Saya Ready pernah diajukan soalan dalam laman sosial facebook kumpulan TMX - GAGASAN POLITIK SABAH; Soalanya; Apa pandangan SR tentang 4 pemimpin di Kota Belud?. Jawaban SR mudah saja, bagi peluang dengan orang baru. Alasan, simple; Pengundi sekarang rata-rata pengundi (majority) adalah orang muda.
Leel Areel ba ni kali lah... apa pandangan ko tentang 4 pemimpin di KB tu bro... kita ubah tajuk sikit...
Saya Ready pendpt saya secara jujur tntng 4 pemimpin itu, DARD lebih menyerlah.. DARD lebih berani mengutarakan kehendak rakyat, wlupun ada ubi disebalik batas.. tapi saya x suka dia sbb, dia pemimpin BN.. lain la nnti klu dia PR.. ehmmm.. apa pun pembangunan seimbang adalah keutamaan pd rakyat.. bg saya D.Salleh dan Tan Sri, rehat dulu.. bg peluang pd org baru..
Namun demikian, ada seorang sahabat sebagai penyokong dan pendokong UMNO Kota Belud bagi respond serta pandangan dengan menghantar SMS kepada SR; katanya;-
Ada 4 pemimpin berpengaruh sekarang ini di Kota Belud, katanya 3 daripadanya Wakil Rakyat (YB), 1 lagi menjawat jawatan taraf menteri di Sabah dan Speaker DUN. Sahabat ini bagi alasan dan pandangan yang ringkas tapi menarik, antaranya;
Datuk Salleh – Pemimpin ini paling lama berkuasa atas nama bangsa Bajau, dulu PSBB sekarang ini USBO. Banyak jawatan sudah diduduki, termasuk Ketua Menteri Sabah. Namun katanya, kemampuan dan kebolehan ada pada pemimpin ini, tetapi nawaitu atau niat beliau bukan untuk bangsa Bajau dan masyarakat Kota Belud. Ada tersirat dari yang tersurat dalam agenda beliau, tambahnya lagi.
Datuk Musbah – Masih keliru hingga kini walau sudah 2 penggal menjadi Wakil Rakyat sekarang ini. Bila sembang dengan rakyat, bukan cerita atau tanya apa masalah rakyat. Asyik-asyik cerita kekayaannya dan bagaimana beliau berjaya dalam perniagaan. Sebagai Wakil Rakyat, boleh beliau berniaga? Itu persoalan yang sahabat ini timbulkan.
Datu Japlin – Niatnya besar untuk menaiktaraf kehidupan rakyat dan ingin memartabatkan bangsanya, tetapi kemampuan beliau terbatas. Akhirnya dia saja yang kaya raya.
Datuk Rahman – Sahabat ini kata, peduli apa pemimpin ini dengan bangsanya di Kota Belud, dia orang Tuaran. Lagi pun pemimpin ini konon telah mendakwa bahwa kemenangannya bukan sokongan Iranun dan Bajau, kalau bukan orang bukit yang bagi sokongan, tentu beliau sudah kalah pada PRU12 yang lalu.
Kenyataan ini hanyalah semata-mata pandangan atau pendapat dari persoalan yang ditimbulkan. Suara rakyat itu penting untuk mengubah dan merubah keadaan yang mereka fikir perlu diperbaiki. Terima kasih.
setiap pemimpin ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.
ReplyDeletemana-mana pemimpin pun, pasti ada yang suka dan ada yang tidak suka terhadap mereka. namun yang penting tugas dilaksanakan dengan baik.
Deletekita kena pndai menilai pemimpin mana yang dirasakan terbaik.
ReplyDeletePendapat saya mcm si antap. Setiappemimpin ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. So kita kenalah bijak membuat pilihan.
ReplyDeleteSaya yakin setiap individu mempunya citarasa yang berbeza so agak sukar utk memutuskan siapa yang terbaik dianatar 4 pemimpin itu.
ReplyDeletesetiap orang ada pandangan sendiri tentang pemimpin mereka. jika pemimpin melakukan tugas dengan baik mereka pasti terus disokong.
DeleteSo better kita nantikan saja apa yang akan berlaku next GE nanti.
ReplyDeleteNamun buat masa sekarang rakyat mempunyai peluang dan kuasa utk buat pilihan. Jadi pastikan peluang itu tidak disia-siakan.
ReplyDeleteya..pilihan terletak ditangan rakyat untuk memilih mana yang terbaik untuk mereka.
DeleteJom tepuk dada tanya selera:) Pastikan takda penyesalan dikemudian hari:P
ReplyDeleteeveryone has their own opinion on the leaders in KB.
ReplyDeleteJudge the leaders wisely. Don't assume that leader is bad or lousy when flaws are seen in them.
ReplyDeleteMost important is the contributions that has been made by the leader for the society in that area.
DeleteRemember, no one is perfect even the leaders are not perfect.
ReplyDeleteHard to tell which leader is genuinely with his struggle for rakyat.
DeleteRakyat KB perlulah membuat pemilihan yang terbaik supaya masa depan KB terjamin.
ReplyDeleteParti yang bertanding juga perlulah meletakkan calon yang bukan sahaja winnable, tapi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
ReplyDeleteSaya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk
ReplyDeletehoped the people of Sabah would not be easily duped by the opposition’s promises
ReplyDeleteEach has their own strength as well as weaknesses...
ReplyDeleteThe choice is really up to the people really
ReplyDeleteya, bagi peluang kepada muka2 baru untuk bertanding pada PRU. saya pun teringin nak tahu siapa pilihan pengundi2 sekarang yang rata2nya adalah orang muda. pasti mereka ni mahukan sesuatu yang baru.
ReplyDeleteRakyat mahukan perubahan. Banyak yang mahukan muka2 baru. Agak menarik juga PRU13 ini nanti. Tidak sabar mahu tahu calon2 yang akan bertanding.
Deleteempat pemimpin yang telah dinyatakan tu semuanya telah dinyatakan kelebihan dan kekurangan mereka. rasanya bagi orang KB bukan sukar sangat untuk menilai mereka dengan lebih tepat bila pemilihan dibuat. semoga dapat membuat keputusan yang terbaik nanti demi untuk kesejahteraan orang2 KB.
ReplyDeleteSetiap pemimpin ada kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.
ReplyDeletePilihlah calon yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik untuk penduduk Kota Belud itu sendiri. Kerana pemilihan calon yang terbaik ada perlu bagi meneruskan kejayaan pada Pru sebelumnya.
ReplyDeletejadi pihak2 yang bakal bertanding pada pru13 nanti haruslah memilih calon mereka dengan berhati-hati dan boleh menang...kalau asyik muka lama saja dicalonkan, pembangunan di KB juga akan menjadi agenda lama..tiada yang baru..
DeleteKota Belud merupakan kawasan yang dari mula hingga sekarang sangat aktif dengan dunia politik. Banyak pemimpin yang berkebolehan dikawasan tersebut.
ReplyDeletesiapakah yang akan dicalonkan pada pru13 nanti?
DeleteSelagi penduduk mendapat apa yang mereka perlukan selagi itu calon itu tetap menjadi pilihan penduduk.
ReplyDeletebukan mudah mahu tentukan mana satu calon yang terbaik.. bagus tanya sendiri penduduk di KB tentang siapa yang mereka lebih suka untuk menjadi pemimpin di daerah itu..
ReplyDeleteKota Belud ada ramai pemimpin hebat, jadi pasti mereka dpt bangunkan lagi KB.
ReplyDeleteKB memang ramai melahirkan pemimpin-pemimin yang dikenali dan berpengaruh..yang penting usaha untuk membangunkan KB perlu terus dibuat.
DeleteMasing-masing ada ciri-cirinya.
ReplyDeleteRakyat KB pasti akan buat penilaian dan mengundi calon yang betul berbakat.
ReplyDeletePemimpin yang mengutamakan rakyat pasti menjadi calon keutamaan rakyat juga.
ReplyDeletePasti satu saingan hebat do PRU akan datang.
ReplyDeleteNo perfect leader that can please everyone.. but ideal leader.
ReplyDelete