Media pro UMNO/BN pernah melaporkan penceraian di antara Pak Yo dengan Mok Yam
atau nama sebenarnya Che Hasnah Che Ahmad, 61 kerana fahaman politik.
Selepas Harakahdaily, Sinar Harian menemubual sendiri Yahya
Ibrahim (Pok Yo) 78, bagi mengetahui kesah sebenar, kata Pok Yo kepada Sinar Harian.
"Saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik,
maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian
ini".
Di bawah ini temubual antara media dan Pok Yo.
Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku?
Yahya:
Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau
dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan
politik.
Dalilnya, saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif
dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya
perceraian ini.
Saya ceraikan dia dengan talak satu, kerana
sikapnya yang tidak taat, meninggi suara, tidak bertanggung jawab dan
bercakap guna emosi.
Mok Yam terkeliru apabila saya menyuruh dia
ikut ajaran Islam, tetapi disalah anggap sebagai ikut fahaman politik.
Saya tegaskan agar dia ikut ajaran Nabi, malah tidak mengaitkan langsung
nama-nama ahli politik di Kelantan.
Baru-baru ini, Mok Yam menafikan dia pernah minta diceraikan dengan talak tiga.
Yahya:
Saya juga ada saksi, ketika kami bergaduh mengenai isu ini, malah saksi
itu juga adalah seorang lelaki, baligh, berakal dan memahami setiap
tutur kata Mok Yam.
Sesat adalah satu kesalahan besar, tetapi apa yang dilakukan oleh Mok Yam sehingga didakwa sesat?
Yahya:
Saya kata dia sesat, bukan disebabkannya pergi ceramah (Datuk) Dr Hasan
Ali (bekas Naib Presiden Pas) atau kerana memakai baju merah, tetapi
sikapnya yang terlalu menyimpang dengan ajaran Nabi. Ia bukanlah setakat
solat lima waktu, memakai tudung dan mengaji al-Quran, tetapi perbuatan
lain, juga dikira sebagai amalan, dan tidak terhad dalam satu perkara
sahaja. Paling mengecewakan saya, apabila dia memburuk-burukkan seorang
ulama, dan terkilan kerana tidak dapat membentuk isteri yang solehah.
Memandangkan usia semakin lanjut, lama berkahwin dan Islam sendiri tidak sukakan penceraian, tiada ada jalan lain selain cerai?
Yahya:
Selama ini, saya cuba pelbagai cara untuk membentuknya sebagai seorang
isteri solehah, namun selepas semua usaha saya tidak berjaya, saya yakin
perkahwinan ini tidak akan berjaya sekiranya tiada persefahaman lagi.
Puas saya beri dia masa untuk berfikir dan berubah, namun dia tetap
melihat nasihat saya dari sudut politik.
Adakah masih ada sifat sayang yang memungkinkan boleh bersatu kembali?
Yahya: Saya mengucap syukur sekiranya dia berubah sikap, dengan menjalankan apa yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.
Saya
masih sayangkannya, tetapi tidak akan meneruskan silaturahim sebagai
sepasang suami isteri. Apa yang ditakdirkan, sudah ditentukan Ilahi.
KETAHUILAH BAHAWA, FITNAH ITU LEBIH KEJAM DARIPADA MEMBUNUH..!!
SUMBER => Cerai: Dengar sendiri dari mulut Pok Yo
No comments:
Post a Comment