Masyarakat kita umpama bayi yang menangis hanya didodoikan
dibuaian sehinggakan tidur lena mendengar nada lagu yang sangat merdu. Sedar-sedar
lagi kita masih di situ tanpa berganjak, kerana kita hanya berada dibuaian yang
dilambung setinggi manapun tetap berpaut pada tali gantungan. Itulah analogi yang
dapat digambarkan tentang aspirasi kehidupan kita selama ini.
Kini, adalah era perubahan yang memerlukan penampilan
pimpinan yang mampu menanganinya. Dalam era inilah, pemimpin seharusnya sedar
dan mampu memperolahi maklumat-maklumat yang tepat dan cukup ke arah perubahan.
Pimpinan sewajarnya mempunyai kekuatan intelektual dan daya fikir yang tajam untuk
menganalisis sesuatu. Justeru itu, mereka mampu menggariskan sesuatu matlamat
yang jelas. Dan yang amat penting sekali, mereka menginsafi kepemimpinan sebagai
taklif (amanah dan tanggungjawab), bukannya tasyrif (kemegahan dan kebesaran).
Peter F Drucker mengatakan, “the leader sees leadership as
responsibility rather than as rank and privilege”. Beliau membezakan antara
leader (pemimpin) dan misleader (penyesat). Menurut Drucker, pemimpin ialah
yang mempunyai perjuangan yang unggul, memahami fungsi kepimpinan dan tidak
takut atau cemburu dengan kekuatan rakan-rakan dan orang-orang bawahannya. Kejayaan
rakan-rakan itu tidak dirasai sebagai satu ancaman, sebaliknya menjadi
kejayaannya jua. Misleader atau penyesat pula, sering merasa tergugat dengan
kejayaan rakan-rakan atau orang-orang bawahannya. Justeru itu, ia sentiasa
memperlekeh atau merendah-rendahkan mereka – (The New Realities, Harpers and
Row publisher, New York 1990).
Era globalisasi yang kian mencabar ini juga merupakan era yang sengit dengan persaingan. Dalam
dunia ini, akan wujud dua kelompok masyarakat iaitu ‘menang dan kalah’. Di mana
masyarakat kita mahu berada?, tentu sekali ingin berada dipihak yang menang. Untuk
memenuhi kehendak kemenangan itu, kita memerlukan transformasi jiwa dan minda. Untuk
mentrasformasikan masyarakat, kita memerlukan pemimpin yang mampu merubah
keadaan umat, mengilap bakat dan mengembangkan potensinya, menyemarakkan nilai-nilai
agama di dalam masyarakat kita.
Negara kita yang sedia diketahui bahawa berkurun lamanya telah mengamalkan berbagai faham dan ideologi serta anutan. Semua agama berkehendakkan kepentingan sejagat
dengan kebaikkan, tanpa menimbulkan kemaslahatan. Semua ini dapat dicapai jika pimpinan kita
memiliki kepemimpinan yang berteraskan nilai-nilai keilmuan, ketaqwaan, moral yang
baik, tidak ada prejudis dan sebagainya. Inilah nilai-nilai yang relevan
sepanjang zaman dan mengupayakan kita menghadapi sebarang cabaran di masa
hadapan.
Dalam Islam, soal persaingan usia senior atau junior tidak
timbul sama sekali. Ketika Saidina Abu Bakar as-Sidek menjadi khalifah, baginda
pernah melantik Khalid Ibn Al-Walid menggantikan Abu Ubaiydah Ibn Al-Jarah
sebagai ketua tentera. Walaupun ketika itu Khalid lebih muda dari Abu Ubaiydah,
tetapi era itu amat memerlukan kemampuan Khalid Ibn Al-Walid untuk mengetuai
tentera Islam kerana dekad itu adalah era kebangkitan Islam. Oleh itu
kepimpinan kita hendaklah berteraskan kepada kualiti cara kepemimpinan Islam
yang berilmu atau memiliki intellectual prowess.
Menggariskan wawasan dan merancangnya dengan teliti adalah
keunggulan yang ada kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w ketika
merangka setiap gerakannya. Baginda begitu berstrategik dengan menjalankan
dakwa secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. Daripada keluarga,
sahabat, masyarakat dan seluruh umat di muka bumi ini. Dalam perjuangan,
baginda tidak pernah kehilangan arah dan sama sekali tidak seperti pemimpin
lain yang hipokrit, tidak berprinsip, tiada wawasan dan sering kehilangan arah
tujuan sebenar kerana tidak mampu merancang dan memandu masyarakat yang ada di
bawah pimpinannya.
Lantaran itu, kepimpinan yang ada mutakhir ini di Negara kita
haruslah ditransformasikan kerana gagal membimbing masyarakat dalam unsur-unsul
nilai yang dikehendaki oleh agama iaitu jujur, adil dan amanah. Pemimpin yang
ada kini harus dipertanggungjawabkan kepada yang mampu merancang dan mempunyai
wawasan untuk kesejahteraan masyarakat pimpinannya. Bukan merancang untuk kepentingan
diri dan kroni-kroninya sahaja semata.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meluahkan
apa yang terbuku dihati beliau selama
ini bahwa UMNO sebagai peneraju pemerintahan Negara sekarang ini ketandusan
pemimpin dengan katanya, “UMNO dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai
masuk UMNO, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS”.
"Ini akhirnya menyukarkan UMNO mencari calon sesuai
bagi menentukan kemenangan pada pilihan raya", tambah Mahathir lagi kepada
pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka pada 28 Mac 2012 yang lalu - (Bernama).
Halatuju dan perubahan yang ingin dicapai oleh masyarakat
kita perlu diperolehi dengan memenuhi pra-syarat perubahan iaitu perubahan
dalaman atau anjakan paradigma dan juga perubahan luaran yang melibatkan
rombakan struktur dan strategi kepimpinan yang ada. Sebarang perubahan atau
hajatuju itu haruslah dipandu oleh pimpinan yang ada kualiti-kualiti yang islamik
dan dinamik.
Dalam konteks ini, John Naisbitt pernah membicarakan kepemimpinan
yang memandu halatuju sesuatu masyarakat dengan katanya, “Pemimpin yang
berkesan mendapat komitmen dan dokongan dengan penampilan diri sebagai contoh
kecemerlangan menerusi sikap yang beretika, terbuka dan memberi kekuatan kepada
para pengikut serta mampu menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat” - (Sidgwick
Jackson, London 1990).
Mampukah kita masyarakat di Malaysia ini yang inginkan
perubahan ke arah kecemerlangan untuk membuat transisi kepimpinan yang ada
dengan mentransformasikan ia dikertas undi menjelang PRU13 nanti?. Kita
masyarakat yang dahagakan khazanah Negara bukan sahaja dari hasilnya, malah
pengalinya adalah amat diperlukan sekali agar dapat direalisasikan dan berupaya
memenuhi ciri-ciri kegemilangan yang boleh membawa kita ke halatuju yang
sebenar dan diredhai oleh Allah s.w.t. Wallahualam..
Maka rakyat perlulah bijak menilai sesuatu perkara itu.
ReplyDeleterakyat akan menentukannya.
ReplyDeleteJust wait and see the results in 13th GE
ReplyDeletePerubahan cemerlang hanya akan berlaku jika para pemimpin yang menerajui negara ini mempunyai integriti yang tinggi serta pandangan jauh ke depan.
ReplyDeleteGood quote from Peter F Drucker, leadership should be about responsibility for their people, rather than just rank and privilege. Hope that our leaders will do their duty to the people.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
A leader who is sincere in serving the people and is willing to fulfill his responsibility will surely gain the people's support and votes during the next GE.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
sudah tentu masyarakat di negara ini mahukan perubahan, tapi majoriti rakyat masih belum yakin bahawa kerajaan baru itu nanti mampu memberikan perubahan seperti yang diinginkan oleh rakyat..
ReplyDeletekalau mahu rakyat melakukan perubahan, pemimpin2 politik perlu berusaha meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu melaksanakan perubahan, bukan sekadar omong kosong..
ReplyDeleteTugas pemimpin yang mewakili kerajaan memang sangat penting dan perlu dilaksanakan dengan penuh amanah
DeleteRakyat perlu pemerintah yang bijak dan saksama. Rakyat tiada kerajaan, rakyat akan terumbang ambing. Kalau tiada tali, macam mana buaian boleh dibuai tinggi.
ReplyDelete