Cerita Rakyat : Mengisahkan seorang Datuk yang suka memburu kijang bersama macainya. Pemburu ini mahir dan biasa memburu, penanda aras pemburuannya untuk memburu ialah mengikuti jejak tapak kaki binatang.
Suatu masa ketika memburu Kijang, mereka ternampak tapak kaki binatang, mereka pun ikut sambil menjejaki tapak kaki tersebut sehinggalah tiba kepada satu sasaran.
Intai-intai punya intai, tapak kaki itu bukan tapak kaki kinjang, tapak kaki itu adalah milik babi hutan.
Maka itu, macainya pun menegur, “Datuk perjuangan kita bukan memburu babi hutan, landasan perjuangan kita sudah salah bagus kita 'TUKAR' Datuk, lagipun tujuan perjuangan kita ialah memburu kijang”.
“Saya tak mahu tukar! Saya sayang dengan perjuangan saya dulu, kini dan selamanya”, ujar Datuk tersebut.
“Tapi Datuk, ini babi hutan”, sampuk macainya.
“Saya tak peduli! Saya tetap dengan perjuangan saya”, sambil mengacukan muncung senapang kepada sasaran (babi hutan).
“Datuk! Itu babi hutan”, macai kehairanan.
“Saya tak peduli HIDUP MELAYU!!”, Datuk itu terlalu bersemangat dengan perjuangannya sehinggakan tidak memikirkan hasil buruannya..
HAHAHA.. LU FIKIR LA SENDIRI!! NAK TUKAR KE TIDAK ITU BURUAN?
No comments:
Post a Comment