MUSLI OLI BIDAS DAKWAAN NOH OMAR PROJEK NFC TIDAK GAGAL
Memetik kenyataan YDP Perkasa Sabah, En Musli Oli dari laman sosial FB beliau yang membidas dakwaan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Noh Omar yang mengatakan projek NFC tidak gagal.
Musli mendakwa sebagai seorang menteri, beliau seharusnya sedar dan memahami moralnya isu ini dan bukan bermakna projek lembu itu gagal atau tidak!. Persoalannya di sini, kenapa projek yang rakyat biasa boleh jalankan, keluarga menteri juga yang nak sapu?. Jika sekiranya projek itu di bawah kemampuan rakyat, maka amatlah wajar sekali para menteri campur tangan.
Di Kota Belud contohnya menurut Musli, suatu ketika dahulu di zaman British terdapat ladang lembu terbesar di Sorob. Sekarang ini, untuk memulakan ternakan lembu perlu tanah dan modal yang besar. Tapi malangnya juga, tanah-tanah kerajaan ratusan ekar di ambil oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang menggunakan syarikat-syarikat nominee. Ditambah lagi dengan modal yang sukar diperolehi, tetapi jika keluarga menteri yang memohon ia terlalu mudah untuk diluluskan oleh kerajaan. Pengalaman saya, tidak perlu ada RM250 juta, hanya RM5 juta sudah boleh buat dan jalankan projek ternakan lembu peringkat Daerah, katanya lagi.
Tambah beliau lagi, saya sudah letak jawatan dari penganjuran lumba Basikal Tour Of Borneo kerana tidak mahu ada 'conflict of interest' bagi mengelakkan propaganda politik yang tidak sihat.
Seorang pengiat facebook iaitu Mohd Saidi Lampoh, yang turut memberi respon baik terhadap kenyataan Musli, dengan katanya; Pepatah Melayu, "Menegakkan Benang Yang Basah", sampai bila pun, benang basah itu tak boleh tegak. Itulah kerja Noh Omar, sudah pun Ketua Audit Negara kata, pengurusan NFC 'in a mess' lagi-lagi beliau kata syarikat itu 'berjaya! berjaya! berjaya'. Jutaan ringgit diselewengkan dengan membeli tanah, beli kondo, beli kereta mewah dan laksanakan umrah guna duit yang dikhaskan untuk bela lembu, masih juga Noh Omar 'menegakkan benang basah'. Nyawa dah sampai di khalkum, telur dah di ujung tanduk, katanya lagi.
SR: terima kasih kerana hilite isu ini. PR melihat BN cuba memperbaiki keadaan kerana ternyata isu lembu NFC terlalu menjejaskan kredibiliti BN.
ReplyDeleteApapun kelewatan usaha 'damage control' gagal meyakinkan rakyat.
Musli Oli
Penolong Ketua Penerangan PKR negeri Sabah.
itu saja bantuan yg termampu utk mnjayakan misi perjuang bro MO.. tahniah dgn jwtan baru sbg Pen P'nrngn PKR Sabah, teruskan perjuangan..
Deletesebenarnya kita belum terlewat lagi, cuma masanya belum tiba.. rakyat mula bangkit dan memahami keadaan isu2 semasa sekrg, hanya pihak2 tertentu saja yg berkentingan menyebelahi mereka.. SR yakin, insyaAllah! jika ia dtg secara tiba2, tiada yg dpt menghalangnya.. salam perjuangan, thanks..
Musli Oli sejak masuk PKR lantang sudah nak bidas kerajaan.
ReplyDeletemudah2an suara dia yang lantang boleh sampai ke persekutuan.
Deletewang yang digunakan NFC adalah wang pinjaman, mereka kena juga membayarnya nnti.
ReplyDeleteBanyak betul spekulasi tentang isu NFC ini. Entah siapa yang bercakap benar, entah siapa yang cakap ikut suka hatinya saja. Huhu...
Deletemungkin lebih baik lagi projek2 seperti NFC ni tidak akan diberikan kepada keluarga atau saudara menteri2.
ReplyDeleteKalau dari awal tidak diberi kepada keluarga menteri, mungkin tidak juga timbul isu ini. Persoalannya, company suami Sharizat sajakah yang paling layak di M'sia ni?
DeleteKita semua menantikan keputusan siasatan mengenai perkara ini.
ReplyDeleteI think Sharizat and her family has already received their punishment.
Deletesabah-go-green.blogspot.com
entah mana satu yang saya perlu percaya.. samada kerajaan mahupun pembangkang.. kedua2 pihak mempunyai hujah2 yang meyakinkan.. kalaupun hasil siasatan selepas ini menyebelahi pihak kerajaan, saya yakin sebelah pihak lagi akan terus mempertikaikan hasil siasatan itu.. oleh itu, dalam isu ini lebih baik saya ambil pendirian atas pagar..
ReplyDeleteNevertheless, the government should do their best to ensure the NFC project are handed to someone else that is more capable after this.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com