Dengan siapa mereka mengadu?. Baca dan renungkanlah keluhan hati dan perasaan rakyat di Pulau Banggi, Kudat yang diwakili oleh anak muda bernama Mohd Junied. Beliau menagih belas ihsan, semoga ada pihak-pihak yang bisa mendengar dan mengambil tindakan penyelesaian, kalau tidak 100%, 50% pun jadilah, yang penting ada perubahan dari hari ke sehari, katanya dengan penuh harapan.
Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar..
Kepada siapa harus kami mengadu?
Masalah bekalan elektrik di Pulau Banggi, Kudat, Sabah, masih berlanjutan.
Masalah bekalan eletrik yang sering kali terputus telah menyebabkan seribu masalah dan hampir RM100,000 kerugian dihadapi oleh ribuan penduduk Pulau Banggi.
Antara masalah ‘biasa’ yang pasti dihadapi penduduk pulau banggi bilamana bekalan elektrik terputus adalah seperti suasana panas di dalam rumah, kegelapan di malam hari, terdedah kepada gigitan nyamuk "denggi", keselamatan harta benda dan maruah diri juga terganggu, kerja tertangguh di pejabat dan banyak lagi "common problem" akan terjadi akibat daripada masalah ini yang sering berlaku, sekali sekala mungkin kami masih mampu bertahan menghadapinya, tapi dalam tempoh yang agak lama sehingga 21 hari (3-4 minggu), siapa yang boleh tahan?.
Dari sudut mata pandang penduduk yang menjalankan perniagaan pula, banyak kerugian terpaksa dipikul. Pengusaha restoran, kedai runcit, dan ramai lagi yang menjadi mangsa. Barangan seperti peti ais, frezer, ice cube machine, telivision dan yang sewaktu dengannya hampir kesemuanya rosak akibat masalah bekalan elektrik. Kos membaikinya pula adalah terlalu tinggi dek kerana mesin-mesin tersebut terpaksa dihantar ke Bandar kudat menggunakan kapal laut. Upah yang dibayar kepada tenaga mahir pun tidak kurang mahalnya. kadang-kadang kos kesemuanya sampai mencecah harga sebuah freezer atau peti ais yang baru.
Selain itu, dari segi sistem pembayaran bil elektrik di Pulau Bangi ini juga berbeza berbanding dibandar, dan perbezaan itu sangat membebani penduduk pulau ini. Bil elektrik hanya diperolehi paling cepat 3 bulan sekali dan kadang-kadang sehingga 6 bulan sekali. Seorang nelayan yang berpendapatan RM300 sebulan mungkin mampu untuk membayar bil elektrik bulanan yang purata penggunaannya hanya RM50 sebulan sahaja. Tetapi mampukah penduduk tadi membayar bil yang diberikan selepas 3 bulan iaitu RM150 atau lebih, (separuh daripada pendapatan), dan jumlah itu hendaklah dibayar dengan kadar segera sebelum bekalan elektrik diputuskan. Bayangkan pula bil untuk 6 bulan iaitu RM300, inilah yang dihadapi oleh penduduk di Pulau Banggi.
Lanjutan daripada itu, saya juga dimaklumkan bahawa kadar bil setiap Watt adalah berbeza mengikut jumlah terkumpul penggunaan. Contohnya 100 unit pertama berkadar RM 0.175 perunit iaitu RM17.50, dan 100 unit yang seterusnya RM0.185 perunit iaitu RM18.50 dan 300 unit dan seterusnya RM0.330 perunit.
Kesimpulanya, kadar ini akan terus meningkat mengikut jumlah unit yang terkumpul. Bayangkan berapa jumlah unit penggunaan elektrik untuk tempoh 3 bulan, jumlah bayarannya sudah pasti lebih tinggi daripada bil yang dikeluarkan sebulan sekali. Sistem ini adalah tidak adil dan sangat membebani ribuan penduduk Pulau Banggi yang puratanya berpendapatan lebih kurang RM350 sahaja sebulan. Bagaimana pula dengan status subsidi RM20 yang kerajaan berikan?
Kami penduduk Pulau Banggi, Kudat, Sabah sangat-sangat mengharapkan pihak-pihak terbabit seperti, SESB, Wakil Rakyat Parlimen dan DUN N1, Pejabat Daerah, JKKK dan pihak lain berkaitan dapat mengambil tindakan "SEGERA" untuk mengatasi konflik ini agar kami tidak lagi terus dibebani. Sekian, terima kasih.
Salam 1 Malaysia....Saya terpanggil untuk tampil mewaklili Penduduk Pulau Tigabu, banggi Kudat sabah..Selama lebih 50 tahun malaysia Merdeka, kami di Pulau Tigabu yang 90% penduduknya bergantung hidup kepada laut untuk meneruskan kehidupan, SEPERTI DI PINGGIRKAN dari arus Pembangunan Negara, tiada kemudahan asas yang sangat diperlukan, Bulan Oktober 2010 seperti mana yang telah saya adukan di ADUAN RAKYAT mengenai permintaan Penduduk Kampung yang MAHU kan supaya ADA PERKHIDMATAN RANGKAIAN TELEFON MUDAH ALIH, telah pun sampai ke Pulau Tigabu..( setelah saya adukan masalah ni ke Daily Express..atas nasihat Pegawai CELCOM) walau pun ia tidak menyelurh dan line masih pandai hilang-hilang, tetapi kami amat bersyukur kerana kami sudah boleh menghubungi dunia luar dan boleh berkomunikasi dengan anak-anak yang bersekolah di tanah Besar Kudat, dari kerajaan USNO hingga lah kepada kerajaan hari ini (BN) nasip lebih kurang kira-kira 450 orang penduduk tetap sama, kami terus di pinggirkan dari ARUS PEMBANGUNAN PERDANA...dan tiada siapa tampil untuk mengatasai MASALAH ini yang sudah berlarutan sejak sekian lamanya.,70 % penduduk menggunakan injin Janareta untuk kegunaan pada waktu malam, selama lebih kurang 3 -5 jam, Kalau boleh saya menyeru supata SOLAR HIBRID yang ada di SK TIGABU dapat di tambah Kuasanya, supaya ia boleh di gunakan oleh pendudk kampung..pERKARA INI JUGA TELAH DI AJUKAN OLEH kETUA kAMPUNG...tetapi beberapa tahun berlalu, masih tetap tiada tindakan di buat..Harap Wakil rakyat dan juga MP..akan mengambil perhatian terhadap perkara ini..KAMI SUDAH PUAS DIJANJIKAN..DENGAN BERMACAM-MACAM..JANJI..tapi sehingga kini kami terus menanti bilakah JANJI2 MANIS itu di laksanakan...TOLONG lah kami.
ReplyDeletesampai hati wakil rakyat buat begitu terhadap penduduk pulau yg terasing dr tanah besar.. sedangkan di semenanjung msia, pulau2 spt pulai banggi ini akan dijadikan eko pelancungan sehingga penduduk di situ maju setaraf dgn penduduk tanah besar.. selagi sistem pemerintahan yg ada skrg ini dipertahankan dan diamalkan, sudah pasti keutamaan kpd rakyat akan dipinggirkan.. yg penting bg mereka ialah, ambil kesempatan dlm kesempitan rakyat.. umno/bn bukan pilihan utk memajukan rakyat sabah.. rakyat kena berani ubah dan berubah.. beri kesedaran kpd mereka (pemimpin) yg alpa..
Delete