29 Julai 2012 : Kehadiran ribuan rakyat Sabah semasa pengisytiharan gerakan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front bertemakan ‘Hala Tuju Perjuangan Politik’ adalah petanda dan mesej awal kepada Datuk Seri Najib bahwa Sabah bukanlah ‘Fixed Deposit’ UMNO Barisan Nasional.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Bumburing kelmarin telah mengumumkan keluar parti itu. UPKO adalah merupakan satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah. Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah.
Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tuaran, Sabah kelmarin. Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi UPKO yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas setelah mengambil kira semua faktor, "Saya dengan ini mengumumkan keluar BN", katanya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi jelajah ceramah (Merdeka Rakyat) dan lawatannya ke Sabah itu juga telah mengumumkan kepada seluruh rakyat di negeri ini, khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia dalam ucapannya dengan berkata;
"Tuaran telah membuat kejutan awal. Datuk Najib jangan bimbang lepas pilihan raya nanti, kami akan angkat kamu sebagai Ketua Pembangkang Parlimen!"..
Di akhir ucapan beliau, DS Anwar bersama-sama ribuan rakyat yang hadir telah menyanyikan sebaris lagu untuk meraikan Datuk Wilfred Bumburing dengan senikatanya; “Madu di tangan kanan mu, PAKATAN.. Racun di tangan kiri mu, BN.. Aku da tahu, mana satu pilihanku”, sambil disahut dengan tepukan gemuruh..
itu keputusan Bumburing nak keluar BN. bagaimanapun, ia pasti tak menggugat BN sangat.
ReplyDeleteIn the end its up to the people to decide which party should lead sabah.
ReplyDeleteWilfred meletakkan jawatannya untuk memberi peluang kepada pemimpin yang lebih muda. itulah yang dinyatakan oleh WB tahun lalu.
ReplyDeleteSabah merupakan penyumbang utama kemenangan BN sejak dari dulu lagi.
ReplyDeleteKerjasama antara ahli umno BN perlu sekiranya mahu menang pada PRU13.
DeleteUndi rakyat kepada pembangkang akan terbagi-bagi
ReplyDeleteNampaknya PR mula yakin dengan kehadiran MP BN kepada PR itu. Jangan terlalu yakin sangatlah.
ReplyDelete