Friday, 24 February 2012

Saluran Media Arus Perdana Pro UMNO/BN Bukan Lagi Pilihan Rakyat Dapatkan Maklumat

Mutakhir ini, sesetengah rakyat di Malaysia menyatakan rasa kebencian mereka terhadap media arus perdana pro kerajaan UMNO/BN, contohnya media elektronik seperti saluran RTM dan Media Prima serta suratkhabar umpamanya Utusan Malaysia, Berita Hairan dan sebagainya. Mereka lebih suka melihat dan membaca berita dari pelbagai sumber di cyber seperti Tranungkite V11, Malaysiakini, Tukar Tiub, Harakah Online, Metro Online, Sinar Harian, majalah-majalah hiburan dan mana-mana sumber alternatif lain yang mereka boleh perolehi.

Pengamal media Mohamed Idris Saman, telah menyatakan keterbukaannya terhadap polimek media di akhir-akhir ini, dengan katanya; "Saya sudah lama berhijrah ke Sinar Harian, kerana ingin membantu memajukan akhbar harian mereka. Sudah lama lari dari Utusan Malaysia dan Berita Harian. Duit saya ni berapa sen sangatlah kepada mereka!". Kenyataan ini, SR rujuk di lamam sosial FCB kumpulan terbuka Jom Belasah Media Longkang(KLIK)

Kenapa ini berlaku?. Apakah benar dakwaan sesetengah pihak itu bahwa, media arus perdana UMNO/BN kini hanyalah sekadar melontarkan tohmahan dan cercaan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang seperti DS Anwar Ibrahim, tetapi pada masa yang sama mereka membodek pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Hasrat untuk menyatakan kebenaran itu jauh sekali dilubuk hati mereka.

Terbaru, DS Najib Razak memberikan arahan kepada media perdana seperti RTM, TV3, Bernama dan mana-mana media pro kerajaan UMNO/BN yang lain supaya mengurangkan berita-berita yang terlalu memburukkan pihak pembangkang. Kononnya, isu yang keterlaluan bukan menambah sokongan kepada UMNO/ BN, malahan memualkan rakyat dan simpati atau sokongan akan bertambah kepada pihak pembangkang. Sebaliknya arahan terbaru Najib ialah, media-media ini seharusnya menyiarkan lebih banyak berita mengenai kebaikan kerajaan Barisan Nasional.

Dakwaan lain juga menyatakan bahwa, berita-berita yang dilapurkan itu hanya sekadar menambahkan sensasi sedangkan berita tersebut boleh melahirkan kebencian kepada pembaca dan pendengar. Seharusnya media mengambil kira berita yang disampaikan untuk menarik dengan mengkaji sedalam-dalamnya minat pembaca, pendengar dan penonton.

Menurut kajian pembaca dan pendengar ini, membaca sebenarnya menggerakkan dua minda, minda khayalan dan minda nyata. Bila membaca, kedua-duanya akan berinteraksi. Khayalan banyak menggunakan interpretasi dan logik, manakala yang nyata akan mengikut apa yang dilapurkan. Bila digabungkan kedua-duanya, baru berita disimpan dalam minda. Maka itu, kotak minda akan memprosesnya dan akan menyimpan data itu jika perlu. Data yang dianggap virus akan dibuang ke dalam longkang. 

15 comments:

  1. terpulang pada rakyat bnak gunakan saluran media mana dalam mendapatkan maklumat.

    ReplyDelete
  2. saya boring baca media pembangkang sebab dari awal page sampai akhir, semuanya berkisar tentang politik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun pembangkang. What do you expect?

      Delete
  3. Setiap media yang ada mereka menggunakan cara mereka tersendiri. Namun apa yang penting antara semua ialah memastikan sumber yang diberikan itu adalah benar dan tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh itu, perlu ikut garis panduan penulisan, kewartawanan dan sewaktu dengannya dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Namun apa yang dapat dilihat sekarang, masih ada yang suka putar belit maklumat.

      Delete
    2. But still the question of credibility of the information still needs to be taken into account.

      Delete
    3. We cannot take in all the information blindly without looking at it's validity.

      Delete
  4. In essence of democracy, the media suppose to be unbiased when it comes to reporting the news to the masses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. By right the media should not be an instrument of propaganda.

      Delete
  5. In this post modern era, the people have the power an say as to which media (be it the main stream media or the alternative media)they prefer.

    ReplyDelete
  6. Meluat betul bila mendengar berita TV 1,3 ..semua berita nya macam sampah belaka ..Situasi yang sama semasa era 2008 dulu .. Bad sadly to say 'They never learn '

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, terserah pada rakyat yang menerima maklumat tersebut bagaimana mahu menilai. Ada rakyat tidak minat berita lebih banyak Pro Umno tapi ada juga rakyat tidak berminat dengan berita pro pembangkang. Balance la tu. Lagi pembangkang pun boleh mendapat liputan, kalau tidak bagaimna Himpunan Hijau yang terbaru tu mendapat liputan. ramai pembangkang juga join perhimpunan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True, Tuhau Bam. Whether its the mainstream or alternative media, we should judge it wisely. Although there are a wealth of information available, however not all are from trusted source.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  8. There are many choices of alternative media nowadays, the people no longer depends only on the mainstream media for information.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete