Dalam Eko-Pelancongan, masa depan perkhidmatan kereta api amat
cerah berikutan peningkatan penggunaan oleh pelancong asing. Jajaran
Beaufort - Tenom yang melalui jeram Sungai Padas menawarkan satu
pemandangan yang sangat menarik. Tambahan pula, perkhidmatan kereta api
itu sendiri turut menjadi tarikan pelancong, dan kereta api pelancong
bersejarah North Borneo Railway dikendalikan oleh Sutera Harbour untuk
menakluki pasaran pelancongan di Sabah. Dengan tarikan Sabah sebagai
destinasi kembara, penggunaan kereta api oleh pelancong dijangka terus
meningkat dari saban tahun.
Sistem rangkaian kereta api di Sabah adalah satu-satunya sistem
pengangkutan kereta api yang beroperasi di pulau Borneo dengan landasan
sepanjang 134 km dari Tanjung Aru, Kota Kinabalu ke pekan Tenom, di
Bahagian Pedalaman Sabah. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Perkhidmatan
Kereta Api Borneo Utara. Ia di bawah pengawasan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) dan merupakan sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia, yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Ia merupakan sistem pengangkutan yang amat penting sebagai laluan pengangkutan kedua
kerana, selain memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, malah berupaya merancakkan ekonomi terutama dalam sektor pelancongan.
Apa yang berlaku, sebaliknya.. Lihat gambar di bawah ini.. Bila sungai da jadi kering, rakit pulak da jadi kereta api.. Terima kasih dan tahniah la buat UMNO/BN..
Projek Menaik Taraf Landasan Keretapi daripada Tanjung Aru ke Tenom yang
bernilai lebih kurang RM300 juta, adalah antara contoh projek
tergendala dan terlewat daripada jadual - Ulasan selanjutnya => KLIK
Sejarah dan Aliran Perkhidmatan Keretapi Borneo
Pembinaan landasan kereta api bermula tahun 1896 di bawah perintah jurutera Arthur J. West bersama pembantunya Gaunon seorang Murut yang berasal dari Keningau. Landasan kereta api ini dibina oleh pekerja yang dibawa dari Jepun diketuai oleh Akira. Pada asalnya ia dibina bagi mengangkut tembakau dari pedalaman ke kawasan pantai untuk dieksport.
Landasan pertama yang dibina adalah sepanjang 32 km dari Sungai Bukau di utara Beaufort, ke selatan di pelabuhan Weston. Ia kemudian dipanjangkan sejauh 48 km lagi pada tahun 1903 ke Tenom, siap pada tahun 1905. Landasan dipanjangkan lagi pada tahun 1906 dari Tenom ke Melalap sejauh 16 km. Jurutera Arthur J. West juga bercadang membina satu lagi rangkaian landasan kereta api menuju ke Keningau tetapi beliau telah ditukarkan ke Australia menyebabkan pembinaan tersebut tergendala.
Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan landasan dari Beaufort ke Jesselton (kini Kota Kinabalu) siap pada tahun 1903, dibina berhampiran kawasan pantai. Rangkaian yang sudah siap adalah sepanjang 193 km. Namun, hampir keseluruhan rangkaian dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1945, 24 Kumpulan Briged Infantri Australia mengendalikan rangkaian kereta api. Tenaga lokomotif yang digunakan terdiri daripada Jeep yang diubah suai. - (The 24 Brigade Railway - The AIF in North Borneo: 1945 Harvey, Jim).
Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara menjalankan satu program pemulihan rangkaian serta menambah baik perkhidmatan pada tahun 1949 serta pada tahun 1960. Namun demikian, pada tahun 1963 laluan cabang ke Weston telah ditutup, begitu juga dengan laluan ke Melalap pada tahun 1970. Kos operasi di laluan yang jarang digunakan serta pembinaan jalan raya baharu menjadikan situasi bertambah parah. Pada tahun 1974 laluan utama juga dipotong dari Kota Kinabalu ke Tanjung Aru.
Aliran atau laluan kereta api telah ditutup pada tahun 2007 bagi kerja-kerja penyelenggaraan serta baik pulih. Keseluruhan laluan Tg Aru-Tenom dibuka semula pada 21 Februari 2011 dan perjalanan bakal mengambil masa selama 2 jam 15 minit pada kelajuan purata 80 km/j berbanding 50 km/j sebelum ini. Perkhidmatan kereta api kali ini menggunakan lokomotif baharu yang lebih berkuasa keluaran China Railway Co. bagi menggantikan lokomotif lama Hitachi.
Kerja baik pulih landasan dilakukan dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu, syarikat milik penuh Kerajaan Persekutuan yang mengendalikan rangkaian kereta api di Semenanjung Malaysia. Sungguhpun demikian, JKNS beroperasi dan ditadbirkan sebagai sebuah badan yang berasingan daripada KTM, serta menggunakan peralatan pengendalian yang berbeza.
Terdapat 14 stesen kesemuanya antara Sembulan ke Tenom: Sekretariat-Tg Aru-Putatan-Kinarut-Kawang-Papar-Kimanis-Bongawan-Membakut-Beaufort-Saliwangan Baru-Halogilat-Rayoh-Pangi-Tenom. Rangkaian kereta api ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS), sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah.
Cuba kita bandingkan pembangunan sistem pengangkutan di dua wilayah tanah besar ini.. Sabah operasi bermula pada tahun 1896.. Di Semenanjung Malaysia mula beroperasi pada tahun 1948.. Tak payah la ulas.. Ada mata itu tengok, ada telinga dengar dan ada hati itu rasa la keperitannya.. Ting kiu sekali lagi buat UMNO/BN..
projek ini hingga kini masih lagi belum siap, perjelaskan kenapa ia masih belum siap.
ReplyDeleteKalau saya tidak silap sekarang ini Kereta Api Beaufort Tenom yang masih belum selesai. Kalau KK Beaufort rasanya ok sudah. Jadi jalan Beaufort Tenom ini perlulah diambil perhatian.
ReplyDeleteDiharap dapat disiapkan dengan secepat mungkin.
Deletekalau ada keretapi nanti, itu rumah ditepi2 landasan tu masih ada ka?? kalau kena halau, nanti kena cakap pula rampas tanah, kejam macam israel la dan sebagainya..
ReplyDeleteboleh halau, tp bukan halau mcm binatang..
DeleteRasanya perlu dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
DeleteMacam happy saja si beliau. Boleh cari pendapatan ka melalui sistem mini 'kereta api' ni? Unik.
ReplyDeleteNampaknya banyak yang kerajaan perlu baiki sebelum PRU ni.
ReplyDelete