28 Oktober 2012 : Menurut sumber melalui www.umno-reform2.com, telah diwar-warkan
ada diantara ahli UMNO Bahagian yang ada niat mahu bertanding pada PRU13 akan datang
mula menyerang ahli UMNO yang sedang memegang dan akan mempertahankan kerusi
mereka baik Parlimen atau pun DUN.
Ahli-ahli berkenaan dikatakan perlu menjatuhkan ahli Parlimen dan
DUN terbabit dengan menyiarkan berita sensasi dan membongkarkan keburukan
kepimpinan rakan mereka dengan hasrat kepimpinan itu tidak lagi menjadi calon dijangka
menang atau winnable candidate.
Fenomena ini juga dikatakan telah merebak luas dalam UMNO, calon yang
dijangka akan dipilih untuk bertanding akan dihalang dari dipilih untuk mendapat
kerusi baik Parlimen atau DUN.
Agenda membunuh politik yang diberitakan ini, dimaklumkan terlalu dahsyat bila
ada yang sanggup mengatakan bahawa arahan untuk memburukkan kepimpinan tersebut adalah atas
arahan PM dan TPM. Tujuan mereka ialah untuk mengeluarkan kepimpinan lama yang
sedang menyandang kerusi di Parlimen dan DUN.
Pada 19 Oktober 2012 yang lalu, Presiden UMNO DS Najib Razak dan Majlis
Tertinggi UMNO telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan mengambil
tindakan terhadap ahli yang sabotaj calon BN pada PRU13 nanti : Sumber – UM
Mampukah Najib dan Muhiyiddin Yassin menyelamatkan gelombang ganas politik
yang melanda parti UMNO Barisan Nasional?
Senario ini dikatakan tsunami kedua dalam parti UMNO dan Barisan
Nasional. Sebelum ini, tsunami pertama telah berlaku pada PRU12 yang lalu dalam tahun 2008,
suatu fakta yang kukuh telah membuktikan kepada kita bahawa UMNO sudah tidak
mampu memberikan keyakinan kepada rakyat lagi.
Saya Ready sebenarnya langsung tidak merasa heran dan pelik sama
sekali terhadap fenomena yang melanda parti bangsawan ini, kerana budaya ini adalah budaya dan trend UMNO dari dahulu lagi. Mereka
saling bercakaran di antara satu sama lain, kononnya masing-masing ingin
menjadi juara kepada rakyat sehinggakan rakyat jadi mangsa hasil dari
kerakusan mereka.
Bencana inilah yang menjadi suatu igauan dan mimpi buruk kepada Najib
dan krew-krewnya, malahan penasihat UMNO Tun Mahathir pun dikatakan juga sudah
tidak mampu menghalang gelora yang menghempas parti kesayangannya ini. Antara sebabnya, punca segala kehancuran UMNO itu adalah bermula dari beliau sendiri.
RAKYAT JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN 'JANJI DITEPATI' YANG SERING DILAUNG-LAUNGKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO BARISAN NASIONAL. SEMUANYA ITU ADALAH RETORIK SEMATA-MATA, ADA YANG SEKADAR MENGHABUI MATA RAKYAT. SELEPAS MEREKA MENDAPAT KEDUDUKAN DAN PANGKAT, RAKYAT DITINGGALKAN TANPA BERITA!!
RAKYAT JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN 'JANJI DITEPATI' YANG SERING DILAUNG-LAUNGKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO BARISAN NASIONAL. SEMUANYA ITU ADALAH RETORIK SEMATA-MATA, ADA YANG SEKADAR MENGHABUI MATA RAKYAT. SELEPAS MEREKA MENDAPAT KEDUDUKAN DAN PANGKAT, RAKYAT DITINGGALKAN TANPA BERITA!!
para ahli sepatutnya bersatu bukan bertelagah.
ReplyDelete