Friday, 20 July 2012

LEBIH SETENGAH ABAD UMNO MEMIMPIN KERAJAAN, APA YANG DIA BUAT UNTUK MELAYU?


55 tahun, atau lebih setengah abad usia UMNO memimpin kerajaan Malaysia sebagai peneraju kuasa politik di negara ini. Pelbagai dasar telah dirancang dan dilaksanakan, namun Melayu dan Bumiputera masih juga ketinggalan dalam bidang ekonomi. Malahan, Melayu dan Bumiputra di Sabah dan Sarawak terkial-kial atau tercari-cari di manakah arah tuju ekonomi yang mantap dan mampan, serta merata ke segenap arah pola kehidupan mereka.

Majoriti masyarakat Melayu dan Bumiputra di negara ini masih lagi mengekalkan bentuk ekonomi tradisional yang sinonim dengan ekonomi sara diri, 'kais pagi, makan pagi'. Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah dasar dan asas utama serta gagasan yang diperkenalkan oleh Tun Razak untuk tujuan memperjuangkan ekonomi orang-orang Melayu dan Bumiputera. Namun hakikatnya sehingga kini, hanya 22% sahaja yang berjaya dicapai daripada target sebenar 30%.

Persoalan yang perlu dijawab oleh semua pemimpin-pemimpin UMNO, ke mana perginya rancangan Buku Hijau, dan bagaimana kesudahan cerita Koperasi Rakyat?. Apakah semua itu hanya satu catatan lipatan sejarah dan lagenda yang gagal memperjuangkan ekonomi masyarakat Melayu dan Bumiputra?, yang terus diselubungi kemiskinan.

Ditambah lagi dengan kehidupan rakyat yang semakin dibebani dengan harga barangan keperluan asas yang kian meningkat dari tahun ke setahun. Hasil-hasil jualan pertanian yang menjadi sumber utama masyarakat Melayu dan bumiputera seperti padi tidak berganjak, harga masih lagi ditakuk lama, RM0.75 sen. Dan, nelayan-nelayan pesisir pantai juga telah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat lain khususnya di negeri Sabah ini.

Fenomena ini makin berterusan sehingga menghampiri untuk mencecah waktu ke tahun sasaran wawasan 2020. Apakah rakyat masih tidak sedar dan dapat menghitung hari-hari kemerdekaan?. 55 tahun telah meninggalkan tarikh keramat kemerdekaan negara kita, hanya tiga orang Melayu yang tercatat dalam 'Malaysia Book of Records' terkaya daripada 12 orang paling kaya di Malaysia, yang selebihnya itu ialah kaum Cina dan India. Itu Melayu, Cina dan India, bagaimana dengan kaum-kaum lain?.

Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh kerajaan tentang 'pegangan ekuiti bumiputera' (sumber) dalam pasaran modal kini mencecah 22% berbanding sasaran 30%. Bumiputera adalah penduduk majoriti Malaysia tetapi ketinggalan dalam bidang ekonomi. Majoriti pegangan ekuiti 22% adalah dari agensi bumiputera yang diuruskan oleh kerajaan seperti PNB dan Tabung Haji. Jika diharapkan pegangan individu, entah berapa peratuslah agaknya.

Ertinya, Bumiputera bukanlah pemilik sebenar terhadap ekuiti 22% itu, tetapi dimiliki oleh syarikat separa kerajaan seperti PNB dan Tabunghaji. Pelaburlah yang mendapat keuntungan sepenuhnya, rakyat hanya dapat mengharapkan hasil cukai yang belum tentu sampai kepada mereka.

Ia amat berbeda sekali dengan syarikat-syarikat bukan Bumiputera yang berjaya mengurus tadbir sebuah syarikat individu sehingga memiliki harta berbilion ringgit. Misalnya Robert Kuok, yang memiliki RM50.04 bilion, T. Ananda Krishnan, dan beberapa lagi tokoh-tokoh koprat bukan dikalangan Melayu dan Bumiputera.

Senarai tokoh-tokoh ahli perniagaan terkaya di Malaysia

BIL
INDIVIDU/SYARIKAT
BANGSA
NILAI HARTA (RM/BILION)
1.
Robert Kuok
Cina
50.04
2.
T. Ananda Krishnan
India
45.78
3.
The Hong Piow
Cina
12.77
4.
Lee Shin Cheng
Cina
12.74
5.
Lim Kok Thay
Cina
10.89
6.
Quek Leng Chan
Cina
10.75
7.
Syed Mokhtar Albukhary
Melayu
8.84
8.
Puan Sri Lee Kim Hua
Cina
7.43
9.
Tan Sri Tiong Hiew King
Cina
4.77
10.
Ong Bee Seng
Cina
3.98
11.
Azman Hashim
Melayu
3.93
12.
Mokhzani Mahathir
Melayu
1.6 


Melihat data di atas, maka jelas kepada kita sebagai masyarakat Melayu dan Bumiputera bahawa segala dasar-dasar dan perancangan kerajaan UMNO/BN selama 55 tahun memerintah gagal meletakkan penguasaan Melayu dan Bumiputera terhadap ekonomi. Melayu hanya menikmati kehidupan sekadar boleh hidup dan tidaklah meminta-minta. Sedangkan sasaran awal adalah melahirkan seberapa ramai masyarakat Melayu dan Bumiputera yang berjaya dalam bidang ekonomi.

Kita juga perlu sedar bahwa, Masyarakat Melayu dan Bumiputera itu adalah penduduk yang paling ramai bilangannya dalam kuasa belian di negara ini. Potensi yang ada pada masyarakat Melayu dan Bumiputera itugagal dimanafaatkan dan tidak dapat diurus tadbir dengan baik. Kaum bukan Bumiputera dilihat lebih berjaya mengurus ekonomi mereka sendiri.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Azman Hashim dan Datuk Mokhzani adalah usahawan Melayu yang tersenarai di kalangan kelompok usahawan Cina dan India paling kaya di Malaysia. TS Syed Mokhtar Albukhary adalah usahawan yang kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010) kepada RM8.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012.

SR pernah difahamkan. Ada juga orang Melayu dan Bumiputera yang kaya raya di Malaysia ini, tetapi tidak dapat disenaraikan kerana tidak memiliki satu pun jenis perniagaan yang boleh ditunjukkan. Nak tahu..?? Carilah sendiri, semua atas angin.. on the table..

Beberapa contoh syarikat-syarikat agensi yang dikendalikan oleh kerajaan atas dasar Bumiputera dan bukan dimiliki oleh seorang Bumiputera yang mempunyai nilai aset berbilion ringgit Malaysia;
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
2. Lembaga Tabung Haji
3. Felda
4. Felcra
5. Risda
6. Petronas
7. KWSP
Syarikat-syarikat ini telah dikuasai oleh sebahagian golongan-golongan tertentu yang terdiri daripada ahli-alhi politik dikalangan pemimpin UMNO/BN, yang berselindung disebalik jawatan Pengerusi Eksekutif, Pengerusi Lembaga Pengarah atau dalam bentuk pelbagai jawatan demi kepentingan peribadi. Berbeda sekali dengan bukan Bumiputera, yang membangunkan sebuah syarikat hinggalah berjaya sepenuhnya.

Apa yang jelas dan sedia pun kita ketahui sebelum ini bahwa, para pemimpin UMNO berjenamakan 'Melayu' telah mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap peluang-peluang ekonomi yang mereka rancang sendiri untuk membantu orang Melayu dengan menggunakan kroni bukan Melayu untuk mengabui mata orang-orang Melayu agar mereka tak kelihatan memihak kepada bukan Melayu. Lihatlah bagaimana Tun Dr. Mahathir lindungi Eric Chia, yang begitu mudah sekali terlepas dalam kes kerugian Perwaja.

Ada mata tu pandang-pandang la.. kalau tak nampak di malam gelap gelita, pakai la lampu picit.. habis bateri jangan susah hati sebab ada BULAN..hehehe..

No comments:

Post a Comment