Lebih 30 orang respondent SR temui, pelbagai andaian dan persepsi telah mereka kemukakan. SR cuma dapat mencatatkan di sini, 10 DALIL sebagai pilihan untuk pengetahuan umum.
Kenapa DSSK tidak dilantik untuk menganggotai Kabinet Menteri Negeri Sabah di bawah pimpinan DS Musa aman?
Suatu ketika dahulu sewaktu perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO, DSSK telah menyokong DS Anwar Ibrahim yang menentang Tun Ghafar Baba.
Semasa perebutan Naib Presiden UMNO, juga selaku Ketua Bahagian UMNO Kota Belud ketika itu, DSSK telah mencadangkan Ali Rustam dan tidak mencadangkan Najib Razak.
Ketika era Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mencanangkan supaya ada pengiliran terhadap Ketua Menteri Sabah. DSSK adalah antara yang menentang dan tidak bersetuju pengiliran itu diteruskan.
Penubuhan USBO bersama DS Shafie Apdal serta Tan Sri Pandikar dan pemimpin-pemimpin lain dikalangan UMNO sendiri adalah agenda paling tidak disukai oleh Najib kerana, ia akan menjadi pesaing kepada UMNO di Sabah dan politik Musa Aman.
DSSK pernah menjawat jawatan penting dalam kabinet negeri Sabah iaitu Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, ketika itu beliau amat tidak disenangi oleh Musa dan konco-konconya.
Datuk Haji Musbah dan Datuk Abdul Rahman Dahalan adalah pro Musa, munkin sebab itu mreka tidak menyokong beliau dilantik untuk menganggotai atau menjawat sebarang jawatan dalam kabinet kerajaan negeri Sabah.
Persaingan politik yang amat jelas dan ketara sekali dengan Musa Aman. Ketika pemilihan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud yang lalu pun, Musa ternyata berpihak kepada Musbah.
Sambutan hariraya aidilfitri bersama Najib anjuran USBO pada tahun 2012 lalu yang dipengerusikan oleh TS Pandikar, nyata sekali tidak disenangi oleh Musa Aman. Buktinya pada hari yang sama juga, Musa telah membuat program yang serupa bersama PM di Sandakan.
Pada PRU13 yang lalu, banyak suara-suara sumbang serta keluhan kedengaran tanpa berselindung dari masyarakat Kota Belud telah sampai kepengetahuan Musa Aman. Mereka mengatakan Lamsil Hamidsor suami kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Belud bertanding atas tiket Bebas di Parlimen adalah strategi untuk tujuan menjatuhkan Rahman Dahlan yang pro Musa, untuk membolehkan Munirah Majilis calon PKR menang yang konon ada kaitan keluarga dengan DSSK. Pegawai-pegawai kempen DSSK juga dikatakan konon ada mewar-warkan kepada pengundi Usukan 'satu hidup satu mati'. Ertinya di situ, DUN Menang, Parlimen Kalah.
DSSK juga kononnya masih terikat dengan kontrak Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Wallahualambisawab..