Monday, 13 August 2012

Hishamuddin pikir orang Sabah ini, macam saham pelaburan ka..? Simpanan Tatap.. ngokkk!!

Suatu ketika dahulu, kalau tak silap pada tahun 2010. SR ada terbaca dalam media tentang kenyataan Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Tun Hussein semasa Konvensyen UMNO di Terengganu. Beliau pernah membidas segelintir pemimpin UMNO, yang disifatkan sebagai ‘musang berbulu ayam’ kerana tidak ikhlas berjuang bersama parti. Konvensyen itu kononnya diharapkan dapat menjadi medan perdamaian dikalangan jaguh-jaguh tomoi UMNO, rupanya jadi pembuka gelanggang pulak untuk membelasah sesama sendiri.. hahaha..

Menurut sumber ini lagi, Hishamuddin pun sedap bersyarah aje. Cakap berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan tahik. Pemimpin UMNO mana yang meletakkan parti melebihi dari semua perkara. Kebetulan beliau duduk di atas sekarang. Memegang kuasa bolehlah dia bercakap macam tu. Sebab UMNO ni sudah jadi Parti MLM.. hehehehe lawak juga..

Terbaru!! semasa kunjungan Hishamuddin ke Sabah bersama-sama dengan Najib Razak dan isteri PM Rosmah Mansor, beliau seronok dengan sambutan taiko-taikonya dari UMNO/BN. Dia kata, "Syabas BN, Sabah tatap kubu kuat kita".. Fixed Deposit la tu..

Sabah ini diperam lama-lama, bila bunganya naik.. Untung banyak la dia.. alahaiiiiii.. Dia pikir orang Sabah ini, macam saham pelaburan yerrrr..? Jadi simpanan tetap.. ngokkkkk..!!


Kenyataan Hiyamuddin itu, lebih kuranglah begini bunyinya.. hehehe..


Musang Berbulu Ayam

KUALA TERENGGANU Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam membidas segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan sebagai ‘musang berbulu ayam’ kerana tidak ikhlas berjuang bersama parti.

Hishammuddin berkata,: pemimpin seumpama itu hanya tahu mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan parti dengan ‘tidur dan gemuk’ dalam UMNO semata-mata untuk mencapai kesenangan serta memenuhi kepentingan diri.

“Ada di antara kita sedikit lupa kepada parti, sebahagiannya pula mungkin keliru (dengan perjuangan parti) dan mula mengambil kesempatan (terhadap peluang yang ada), lalu timbullah apa yang dikatakan musang berbulu ayam.

“Musang berbulu ayam yang tidur dan gemuk dalam rumah UMNO, anggap UMNO batu loncatan (capai kepentingan diri),” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu di Primula Beach Hotel, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan semua barisan kepimpinan UMNO lain.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, individu musang berbulu ayam bukan ahli parti sejati kerana mereka akan meninggalkan UMNO apabila sudah tidak mempunyai tempat dan peluang.

Lebih menyedihkan katanya, individu tersebut sanggup memaki hamun, memfitnah dan memperlekehkan UMNO selain berusaha mewujudkan suasana tidak aman dalam negara hanya kerana memenuhi kepentingan diri sendiri.

“Mereka ini bukan ahli parti tulen, orang-orang UMNO yang telus dan ikhlas akan terus bersama parti walau dalam keadaan susah atau senang,” katanya. Pada zaman kepimpinan pemimpin UMNO terdahulu, orang-orang UMNO tidak mempunyai masa untuk tidur dan gemuk dalam parti kerana mereka meletakkan kepentingan parti melebihi dari semua perkara. Katanya, demi kesetiaan dan perjuangan UMNO, golongan wanita sanggup menyerahkan barang kemas dimiliki mereka untuk digadai semata-mata membebaskan tanah air dan orang Melayu daripada penjajah.

No comments:

Post a Comment