Monday, 9 January 2012

Ummi Hafilda Menjelajah Negara Dedah 'Rahsia Baru' DSAI : Betulkah?


Sekembalinya Najib dan isterinya ke Malaysia, dikhabarkan akan bermula lagi satu episode baru. Ummi Hafilda sekarang ini mula menjelajah seluruh negara mewar-warkan kononnya ada lagi ‘rahsia baru’ akan menyusul berkaitan dengan DS Anwar Ibrahim.

Pemutihan atau pembersihan dalaman UMNO dan cabinet Najib mula bertiup kencang. Najib sudah tentu akan merancang dengan teliti dan mengatur strategi baru demi survival politik beliau. Anwar bebas dari semua pertuduhan liwat dan didapati tidak bersalah juga dikatakan strategi Najib. 

Apakah ini strategi dan rancangan halus Najib supaya rakyat terpukau dengan mentera yang ditiupkan? SR ada buat sedikit penyelidikkan pendapat dan pandangan orang ramai, sama-sama kita fikirkan bersama;
  • Saiful dan peguamnya akan bawa kes ini semula ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh yang ditetapkan, kes ini tidak akan berakhir begitu sahaja dengan membiarkan DSAI berada dalam keadaan zon selesa. Atau, Saiful akan berdiam diri sahaja?
  • Strategi Najib, DSAI terlepas dari tuduhan dan Najib konon telah buktikan kepada dunia dan rakyat Malaysia bahwa badan kehakiman di Negara ini telus dan bersih tanpa campurtangan kerajaan pemerintah UMNO/BN, katanya setiba balik dari luar negara. Maka, akan bergemalah dan berkumandanglah di udara media UMNO/BN bahwa tiada konspirasi terhadap DS Anwar Ibrahim. Bijak kan Najib?
  • Kenapa Polis bagi kebenaran berhimpun semasa keputusan ‘Sodomi II’ diumumkan, tentu ada sebabnya. Polis bukannya bodoh yang peka dengan segala maklumat. Apakah Polis tahu lebih awal keputusan tersebut, cuba bayangkan sahaja begitu ramainya penyokong DSAI berhimpun di luar perkarangan mahkamah kalau DSAI didapati bersalah. Apa akan jadi ketika itu?
  • Najib akan merancang suatu strategi baru yang dikatakan pelan 'B' bagi mendapatkan semula sokongan rakyat terhadap UMNO/BN, dengan melakukan rombakan cabinet untuk mengeluarkan konon-kononnya liability dalaman kerajaan UMNO/BN. Siapakah menteri cabinet yang menjadi sasaran Najib?
  • Penyingkiran Dr Hasan Ali dari PAS juga akan dicanang, kononnya beliau yang mempertahankan hak Islam dan menentang kebatilan memperjuangkan akidah umat Islam di Negara ini. Sekarang ini diwar-warkan Hasan Ali telah menyertai UMNO. Betulkah Hasan Ali ini pejuang akidah umat Islam dan kebathilan?
  • Isu perkauman dan sintimen agama akan dimainkan disetiap pelusuk dan ceruk-ceruk masyarakat Melayu (Islam) konon DAP lebih berkuasa dari PAS dan PKR sekiranya memerintah kelak, manakala pada satu pihak pula dimainkan isu Hudud yang tidak adil kepada agama lain. Kenapa sintimen agama dan kaum dimainkan?
  • Orang seperti Zul Kulim, Datuk T, Ummi Hafilda, Nala Karupan, Hasan Ali, Ezam, dan beberapa lagi pemimpin yang dulu menyokong DSAI dan Pakatan Rakyat sekarang ini menentang akan digunakan sepenuhnya oleh UMNO/BN mencanang segala isu. Bagaimana anda melihat pemimpin-pemimpin tersebut?
  • Pelan ‘A’ tidak berhasil, apa pelan seterusnya yang akan dirangka oleh Najib dan kuncu-kuncunya? Kita tunggu episode ‘Ombak Kebangkitan Rakyat’ yang akan menyusul dengan ‘Rombakan Kabinet Najib’ yang diwar-warkan akan dilakukan dalam jangka masa terdekat ini sebagai langkah pemutihan kerajaan UMNO/BN. Bolehkah UMNO/BN dibersihkan lagi?.

JAWABAN ITU ADA PADA ANDA SEMUA..

No comments:

Post a Comment