Walaupun Islam itu memang indah sekalipun baru diperkatakan secara teori, namun praktik Islam itu jauh lebih indah. Falsafah Islam yang indah itu hanya merupakan tarikan awal untuk membinanya secara realiti.

    Para pemikir dan cendekiawan Islam tidak boleh mengecewakan manusia dengan menyebabkan mereka tertunggu-tunggu untuk merasai keindahan Islam yang telah mereka baca dan fikir. Jika tidak, manusia akan menganggap bahawa Islam juga akan mengecewakan mereka seperti kapitalis, komunis, sosialis atau demokrasi. Sedangkan, keindahan Islam bukan satu utopia.

    Masa berfalsafah hampir berakhir. Satu model kehidupan Islam yang dapat dirasa mesti dibina segera. Telah banyak diperkatakan tentang keindahannya. Kini manusia menunggu-nunggu bila lagi mereka boleh menikmati keindahan Islam?

    Dan inilah kunci kejayaan Islam, keindahannya jika dapat dirasa, akan menyebabkan manusia tidak kira Islam ataupun bukan Islam menerimanya dengan hati yang terbuka. Ketika itu akan padamlah segala polemik, prejudis dan keraguan, bolehkah Islam menyelamatkan manusia?.

    Rencana ringkas ini, mari kita singkap akan kebesaran Allah AWT serta kesahihan hukum-hukumNya (sistem Islam) untuk direnungi dan dihayati bersama. Kalaulah kita berjaya mengamalkan sistem Islam keseluruhannya iaitu berjaya menegakkan cara hidup dan tamadun Islam, baik yang lahir mahupun yang batin. InsyaAllah!!!

    Allah SWT telah menjanjikan kepada hambaNya apa yang difirmankanNya dalam Al-Quran: Maksudnya: “Negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan”. (As Saba: 15).

    Wallahualam.. 

    No comments:

    Post a Comment