Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini telah membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan menaikkan royalti minyak Sabah daripada 5% kepada 20% sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya, dan pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menjanjikan 50%.
Dalam hal ini sebenarnya, Rahman tidak mempunyai alasan untuk menolak cadangan itu kerana Anwar mahu memberi lebih banyak dana buat Sabah. Namun pada masa yang sama, beliau timbulkan persoalan dibenak fikirannya sendiri, benarkah Anwar boleh buat begitu?
Rahman mendakwa bahwa kononnya DS Anwar tidak telus dengan cadangan berkenaan, untuk menambah royalti minyak negeri Sabah. Ketika dalam persidangan Dewan Rakyat tahun lalu katanya, saya bertanya jika Anwar menambah royalti minyak Sabah kepada 20%, apakah beliau boleh menjamin untuk tidak mengurangkan peratusan peruntukan kepada Sabah menerusi Belanjawan 2013 atau Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) jika pembangkang menawan Putrajaya?
Rahman mengingatkan pembangkang bahawa Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Di mana Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah.
Berbagai persoalan timbul di sini pada sesetengah penganalisis politik Sabah yang SR dapati. Antaranya, peruntukkan itu adalah hasil royalti minyak Sabah yang diberikan oleh persekutuan. Apa yang kita sedia diketahui selama ini, semua peruntukkan atau projek mega yang di bawa masuk oleh kerajaan persekutuan ke Sabah akan dilakukan atau diproses dahulu di Kuala Lumpur. Contohnya; tender-tender projek jabatan persekutuan, itu duit siapa?. Kenapa peruntukkan itu diurus tadbir oleh persekutuan, sedangkan itu adalah hasil negeri Sabah? Apakah pemimpin-pemimpin Sabah tidak mampu mengagih-agihkan atau langsung tidak tahu mengurus tadbir duit rakyatnya sendiri?.
Rahman melahirkan kebimbangan sekiranya Anwar mahu menaikkan royalti minyak, kononnya tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti. Menurut beliau, dana Sabah tidak akan berubah atau berkemungkinan menjadi lebih teruk jika Anwar mengurangkan peruntukan tahunan Kerajaan Pusat kepada Sabah.
Kenyataan Rahman ini amat tidak bertanggungjawab sebagai MP Kota Belud khususnya, dan pemimpin Sabah amnya. Malah, beliau rasa bangga dengan hujahnya yang mengatakan tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk menjawab persoalan yang dia bangkitkan di dewan rakyat. Apakah Rahman sedar ketika itu bahwa beliau adalah mewakili Sabah, dan berapa orang pemimpin pembangkang Sabah ketika itu berdiri dihadapannya di Parlimen?.
Rahman juga tidak menafikan, besar kemungkinan nanti Sabah akan menikmati royalti minyak lebih besar tetapi di akhirnya, ia juga mungkin mendapat peruntukan lebih sedikit daripada Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Anwar sebagai Perdana Menteri. Perlu diingat bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak menentukan berapa dan siapa yang akan dapat lebih atau kurang peruntukan Kerajaan Pusat.
Untuk itu tambahnya lagi, beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia mesti mengorbankan bahagian mereka dalam Belanjawan Pusat. Malah, saya jangkakan sesetengah projek di Semenanjung terpaksa dibatalkan. Soalnya siapa dan apa yang perlu dikorbankan?. Jawaban SR, Selangor, Johor dan lainnya yang dahulunya lebih kaya dari Sabah akan terkorban. Dan, Sabah akan membangun serta kemiskinan di negeri ini akan menjadi seimbang serta pembangunan juga akan berjalan dengan sehala bersama-sama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, selama ini perkara itu tidak berlaku.
Pada pendapat saya, kata Rahman; "Anwar mempunyai dua pilihan. Yang pertama, beliau akan mengurangkan peruntukan bagi negeri bukan pengeluar minyak (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan)". Inilah perjuangan Rahman Dahlan yang harus dan perlu kita ketahui, bermain api dalam sekam yang membolehkan Sabah dijajah semula.
Kata MP Kota Belud Abdul Rahman Dahlan, lagi. "Sesungguhnya, saya tidak mahu orang Sabah terjebak hanya kerana Anwar menjanjikan bulan dan bintang".
Rahman Dahlan tidak ubah sebagai tukang karut Najib Razak. Cuba perhatikan kenyataan beliau dengan kenyataan Najib pada petikan media di bawah ini, serupa bukan?. Tanya Rahman Dahlan, milik siapakah semua konsesi projek mega yang dilaksanakan di Sabah?. Siapa dibelakang tabir projek berkenaan?. Ada syarikat orang Sabah yang terlibat, ada pun mungkin proksi atau kroni CM.. Siapa CM Sabah?.. Tepuk dada, tarik nafas. Tepuk dahi, semua dia kebas..
Dalam laman sosial FCB, antara masyarakat Sabah yang memberi respond terhadap kenyataan MP Kota Belud ini iaitu, Datuk Abdul Rahman Dahman.
Mustalim Mus itu pendapat saja..tidak salah mengeluarkan pendapat untuk dikongsi bersama..Apa pun yang kita belum cuba kita tidak tau..tidak seperti "sekilas ikan di laut tau jantan betinanya"..ia salah satu anjakan paradigma negeri sabah..
Simpang Mengayau 20% lebih baik dari 5%.. itu sudah pasti.. tinggal lagi sekarang yg memerintah bn bukan pr...esok esok andai kata pr menang kita tuntut lah janji tu...
Elvonson Manjuil dengan 5% pun boleh juga kita sikit2 membangun... bayangkan kalau kita dapat 20% tu.. SABAH ni mcm KUARI semananjung... kalau sudah habis batunya... na... merana la kita... tingal lubang sana lubang sini..
Denny Tan klu Sabah susah sikit sebab banyak pemimpin kita menghambakan diri kepada pemimpin Malaya... semua yes man... kalau suda memerintah sendiri? ntah laaaaaaa..
Dennis R. Raji Data minyak ini tidak jelas? berapa setahun pendapatan minyak kita? peruntukkan yng dicerita pula pasal RMK. Perlu diingat 1 RMK = 5 Tahun. Kalau mau tuntut minyak, tuntut nilai yang swajarnya.Jangan fikir negatif kalau rasa rakyat Sabah, menuntut hak adalah kewajipang..
Roslan Gimba kalau ikut data tidak rasmi sabah menghasilkan tidak kurang 920 000 barel minyak sehari @ bersamaan RM19 bilion setahun. Kalau 20% = 4 bilion setahun........= 20 bilion dalam 1 RMK. sekarang kerajaan hanya bagi dlm 800 juta setahun = 4 bilion dalam 1 RMK + bajet khas pembangunan dalam 2.3 bilion.
Manajoki Tan Mariappan 100% mustahil sebab petronas yang gali minyak ni...bagi sabah 49% saja, sabah terkaya di Asean kedua Brunei, ketiga singapore....ini tak maluka pairin musa aman no 2 termiskin di malaysia dan no 4 termiskin di Asia...bodoh..
Denny Tan ini komen dari member sebelah : Terlalu banyak yang rakyat sabah tidak puas hati terhadap pusat,pembangunan kurang tapi semua hasil sabah kena hisap ke persekutuan, selain minyak dan gas,bayaran cukai,sekarang ini tanpa di sedari harga miny
...ak kareta sudah naik cuma kerajaan tidak heboh kepada rakyat,saya isi motorsikal dulu rm3 dikira okeylah sekarang rm3 macam sebotol minuman tuak..urusan hutang piutang,master card semua di KL yg luluskan dan KL yg telepon menagih hutang,pengambilan pekerja JPA dari semananjung yang beri temuduga sedangkan semua ini boleh di kendali rakyat sabah...tidakhairanlah semua jawatan kerja diisi orang semananjung k . rakyat sabah jadi pemerhati...
Pada pandangan
Saya Ready pulak, jangan perhambakan diri pada orang lain demi kepentingan peribadi. Bersedialah jadi pemimpin untuk memperhambakan diri pada rakyat. Kerana, kalau bukan rakyat! siapa kamu sebagai pemimpin?..
Nothing wrong by asking Anwar to explain, right? Better clarify things now than be confused later.
ReplyDeleteI'm sure after Rahman Dahlan raised this issue, some of the people will start to have doubts as well. Anwar should clear the air and let people know what are PKR's plans.
ReplyDeletekpd sesiapa yg berani tabur janji!! lepas itu dia tidak tunaikan, tentu sekali akan tersungkur jua kemudiannya nanti.. rakyat skrg lebih bijak berbanding rakyat 20 tahun yg lampau.. rakyat lebih berpendidikkan dr pemimpin yg ada.. ada pemimpin itu SPM pun tak lepas, berlagak pandai dan lebih pintar dr profesor.. saya bukan menghina, inilah realitinya.. tidak salah kita mencuba!..
ReplyDeleteRakyat mahukan perubahan, sebab itu saya yakin rakyat tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji2 manis pihak2 tertentu.
DeleteMusim kempen p/raya paling banyak janji manis ditabur kepada pengundi..
DeleteS/ada Anwar mmapu buat ka tak, terpulanglah pada kemampuannya utk membuktikan pada rakyat.
ReplyDeleteMampukah beliau menunaikan janji yang di beri kepada rakyat sabah?
Deletekita tgklah samada dia mampu laksanakan atau tidak, tapi sebaiknya rakyat kena bijak dalam membuat pilihan.
Deletekalau Anwar membuat rancangan mengikut keupayaan dan kemampuan mereka sudah pasti 20% tu boleh dicapai. kadang2 saya lihat janji pembangkang tu agak mustahil dan sekadar mahu menarik sokongan rakyat.
DeleteNamun sebelum dapat dibuktikan, adalah suatu perkara yang sukar utk memenangi hati rakyat. Tanpa sokongan rakyat, hasrat Anwar pasti takkan tercapai.
ReplyDeleteJadi, rakyat kenalah nilai secara matang hal ini dan buatlah pilihan yang tepat.
ReplyDeleteHarap keputusan PRU13 nanti bakal membawa perubahan sebagaimana yang diimpikan rakyat.
ReplyDeleteSenang untuk bercakap, tapi untuk melakukannya belum tentu dapat.
ReplyDeletekritik hasil usaha orang lain memang senang daripada melaksanakannya.
DeleteSiapa yang tidak mau perubahan, tapi apa yang Anwar janjikan ini belum tentu tercapai, setakat bercakap sahaja tidak akan mendatangkan hasil apa-apa.
ReplyDeleteits like giving the people false hope. If Anwar or even JK couldn't fulfil their promise, then they shouldn't have make it in the first place. 20% or 50% increase sounds impossible to achieve.
DeleteJika PR jadi kerajaan baru dapat nilai sama ada janji2 mereka ini benar atau indah khabar dari rupa. Tapi mampukah mereka kalahkan BN nanti?
DeleteBoth PKR and STAR are trying to beat one another in who will get the highest oil royalty for sabah. I thought they are suppose to cooperate with each other?
ReplyDeleteit makes me wonder whether these 2 leaders could actually get their promise fulfilled.
DeleteNevertheless, i'm sure the people know which party will actually bring positive changes to sabah. Vote wisely!
Deletejangan jadikan isu royalti minyak ni sebagai alat politik semata2.
Deletesebaiknya Anwar menjawab persoalan Rahman Dahlan, rakyat pasti ingin tau jawapannya.
ReplyDeleteKenaikkan royalti pasti akan berlaku peruntukkan dari kerajaan Persekutuan nanti.
ReplyDeleteNampaknya kehangatan demi kehangatan PRU semakin terasa. Pelbagai isu mula dipermainkan oleh sesetengah pihak. Terutamanya mengenai kepentingan penduduk seperti di Sabah mengenai royalti minyak. Semua itu cuma permainan sebenarnya.
ReplyDeletePolitik jadi pentas lakonan mereka yang berkepentingan. Rakyat jadi penonton.
Deletepersoalannya, kenapa Anwar tidak jawab pertanyaan DARD?? sebagai pemimpin yang bercita2 mahu menjadi PM, jangan la terlalu mengharapkan pemimpin bawahan untuk menjawap segala pertanyaan yang ditujukan kepada beliau..
ReplyDeletesebelum Anwar meninggalkan UMNO, beliau juga telah lama berada dalam kerajaan.. kenapa ketika beliau memegang kuasa kedua tertinggi di negara ini, beliau tidak pula menyuarakan isu ini?
ReplyDelete