Siapalah juga Saya Ready ini Pak Tun, yang boleh memberikan jawaban yang mengatakan Pak Tun adalah seorang DIKTATOR.. Nama saja ready tapi belum ready lagilah, Pak Tun..
Beginilah Pak Tun, saya pun tak kuasa untuk memberikan hujah dan pendapat di sini dari persoalan yang Pak Tun bangkitkan itu.. Pak Tun rujuklah sendiri link ini sebagai jawaban.. KLIK => (Tun Mahathir tidak perlu gundah gulana kerana beliau tidak pernah bersalah)
Jangan lupa juga Pak Tun, bacalah sekali komen-komen mereka di sana.. Manalah tau sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan yang Pak Tun kemukakan itu..
Tak larat saya bawa komen-komen mereka itu Pak Tun, cuma ini saja antara komen yang sempat saya kongsikan kat sini seperti berikut di bawah:-
- Bak kata perpatah, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru’.
Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau.
Segala institusi di dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir.
Oleh kerana Mahathir masih tidak 'bersara', Umno dan BN kini menghadapi krisis keyakinan yang paling teruk.
Keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Mahathir.
Semua yang berada di dalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun di kalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT UMNO Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita.
Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri.
Mahathir sendiri yang mengalihkan paradigma sistem kepimpinan negara dan kerajaan telah banyak menyebabkan kerosakan daripada kebaikan.
Di bawah ini adalah coretan Pak Tun..
DIKTATOR
Jul18 2012 Written by chedet @ Tun Dr Mahathir
1. Gelaran, seperti label untuk barangan berjenama, sukar untuk dikikis. Berasas atau tidak, gelaran kekal sepanjang hayat. Oleh itu gelaran amat berguna dalam politik, terutama gelaran yang memburuk musuh. Buatlah apa pun, musuh pihak yang bergelar tidak akan hentikan mengguna gelaran.
2. Sebagai Perdana Menteri dahulu saya diberi banyak gelaran. Mahazalim, Firaun, diktator adalah antara gelaran yang dicipta oleh musuh politik saya.
3. Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator.
4. Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator.
5. Sekarang kita sedang melihat kejatuhan beberapa ketua negara yang dicap sebagai diktator. Hosni Mubarak umpamanya dituduh membunuh beribu ahli Muslim brotherhood. Dia juga dikatakan telah mengumpul harta kekayaan bernilai 70 billion dolar Amerika.
6. Semasa saya berada di Kaherah di zaman Mubarak untuk bermesyuarat, apabila Presiden Mubarak bermotor dari istananya ke tempat persidangan, jalan yang dilalui olehnya dikosongkan dan askar bersenjata lengkap berderet sepanjang jalan. Di atas bumbung bangunan terdapat askar ‘sharp-shooter’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Presiden.
7. Istana Presiden dikelilingi tembok tinggi dan askar bersenjata berada di sekililing sepanjang masa.
8. Musuh Mubarak tidak dibenar berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa dibicara dan dihilangkan.
9. Selama 30 tahun Mubarak menjadi Presiden, pemilihan bagi jawatan ini tidak pernah ditandingi oleh orang lain. 99% daripada undi didapati oleh Mubarak.
10. Tidak ada kebebasan bersuara atau akhbar bebas. Tidak ada pilihanraya untuk ahli dewan. Siapa sahaja boleh dilantik oleh Mubarak untuk menjadi menteri. Mereka juga boleh dibuang bila-bila sahaja.
11. Ada lagi diktator yang dikenali umum. Hitler mendirikan pemerintahan kuku besi Nazi di Jerman. Enam juta Yahudi dibunuh dalam kamar gas. Yang tidak dibunuh, disiksa sehingga ramai yang mati.
12. Benito Mussolini, Ferdinand Marcos, Presiden Rumania Nicolae Ceauลescu yang dibunuh, dan ramai lagi yang dicap sebagai diktator. Demikian juga Gadaffi dan Saddam Hussein.
13. Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator.
No comments:
Post a Comment