Monday, 26 December 2011

Sodomi '2' : Tidak Jejaskan Sokongan Rakyat Terhadap Anwar

SR ada buat sedikit analisis atau kajian untuk meneliti pendapat serta pandangan beberapa orang ramai terutama sekali rakan-rakan laman social FB dan portal blog mengenai kes sodomi ‘2’ Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan kes liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang akan diputuskan pada 9 Januari 2012 tahun depan. Apa yang SR dapati, Anwar bakal dipenjarakan walaupun mereka mengakui, Anwar tidak bersalah.

Pendapat dan pandangan yang berbeza-beza, masa depan politik Anwar dikatakan sukar untuk diramalkan. Mereka tidak gembira hanya kerana kes liwat DSAI diumumkan bersalah pada tarikh tersebut. Apa yang penting bagi mereka, semua kena terima hakikat bahawa setiap manusia yang hidup di dunia ini ada jalan dan nasibnya yang tersendiri. Takdir seseorang itu ditentukan oleh Tuhan.

Pendapat lain, ada dua kemungkinan akan berlaku, katanya; Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan demi survival politik individu untuk menyelamatkan kepentingan pihak-pihak tertentu walaupun imej kehakiman tercalar di mata dunia. Kedua, Datuk Seri Najib Razak tidak akan biarkan musuh politiknya terlepas begitu saja untuk menjelajah tanah air ini bagi memperjelaskan agenda Buku Jingga dan menuju ke Putera Jaya.

Modus operandi yang dikemukakan oleh kedua belah pihak antara Anwar dan Saiful juga menimbulkan berbagai polimek dikalangan masyarakat di Negara ini. Negara luar sekalipun tidak terkecuali memantau perjalanan politik yang berlaku di Malaysia, terutamanya Negara pelabur.

Secara peribadi, SR mempunyai pandangan yang berlainan dari rakan lain. Walaupun DSAI terlepas atau disabitkan bersalah dari dakwaan tersebut, sokongan ke atas beliau tidak akan berubah malahan bertambah atas ehsan keaiban yang beliau terima. SR berpendapat sebegitu kerana, sodomi ‘1’ telah menjelaskan semuanya. Anwar masih diterima oleh semua golongan lapisan masyarakat dan semakin mendapat sokongan, salah satu buktinya ialah bila beliau bertanding di Permatang Pauh.

Salah seorang pengiat FB, Hamdan Awg Antau berpendapat, Anwar umpama sebiji bola bila dihentak-hentak ke tempat keras pasti terus melantun, semakin dihentak semakin melantun tinggi demikian juga bila mana kita tekan sekuat munkin ke dalam air dan lepaskannya semakin terus meloncat ke atas. Justeru itu katanya, apalagi kalau seperti manusia yang sentiasa tertekan dan ditekan akan mencari jalan untuk tidak terus ditekan, hati-hati dengan manusia zaman mutakhir ini, dunia cuma di hujung jari tidak seperti di awal pra kemerdekaan.

Begitu juga pandangan saudara N A Rahman Rahman, Anwar ibarat bidalan hasil dari anjakan paradigma "Sesejuk air dipergunungan, sedingin air ditelaga, sehangat air di sungai dan air laut TETAP masin" renung-renungkanlah, katanya.

Fahmi Al-Edrus berpendapat sebaliknya, biarkanlah mereka bedua itu menjalani perbicaraan. Mahkamah dunia akan jatuhkan hukuman, mahkamah Allah S.W.T pula akan membuka segalanya pembohongan dan muslihat. Kita sepatutnya mendoakan keduanya, semoga mendapat keampunan dan keredhaan Allah S.W.T. Lagipun keduanya muslim dan apa yang pastinya sedikit sebanyak isu mereka ini samada benar atau tidak, telah meletakkan agama Islam begitu rendah di mata agama lain kerana keduanya mempunyai pegangan agama yang baik, tapi dibicarakan atas perkara yang sangat jijik. Semuanya akan berakhir dan kita tidak berhak meletakkan mereka dikedudukan apa selepas ini, wallahu a'lam.

Keputusan sodomi ‘2’ yang bakal diumumkan pada tarikh berkenaan tentu sekali sedikit sebanyak merubah suasana dan lanskap politik tanah air. Semuanya terjawab bila menjelangnya PRU13 nanti, rakyat akan menceritakan segala-galanya.


No comments:

Post a Comment