Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA) ditubuhkan bagi menyatukan seluruh pendapat para ilmuan dan cendikiawan Iranun di dalam dan luar kerajaan. Pendapat ramai lebih berwibawa dan diterima ramai berbanding merujuk kepada pendapat individu. Dengan cara berpersatuan, para graduan dan sesebuah institusi itu boleh dimartabatkan.
Ada juga pihak lain yang sering mempertikaikan PAGISA kerana persepsi mereka melabel PAGISA terdiri dari kelompok yang berhaluan kiri menentang dasar-dasar kerajaan. Tambahan pula pendirian sesetengah ahli PAGISA yang kekadang berlawanan dengan kehendak dan pendapat pemimpin-pemimpin kerajaan pemerintah.
PAGISA yang dilihat lebih cenderung kepada berdiam diri namun, tindakan dan aktiviti tetap berjalan. Beberapa cetusan pendapat dikalangan individu ahli PAGISA menentang dasar-dasar parti pemerintah dikatakan itulah idea PAGISA. Pendapat peribadi pun dikatakan pendapat PAGISA. Alahaiii.. susahlah kita maju kalau macam ini.. Kalau kita asyik saja mencari kesilapan orang lain tanpa memperbetulkannya..
Kenapalah kita tidak ambil sikap positif dan bersatu pada perkara yang memberi manfaat kepada masyarakat dan generasi kita?. Buat apa buat bising-bising, jika perkara betul. Perkara yang tidak betullah yang harus kita bising-bising ini dan perlu ditentang. Contonhnya kenyataan terbuka PAGISA berhubung tindakan Chua Soi Lek yang menghina hukum Allah s.w.t (hudud).
Pendirian persatuan ini amat jelas sekali lagi bersuluh, inilah suara PAGISA berhubung kenyataan CSL, tanpa berselindung seperti yang didakwa sebelum ini. Antara kenyataan dalam portal blog PAGISA ialah:-
“Memperlekeh dan mempersenda hudud samalah nilainya dengan mempersenda Allah swt, tetapi manusia tidak menyedari bahawa diri mereka itu sendiri adalah dijadikan oleh Allah swt, lalu begitu angkuh dan sombong menolak hudud. Seorang ahli ibadah Ibrahim Adham, menyatakan kepada murid-muridnya; "sekiranya kamu tidak mahu sujud dan tunduk kepada Allah swt, maka tinggalkanlah dunia ini dan buatlah dunia kamu sendiri, janganlah kamu hirup udara dan memakan tumbuh-tumbuhan yang ditumbuhkan oleh Allah swt di muka bumi ini".
“Oleh itu, pihak persatuan menyokong penuh gesaan ABIM Pusat yang mendesak agar Datuk Seri Chua Soi Lek memohon maaf terhadap umat Islam atas tindakan beliau menghina hudud. Sepatutnya beliau lebih memahami sensitiviti umat Islam negara ini dan mengelak dari mempolitikkan hudud yang mana beliau sendiri tidak memahami tentang keperluan hudud terhadap umat Islam. Keharmonian bernegara sewajarnya lebih diutamakan berbanding kecelaruan pemikiran politik yang sempit serta jumud”. Selanjutnya KLIK
Negara kita adalah sebuah negara Islam. Walaupun penduduknya terdiri dari berbagi bangsa dan fahaman agama, semangat perpaduan dan hormat menghormati mesti perkara teratas. Justeru tindakan Presiden MCE Datuk Chua Soi Lek mempersenda Hudud harus terus dibantah sehingga beliau menarik kenyataanya dan meminta maaf pada masyarakat Islam. Tindakan lebih tegas hendaklah diambil sekiranya beliau gagal berbuat demikian.
ReplyDelete