Thursday, 12 January 2012

Pemimpin dan Pegawai Pentadbir Kerajaan Kota Belud Perlu Jawab : Kenapa Rezab Padang Ragut Pintasan, Kota Belud Diubah Statusnya?


Dalam keriuhan dan kehangatan suasana menghadapi PRU 13 ini, berbagai sumber-sumber dipaparkan dan diwar-warkan. Mutakhir ini, sikap dan tindaktanduk pemimpin dan pegawai pentadbir kerajaan mula dipertikaikan. Terbaru, isu rezab padang ragut Pintasan, Kota Belud yang didakwa telah diubah statusnya.

Seorang pengiat FCB dalam 'Ruangan Forum Perbahasan Calon' telah memaparkan fenomena mengenai
pelan tanah rezab Pintasan yang digubal pada tahun 1995 telah diubah statusnya tahun 2002. Selepas itu, tidak lama kemudian diubah lagi pada tahun 2010. Dimaklumkan pada dua hari yang lepas, Pegawai Jabatan Tanah Daerah Kota Belud tidak dapat menjawab persoalan tersebut malah membisu seolah-olah menyembunyikan sesuatu fakta yang ada.

Kawasan rezab kampung
'Tanah Guna Sama' ini juga konon akan dibangunkan satu projek oleh sebuah syarikat. Dua orang pemimpin dikaitkan terlibat sama iaitu Datuk Musbah, ADUN Tempasuk dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, MP Kota Belud yang didakwa memiliki kepentingan pada syarikat berkenaan. Tetapi, syarikat yang konon ingin membangunkan projek di tanah tersebut sehingga kini tiada sedikit pun tanda-tanda untuk dibangunkan.

Menurut sumber ini lagi, kita tidak menolak sebarang pembangunan yang diwujudkan di kawasan tersebut, cuma katanya yang menghairankan kenapa? 'Tanah Guna Sama' yang didakwa rezab Kampung Wakap ini tidak diusahakan atau dibangunkan seperti yang dimaklumkan. Hanya lalang dan pondok-pondok usang yang berada di situ, dan sekarang ini pagar-pagar mula dipasang sebagai tanda. 

Apa yang mendukacitakan, di kawasan tersebut juga ada beberapa orang penduduk tinggal berpuluh tahun lamanya di situ yang mengusahakan tanah berkenaan dengan tanaman dan telah mendirikan rumah kediaman keluarga mereka, tiba-tiba diberi notis keluar serta merta oleh pihak kontraktor (syarikat), katanya lagi. 

Apa yang difahamkan dengan SR, ini adalah fakta yang tidak boleh disembunyikan kesahihannya lagi dan sekarang, penduduk terbabit bercadang untuk melaporkan perkara ini ke pihak atasan seperti SPRM dan Media Prima TV3 serta berhubung terus kepada Ketua Menteri Sabah.

SR hanya ingin berkongsi maklumat kepada sesiapa sahaja demi keutuhan perpaduan kaum, bangsa dan agama di Daerah ini khususnya negeri Sabah. Yang pasti, rakyat hanya mahukan tanggungjawab dan keprihatinan seorang pemimpin itu benar-benar terlaksana dengan penuh telus, ikhlas, bersih, cekap dan amanah. Rakyat semua tahu akan kedudukkan hiraki peralihan kepimpinan
pada tahun 1995, 2002 dan 2010 yang rakyat pilih dan letakkan amanah dibahu mereka sebagai seorang pemimpin ketika itu.

2 comments:

  1. Perlu dipertahankan hak-hak penduduk. Mereka yang mengambil kesempatan perlu diajar. Penduduk kena bersatu mempertahankan hak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil kira semua sudut maksud apa yg tersirat dr apa yg tersurat.. tubuhkan jwtankuasa bertindak, utk siasat kes ini sebaik mungkin.. jika ada pemimpin yg terlibat, heret mereka kemuka pengadilan.. jgn ada org sabah buta, bisu dan pekak.. kita lihat mereka di semenanjung msia menangani kes2 seumpama ini yg melibatkan hak rakyat, cthnya; kes khir toyo dan shahrizat.. kita bila lagi mahu bermula?

      Delete