Monday, 22 October 2012

Mahathir salahkan Pak Lah setelah UMNO/BN gagal pertahankan majoriti 2/3 PRU 2008

Pada awal tempoh khidmat Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas TPM TS Musa Hitam digelar 'Team B'.

Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Tun Abdullah (Pak Lah) seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam sebagai mentor politiknya, beliau dipecat dari Menteri Pertahanan dalam kabinet oleh Mahathir. Pak Lah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri.

Selepas pemecatan DS Anwar Ibrahim sebagai TPM oleh Mahathir pada tahun 1998, Pak Lah dilantik sebagai Timbalan kepada Mahathir pada tahun 1999. Pada tahun 2003, Pak Lah akhirnya mewarisi jawatan Mahathir sebagai PM Malaysia dan Presiden UMNO.

Dalam PRU Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Pak Lah sejak menjadi PM. Beliau mencapai kemenangan besar kepada BN dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, BN menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegahan rasuahnya.

September 2004 bekas TPM Anwar Ibrahim yang telah dikurung oleh bekas PM Mahathir, dilepaskan oleh Pak Lah. Beliau melihat Anwar dianiaya dan seterusnya mengubah keputusan dengan membebaskan Ketua Pembangkang itu tentang sabitan liwatnya.

Pada 10 September 2004, Pak Lah sebagai Menteri Kewangan telah mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh mantan bosnya Mahathir. Namun pada hakiatnya, Mahathir tidak menyenangi Pak Lah yang membatalkan projek jambatan bengkok di Tambak Johor.

Lee Kuan Yew memang tidak setuju dengan cadangan untuk merobohkan Tambak Johor dan membina jambatan baru. Mahathir telah berunding dan berutus surat dengan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong pada 4 Mac 2002. Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak, Lee berkali-kali menyatakan tidak - Sumber KLIK

Kerja merobohkan Tambak Johor akan menyebabkan operasi paip air dari Johor ke Singapura akan terganggu. Sedangkan Malaysia bertanggungjawab di bawah Perjanjian Air Johor-Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965. Malaysia perlu mendapatkan kebenaran dari Lembaga Kemudahan Awam Singapura (Public Utilities Board atau PUB) bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok.

Akhirnya, Mahathir berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai PM Malaysia setelah kegagalan besar BN dalam pilihanraya 2008.

Kecemerlangan besar dalam penggal pertama bukan ukuran pada Mahathir, Pak Lah sebagai PM menyapu banyak kerusi pada PRU 2004. Namun, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila BN yang diketuainya pada PRU 2008 gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak (TKO) kepada PR serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan.

Tambahan lagi, Khairy menantu Pak Lah yang gagal mengawal kerakusan akhirnya menerima padah sendiri. Zaman Najib, Khairy tidak mendapat tempat di hati Najib dan juga Mahathir. Khairy ketika itu dilihat seolah-olah berperanan sebagai PM, yang menentukan halatuju UMNO (Baru) milik Mahathir ini.

Harus diingat, kejatuhan Pak Lah dan kekalahan UMNO/BN dibeberapa negeri yang dikuasai oleh PR ketika ini bukan atas kelemahan pentadbiran Pak Lah. Beliau telah dijatuhkan oleh regim Mahathir kerana tidak ikut nasihat Mahathir. Ditambah lagi dengan sikap angkuh oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang rangkul hasil negara (duit rakyat) seperti berlakunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Selepas selangor ditawan, Khir Toyo telah dapat dibuktikan mengutip harta dengan hasil kerja yang salah. Selagi UMNO/BN tidak tumbang di negeri-negeri kuasaan mereka, selagi itu mereka kebal. Jika rakyat Sabah mahu lihat bagaimana PR menangani kes rasuah dan salahguna kuasa, cubalah bagi sepenggal kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri ini. Kita akan dapat lihat bagaimana hasilnya nanti.

UMNO/BN gagal pertahankan majoriti 2/3 pada PRU 2008, orang-orang UMNO jangan salahkan Pak Lah! Itu bukan salah Pak Lah..

RAKYAT JANGAN SAMPAI DIPERBODOH-BODOHKAN DAN DIGULA-GULAKAN OLEH MEREKA SERTA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG TAMAK KUASA DAN KEMARUK MENGUMPUL HARTA BAGI ANAK BINI MEREKA!!

2 comments:

  1. Era Mahathir memang diakui tiada huru hara seperti sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. UMNO perlu berusaha kukuhkan kedudukan mereka.

    ReplyDelete