UMNO mahu sangat untuk bergabung dengan PAS, kenapa?
Sebab UMNO sudah tewas di Semenanjung Malaysia, hanya Sabah dan Sarawak sahaja jadi talihayat UMNO Barisan Nasional.
Betullah apa yang dinyatakan oleh Najib Razak, dalam kunjungan terakhirnya di Sabah pada PRU13 yang lalu. Katanya, Sabah dan Sarawak tetap menjadi fixed deposit UMNO Barisan Nasional..
Statistik gambar di atas telah menunjukkan bahawa, UMNO kini sedang diburu bayang ketakutan. Mereka takut pemimpin-pemimpin Sabah/Sarawak akan mengambil tindakan drastik yang memungkinkan UBN tidak dapat membentuk kerajaan..
Maka itu, readygroup.net ingin mengajak sahabat, rakan taulan dan seluruh lapisan masyarakat Sabah dan Sarawak bergabung tenaga untuk membuat keputusan supaya menuntut hak-hak yang tidak melanggar atau bercanggah dengan peraturan dan perlembagaan negara..
Inilah masanya dan peluang pemimpin-pemimpin BN (MP) Sabah
dan Sarawak untuk menuntut post-post penting dalam kabinet menteri Najib Razak, seperti Menteri
Pendidikan yang pernah disandang dahulu oleh orang pribumi Sarawak, Abdul Rahman
Yakub. Timbalan Perdana Menteri II pun wajar dituntut kerana, sebelum ini ada Tim Menteri Kewangan II..
Sekiranya MP-MP BN Sabah/Sarawak berani tuntut, kami orang-orang PR
dari Sabah/Sarawak juga akan turut menyertainya. Inilah matlamat kami sebenar dari Pakatan Rakyat, ingin menuntut kenaikkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%, hapuskan PTPTN, lebuhraya Sabah-Sarawak, dan berbagai-bagai lagi tuntutan..
Ada beranikah MP-MP UBN dari Sabah dan Sarawak? Jika tidak
berani, bagus semuanya potong lancaulah sunat balik..
Kami dari readygroup.net sangat mengharapkan supaya PAS tidak terpengaruh dengan
dakyah taktik kotor UMNO yang melaga-lagakan Melayu dan Cina.. Lu orang Sabah dan Sarawak apa tunggu lagi.. Ayuhhhhhhh!! Mari kita semarakkan semangat, menuntut hak kita..
Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi?.. TITIK!!!!
No comments:
Post a Comment