Thursday, 14 June 2012

Pengamal Media Berbicara : BONGKAR!!! Rekod Keganasan UMNO/BN?


Hampir sebulan media UMNO mendendangkan isu Bersih 3.0 dengan mendakwa kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa perhimpunan itu adalah haram.

Pendakwaan itu telah disangkal oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim semasa persidangan yang berlangsung di Dewan Rakyat petang kelmarin. Mashitah menjelaskan bahawa ianya bukan fatwa, sebaliknya nasihat sahaja.

Penjelasan Mashitah itu adalah sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut telah membawa kekeliruan kepada rakyat. Ahmad Kassim dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar. Beliau turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya. Sumber - (Harakah Daily).


Bukan itu sahaja, malahan media dan puak-puak pro UMNO telah mendakwa bahwa perhinpunan Bersih 3.0 itu adalah satu perhimpunan yang ganas dan bertujuan ingin menjatuhkan kerajaan UMNO (Barisan Nasional).

Dakwaan itu juga telah disangkal keras oleh seorang pengamal media suatu ketika dahulu, iaitu saudara Johari Ismail. Beliau sewaktu memberi komen di pemuka laman social facebook posting saudara Musli Oli mendakwa dan mengatakan bahawa, yang memiliki rekod dan mampu membawa keganasan ‘civil disturbance’ adalah kerajaan UMNO (Barisan Nasional) yang menerajui pemerintahan di kala ini. Menurut beliau, perkara ini terbukti sekitar tahun 1980an apabila pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan kerajaan negeri dari parti Berjaya yang diterajui oleh Harris Salleh.

Ketika itu menurut Johari, berjuta ringgit tunai disalurkan ke Sabah dari Semenanjung Malaysia untuk timbulkan keadaan huru-hara demonstrasi jalanan yang ganas, malah pengeboman dengan tujuan ingin menakut-nakutkan kepimpinan Kerajaan Negeri PBS Huguan Siou Pairin Kitingan. Yang untung dalam operasi gelap ‘regime change’ ini yang didalangi oleh UMNO (BN) dari Semenanjung adalah penduduk kawasan setinggan Kg. Ice Box di Tawau dan Pulau Gaya di Kota Kinabalu yang rata-rata terdiri dari pendatang tanpa izin Islam Suluk, Mindanao dan Maguindanao dari Filipina.

Mereka diupah untuk menjadi pendemonstran jalanan dan membuat serta meletupkan bom di banyak tempat di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan beberapa bandar-bandar utama lain di Sabah. Siri pengeboman ini telah membuat beberapa orang cedera dan kemusnahan harta benda. Sebagai petugas berita Bernama masa itu, Johari telah ditukar secara ‘short notice’ dari ibupejabat Kuala Lumpur ke pejabat cawangan Pantai Timur Sabah di Wisma Sakilan Sandakan bagi memantau untuk melaporkan senario huru-hara yang telah terlebih dahulu dirancang oleh kepimpinan Mahathir di Kuala Lumpur ketika itu.

“Seperti biasa, segala ‘kerja kotor’ yang mereka harapkan saya lakukan bagi pihak Kerajaan di Kuala Lumpur, lain jadinya pula. Saya sebaliknya telah mendedahkan terdapatnya tempat perlindungan sementara anggota gerila Moro yang sedang berperang menentang kerajaan Presiden Corazon Aquino di Filipina, di Pulau Jempiras yang terletak berdekatan pekan Sandakan. Tempat perlindungan gerila Moro ini mendapat perlindungan sulit dari Kerajaan di Kuala Lumpur walaupun antara Malaysia dan Filipina adalah rakan kongsi ASEAN dan punyai hubungan diplomatik akrab. Malah ada antara gerila Moro sakit dan cedera mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan, sebuah hopsital milik Kementerian Kesihatan Malaysia".  katanya lagi.


Siapa Johari Ismail?, yang begitu berani sekali mendedahkan fenomena kronologi berlaku keganasan di Sabah suatu ketika dahulu. Sewaktu SR menghubungi beliau, rupanya sejak tahun 1980 hingga 1996, Johari pernah berkhidmat sebagai wartawan sepenuh masa di akhbar harian bahasa Inggeris The National Echo (kini tidak lagi diterbitkan), The New Straits Times, The Star, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama, sebuah badan berkanun di bawah Kementeriian Penerangan, Komunikasi dan Mulitmedia), dan akhbar mingguan The Cambodia Times (di Phnom Penh, Kemboja).

Johari Ismail pernah memenangi Anugerah Kewartawanan Kebangsaan Institut Akhbar Malaysia (Malaysia Press Institute MPI) bagi tahun 1988 di Hilton, Petaling Jaya yang disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir a/l Mohamad Iskandar Kutty. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman.

Menurut Johari dengan katanya, “Semua itu hanya tinggal kenangan apabila menyedari dan meyakini bahawa sejak akhir-akhir ini saya adalah semata-mata seorang ‘propagandist bergerak’ bagi suatu rejim pemerintah licik yang telah bertahun-tahun mengkhianati hak dan kepentingan rakyat berbilang kaum di negara ini”.

Pengamatan SR, Johari Ismail adalah seorang yang sungguh berkarisma dan memiliki prinsip yang teguh, malah mudah berkongsi ilmu dan maklumat. Apa yang menarik perhatian SR lagi ialah, bila saudara Johari Ismail memberitahu nama sebenar Tun Dr Mahathir sebelum memegang jawatan Perdana Menteri (PM). Mahathir telah menukar namanya dalam kad pengenalannya dari ‘a/l’ kepada ‘bin’ ketika beliau menjadi PM dahulu, untuk tujuan ‘fit in’ dengan orang-orang melayu yang bakal ditunggang demi menegakkan legasi megalomanis (gila besar) beliau. Menurut Johari lagi, sejak itu dan hingga kini legasi penipuan mantan PM itu diteruskan oleh anak didiknya iaitu, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.


Pekung dan keburukkan serta aktiviti UMNO (BN) sudah tidak dapat diselimutkan lagi. Apa yang terjadi, tindak-tanduk dan perbuatan mereka kian menjadi-jadi ketika ini, UMNO (BN) telah menguasai media dan agensi-agensi kerajaan yang ada. Di mana sebelum ini pun, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yasin juga telah mendedahkan di dalam laman sosial facebook beliau dengan mengatakan dan mengesahkan bahawa anggota Polis telah membuat penyamaran sebagai peserta demo aman Bersih sebelum Bersih 3.0. Tujuan mereka ialah semata-mata membuat provokasi untuk menimbulkan huru-hara dalam Himpunan Aman Duduk Bersih 3.0 di Ibu Negara.

Kata Zaharin, “Polis dah lebih cerdik dari dulu. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform dan satu pasukan lagi pakai baju bersih. Tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang. Pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun, tapi bila tengok di lengan dia ada getah warna kuning. Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini”.

Menurut Zaharin lagi, tidak kurang dua ribu anggota polis ada dalam kumpulan bersih. Yang menafikan mereka pun puak polis pakai t-shirt bersih untuk rempoh sekatan polis, yang baling objek pun beliau rasa adalah anggota polis.

“Macam mereka buat latihan demontrasi kat polis depoh.. Hehehe puak-puak PAS bodoh ni ikut nyer”, lawak Zaharin..


Paku Dulang Paku Serpih,
BN Berkata Terlebih-Lebih,

UMNO Bilang Tidak Tersisih,
Saban Hari Busuk Terlondeh.

12 comments:

  1. polis berperanan menjaga keamanan, takkan mereka pula nk timbulkan kekecohan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imej PDRM semakin tercalar nampaknya.

      Delete
    2. However during the Bersih 3.0 Rally in Kota Kinabalu. The Sabah police was doing their job well to ensure the peace and safety of all participators. The Bersih organizers and participants have thanked the police for protecting them. Not all of the PDRM are to be blamed. I'm actually proud of our fellow Sabahans as well as the local police force for their mutual cooperation.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  2. salam SR: mohon izin siarkan artikel menarik ini dalam www.rontogdaily.com

    ReplyDelete
  3. Kita tunggu saja apa pendedahan seterusnya mengenai BERSIH ini. Tapi keganasan dalam BERSIH ini telah membuktikan yang mana perhimpunan aman ini tidak patut disokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. What happened to the panel to investigate the violent outbreaks during the Bersih Rally previously?

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  4. Mereka yang di pihak benar akan menang.

    ReplyDelete
  5. jika perhimpunan itu bukan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, bagimana pula dengan kenyataan Nik Aziz bahawa beliau sanggup mengeluarkan dana untuk membayar peserta2 perhimpunan asalkan tujuan mereka adalah untuk menggulingkan kerajaan??

    ReplyDelete
  6. jika perhimpunan ini tidak berlaku, tidak ada la peserta2 perhimpunan yang terpaksa dikejarkan ke hospital.. macam2 boleh berlaku dalam satu perhimpunan yang disertai oleh ratusan ribu peserta.. untuk menimbulkan huru hara, cukup hanya seorang saja yang buat provokasi.. pasti yang lain akan ikut..

    ReplyDelete
  7. Majlis Fatwa lebih tahu dan arif.

    ReplyDelete