15 Ramadhan 1433 / 4 Ogos 2012 : Setiba di KLIA yang baru pulang dari mengerjakan umrah, Husam Musa telah menerima
panggilan dari pemberita untuk meminta komen tentang pengumuman Najib mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji pembayaran
royalti bayaran tunai petroleum yang akan dipengerusikan oleh Yang
Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad.
Menurut Husam, pengumuman itu boleh dilihat positif dan juga
sebaliknya. Saya memohon tempoh untuk meneliti kenyataan Najib ini sepenuhnya sebelum memberikan komen, tambah beliau lagi.
Husam Musa, yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri
Kelantan telah memberikan ulasan secara ringkas apa yang tertera dari pengumuman Najib.
Husam sebelum mengulas pengumuman Najib itu, katanya; "Selaku
Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri
Kelantan, saya ringkaskan apa yang tertera dari pengumuman tersebut", seperti berikut di bawah:-
- Jawatankuasa ini akan membuat kajian dalam tempoh enam bulan.
- Jawatankuasa ini akan mengenal pasti Negeri yang layak menerima pembayaran.
- Jawatankuasa ini akan memutuskan tuntutan Negeri akan ditentukan secara adil, telus dan saksama.
- Bahawa tuntutan Kelantan selama ini dikira tidak terhak kerana pendirian Kerajaan Pusat sebelum ini adalah pengeluaran petroleum di luar 3 batu nautikal tidak menjadi hak Negeri-Negeri.
- Kerajaan Pusat membuat pembayaran wang ihsan dari hasil pengeluaran petroleum di Kelantan di luar 3 batu nautikal melalui JPP
"Jelas, dari intipati kenyataan PM di
atas, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar
harapan, keadaan sebenar hanya akan ditentukan enam bulan dari sekarang".
"Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan
dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya
menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini,
keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan".
Menurut Husam lagi "Sekalipun saya mengalu-alukan
penubuhan jawatankuasa ini atas kedudukan sekurang-kurangnya tuntutan
Kelantan telah memaksa Jawatankuasa ini ditubuhkan, namun suka saya
mencadangkan beberapa perkara".
- Kerajaan Kelantan tidak menarik balik samannya ke atas Petronas yang dijadualkan, satu dari procedingnya akan didengar di Makhamah Persekutuan pada Oktober ini.
- Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat bersidang dan memberikan tawaran yang lebih konkrit terhadap tuntutan Kelantan termasuk pendaratan hasil gas dari perairan Kelantan yang baru memulakan pengeluarannya ke pantai Kelantan. Isu ini langsung tidak disentuh dalam kenyataan PM padahal MB Kelantan telah pun menulis surat rasmi kepada PM.
- Tempoh Jawatankuasa ini menyiapkan laporannya dipendekkan kepada tiga bulan.
- Penegasan PM bahawa Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan membuat pembayaran bayaran tunai kepada Kelantan.
- Penegasan bahawa pembayaran mestilah mengikut metod yang diguna pakai untuk Negeri-Negeri lain yang terlibat
- Menerima permohonan Kelantan untuk gas didaratkan di Kelantan
- Membekukan pembayaran wang ihsan.
- Pemimpin-pemimpin UMNO yang lantang menyatakan tuntutan Kelantan selama ini adalah khayalan di awangan, pengeluaran petroleum di Kelantan tidak wujud dan Kelantan tidak berhak terhadap sebarang pembayaran tunai, perlu menarik balik kenyataan mereka secara terbuka dan memohon maaf kepada rakyat Kelantan.
Antara persoalan yang beliau timbulkan;
- Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihanraya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan dan BN menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?. Sehingga ia tidak dilihat tidak melayani harapan rakyat Kelantan dan pada masa yang sama, tidak pula memenuhi tuntutan itu.
- Kenapa enam bulan? Kenapa tidak tiga bulan, umpamanya?.
- Kenapa menjelang pilihanraya? Kenapa tidak sebelum ini?.
SUMBER => KLIK
No comments:
Post a Comment