Ramai yang mengharapkan penubuhan RCI dapat dan berjaya
dibentuk untuk menangani isu Pati di Sabah dan juga seluruh Malaysia, tetapi mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula seolah-olah menjadi batu
penghalang kepada pembentukan RCI terhadap
pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah. Menurut Mahathir, ia tidak
akan memberikan sebarang perubahan yang akan menyelesaikan masalah berkenaan.
Sehubungan dengan itu, Timbalan Presiden UPKO Datuk Wences
Angang cuba membidas Mahathir tentang
kenyataannya yang seolah-olah cuba menghalang pembentukkan RCI.
Wences berkata dalam satu petikan kenyataannya dalam akhbar,
“Sekarang, dia (Mahathir) tiba-tiba muncul menyuarakan sokongan kuatnya
terhadap pemberian kerakyatan kepada bilangan warga asing yang besar apabila Perdana
Menteri kini (DS Najib Tun Razak) baru hendak datang ke Sabah untuk mengumumkan
secara rasminya pembentukkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas
pendatang haram”.
Wences mendakwa bahwa, kenyataan Mahathir itu betul-betul
antiklimaks kepada jangkaan dan harapan tinggi pada kunjungan Najib ke Sabah
pada 11 Ogos ini untuk menerangkan selanjutnya tentang penubuhan dan
pelaksanaan RCI. Jika betul Mahathir menghalang pembentukkan ini, kandungan
buku oleh Mutalib "Projek IC : Agenda Tersembunyi Mahathir" kemungkinan mengandungi banyak
kebenarannya, tambah beliau lagi.
Wences juga mencadangkan supaya Mahathir bersara dengan aman
dan membiarkan Najib menjalankan pentadbiran negara tanpa campurtangan luar. Beliau
juga beranggapan, ada dikalangan pemimpin-pemimpin politik tertentu yang cuba
menghalang pembentukkan RCI selain Mahathir.
RCI perlu ditunaikan dan dilaksanakan di Sabah. Dr M tidak patut menghalangnya untuk dilaksanakan.
ReplyDeletemacam mana lantang pun suara Tun M hingga bergema diseluruh pelusuk negara, ianya hanya ibarat tin kosong.. bunyi saja kuat tapi isi tidak ada.. apa kuasa beliau untuk menghalang usaha2 kerajaan pimpinan Najib? era beliau sudah lama berlalu..
ReplyDeleteera regim mahathir sudah lama berlalu...rakyat tidak mahu beliau mencampuri dalam urusan kerajaan...beliau kini adalah orang luar...
DeleteMahathir berhak mengeluarkan pandangannya sendiri tentang RCI tapi beliau tiada hak untuk memutuskan sebarang tindakan dibuat samada untuk teruskan atau menghentikan RCI.
DeleteDS najib, tidak perlu takut dengan mahathir...dia tidak boleh buat apa2...dia tiada kuasa esekutif...dia bukan PM...buat saja apa yang perlu dibuat mengenai RCI...tubuhkan RCI agar kita tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas projek IC di sabah..
ReplyDeletesuara rakyat perlu diutamakan, rakyat yang berkuasa di negara kita.
DeleteMahathir hanya takut dengan bayang2nya sendiri. mungkin juga terbayang 'dosa' lampaunya.
Deletepenubuhan RCI memang impian rakyat Sabah
ReplyDeletekerajaan patut mendengar suara ramai dan bukannya membuat keputusan berdasarkan suara sebilangan kecil yang membantah penubuhan RCI ini
ReplyDeletebiarlah RCI ditubuhkan atas permintaan rakyat
ReplyDeleteinilah masa kerajaan buktikan bahawa suara rakyat diutamakan
ReplyDeletetentunya rakyat akan memberi sokongan kepada BN jika masalah PATI ini dapat ditangani
ReplyDeletebelum tentu lagi terlaksana, saya risau ia hanya wayang kulit umno/bn.. pemansuhan ISA pun sehingga skrg tiada kesudahannya..
Deletepandai2lah rakyat nilaikan sendiri. terjemahkan dalam bentuk undian.
DeleteNajib tahu apa yang perlu dilakukannya, jadi tak payahlah kita risau.
ReplyDeleteHarap Tun akan diam dan tidak campur tangan kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan sahaja.
ReplyDeleteRCI mesti ditubuhkan, tak perlu dgr kata mahathir.
ReplyDeleteNajib pun sudah umumkan terma2 RCI dan akan dilaksanakan
DeleteTidak payah la dengar sangat Mahathir punya cakap.
ReplyDelete