Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini telah memberi isyarat dan cadangan agar semua komponen Barisan Nasional dapat menamakan calon PRU13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, UMNO belum ada cadangan
untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj
termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan
calon terpilih.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berpendapat perkara itu perlu diperhalusi melalui perbincangan sebelum keputusan
muktamad dibuat dan MCA akan berbincang dengan Pengerusi BN, Datuk Seri
Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.
"Kalau umumkan nama lebih awal, calon lebih bersedia, memudahkan
mengumpul orang, lebih rajin dan berpeluang memperkenalkan diri kepada
pengundi. Sebaliknya, orang yang tidak sukakan calon tersebut akan keluar dan
buat kecoh. Memberikan lebih banyak masa dan ruang untuk sabotaj,"
kata Soi Lek semasa mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN, Tengku
Adnan Tengku Mansor yang menyatakan kemungkinan BN menamakan calon lebih
awal dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula bersetuju dengan cadangan itu supaya nama calon PRU13
diumumkan lebih awal bagi memberi persediaan awal kepada mereka yang
dipilih.
Soal sabotaj menurut Nong Chik, akan berlaku sebelum dan selepas pengumuman calon.
Jadi, orang yang hendak sabotaj ini akan tetap melakukannya sama ada di
peringkat awal atau akhir. Oleh itu, saya rasa lebih sesuai dibuat awal
dan tempoh itu terserah kepada pucuk pimpinan, katanya lagi.
SR sebelum ini telah mengulas 'agenda membunuh politik di antara sesama pemimpin-pemimpin UMNO/BN'. Hakikatnya, di peringkat kepimpinan atasan UMNO mahupun Barisan Nasional sudah tidak sehaluan dalam menangani isu pengumuman calon lebih awal ini.
Maka itu, terpulanglah kepada kebijaksanaan DS Najib Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional untuk menangani isu ini. Sedang Najib sendiri tidak yakin akan kemenangan UMNO/BN pada PRU13 akan datang yang sekarang ini menjadi tanda tanya kepada rakyat bila mahu Najib bubarkan Parlimen Malaysia.
No comments:
Post a Comment