Setiap dasar atau perlembagaan adalah diakui, terlalu sukar untuk diubah. Ia memerlukan kuasa majority dalam dewan dan perkenan ke bawah Duli Yang di Pertuan Agong. Tetapi, sesuatu dasar dan peraturan kerajaan melibatkan hal-hal kepimpinan dan pentadbiran itu boleh diubah dengan kuasa yang ada pada ketua jika ia difikirkan tidak relevan lagi. Contohnya; penggiliran Ketua Menteri Sabah suatu ketika dahulu, pernah terjadi tanpa satu pun perlembagaan atau peraturan digubal, hanya beberapa syarat yang diletakkan dengan kuasa Perdana Menteri.
Di sini SR ingin mengupas sedikit beberapa perkara dan persoalan yang perlu rakyat dan pemimpin fikirkan. Sekiranya Menteri Kewangan Malaysia, atau Ketua Menteri Sabah contohnya; Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan boleh melantik Timbalan Menteri Kewangan lebih daripada satu. Begitu juga Ketua Menteri Sabah yang merangkap Menteri Kewangan Sabah boleh melantik lebih dari satu Timbalan Ketua menteri.
Persoalan yang SR timbulkan di sini ialah, apakah di Kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak) tidak layak diletakkan seorang Timbalan Perdana Menteri?. SR tidak mempertikaikan mana-mana system atau perlembagaan yang ada wujud sekarang ini, namun kewajaran pentadbiran sesebuah Negara itu perlu ada keseimbangannya.
Memang semua faham dan tahu akan perjanjian pembentukkan Negara Malasia, hasil daripada gabungan tiga wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pembentukkan itu adalah atas dasar kerjasama dan kongsi kuasa di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO (United Malays National Organisation) ketika itu. Rakyat Sabah dan Sarawak tidak menafikan atau mempertikaikan jawatan Perdana Menteri yang diletakkan pada bahu di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai 'leadership' parti di Negara ini.
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, kenapa jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak boleh diwujudkan dua jawatan; Timbalan Perdana Menteri I dan Timbalan Perdana Menteri II?. Satu daripada jawatan itu disandang oleh pemimpin pribumi yang lahir di Kepulauan Borneo (Sabah/Sarawak). Soal perebutan kuasa antara pemimpin Sabah dan Sarawak bagi SR tidak akan timbul di sini, sebabnya setiap penggal (5 tahun) Timbalan Perdana Menteri ini di buat secara bergilir-gilir yang mana kuasa melantik itu di bawah kuasa Perdana Menteri Malaysia di kalangan ‘leadership’ parti.
Tentu juga di peringkat negeri akan timbul persoalan dikalangan pemikir siapakah Timbalan Perdana Menteri dan siapa Ketua Menteri Sabah/Sarawak ketika itu. SR merasakan, perkara ini amat adil pada semua pihak, apatah lagi di dua negeri ini yang mempunyai berbagai kaum dan anutan agama.
Jawaban SR ialah; sebagai negeri yang mengamalkan tolenrasi kaum dan agama, Timbalan Perdana Menteri digiliran pada setiap penggal (5 tahun) di dua buah negeri ini. Manakala Ketua Menteri, pada setiap negeri juga di gilirkan pada setiap penggal. Sekiranya Timbalan Perdana Menteri di kalangan non muslim, maka Ketua Menteri wajar diberikan kepada pemimpin yang beragama Islam, dan begitulah sebaliknya.
Sebagai penganalisis politik kakilima, SR bukanlah ingin membangkitkan semangat kenegerian atau mempertikaikan mana-mana system atau perlembagaan yang ada sekarang ini. SR berfikiran begitu, adalah berpandukan kepada kajian rambang yang SR buat dari peringkat awal pembentukkan Negara Malaysia hinggalah sekarang ini.
Antaranya kajian-kajian dan soal selidik yang SR dapati ialah; Ketelusan pemimpin pilihan rakyat yang diamanahkan oleh rakyat untuk memegang sebuah tanggungjawab yang harus mereka laksanakan dengan cara yang jujur, ikhlas, bersih, cekap dan amanah. Apa yang kita lihat di sini, kebanyakan di kalangan pemimpin-pemimpin yang ada telah diselubungi gejalah korupsi, kronisme, dan berbagai lagi andaian buruk masyarakat setempat di dua buah negeri ini.
Kedua; Kepulauan Borneo memiliki bentuk muka bumi yang luas, dengan dikelilingi gunung ganang dan bukit bukau. Adalah terlalu payah sekali Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang ada sekarang ini menjelajah setiap pelusuk dan ceruk untuk mengetahui masalah-masalah dalaman dua negeri ini.
Ketiga dan terakhir; Sabah dan Sarawak adalah penyumbang kemenangan PRU (Parlimen) sekiranya dua buah negeri ini menyertai mana-mana peneraju gabungan untuk membentuk sebuah kerajaan. Seandainya dua buah negeri ini bersatu untuk menumbangkan sesebuah pemerintahan Negara itu adalah amat mudah sekali, contohnya di PRU12 yang lalu. Jika semua MP Sabah/Sarawak menyertai gabungan Pakatan Rakyat, sudah tentu kerajaan Barisan Nasional sudah lama terkubur.
Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar.
Di pagi hari mamat makan satay, Andai tersilap maafkan Saya Ready, Terima kasihlah daun keladi, Di hari lain kita berjumpa lagi..
No comments:
Post a Comment