Saturday, 31 December 2011

UMNO Parti Perkauman Yang Berpaksikan Ketuanan Melayu : Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin

Di ambang tahun 2012, mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, memukau masyarakat sekitar daerah Kota Belud yang menutup tirai tahun 2011, dalam sesi ceramahnya di Majlis Ceramah Pakatan Rakyat di Kg. Tamau, Kota Belud yang berakhir dengan penuh dramatic pada detik 12 tengah malam.

Antara isu yang dimuatkan dalam ceramahnya ialah, UMNO adalah parti perkauman dicipta oleh penjajah British yang wujud dalam diri mereka itu sikap Hidup Melayu dan berpaksikan Ketuanan Melayu. 

Adakah di zaman Rasulullah s.a.w., Baginda dan umat Islam ketika itu melaung-laungkan Hidup Bangsa Arab dan Ketuanan Arab? Adakah juga Rasulullah s.a.w. mengajar umat di dunia ini atau disebutkan dalam kitab suci Al-Quran perjuangan itu berlandaskan bangsa atau kaum?, antara persoalan yang beliau bangkitkan dalam kotak minda rakyat.

DS Nijar juga menjelaskan kepada rakyat antara isu kotor yang dimainkan oleh UMNO/BN sekarang ini ialah, jika sekiranya Pakatan rakyat memerintah Negara, orang Cina akan monopoli penguasaan, PAS dan PKR akan jadi boneka DAP. Ini adalah pembohongan yang dicanang oleh UMNO/BN kepada rakyat, katanya lagi.

Turut sama memberikan ceramah ialah sdr Musli Oli. Beliau menegaskan, transformasi sebenarnya bukan mengalahkan UMNO, transformasi sebenar itu ialah meninggalkan UMNO dan menguburkan UMNO. Kita bukan menentang bangsa Melayu, kita sebenarnya menentang bangsawan Melayu yang banyak mengikis hak rakyat.

Sewaktu menemui Tan Sri Pandikar kerana menghormati beliau sebagai orang lama dalam politik dan sahabat yang sama-sama berjuang dulu di zaman USNO untuk menyatakan hasratnya keluar UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat. TS Pandikar bertanyakan sdr Musli, bagaimana ekonomi beliau nanti menghadapi perjuangan menentang kezaliman UMNO/BN kelak?. Musli jawab, saya memilih perjuangan ini atas sebab, biar saya mati dalam perjuangan sekarang yang saya pilih, kerana sampai bila-bila pun jasa dan pengorbanan kita akan dikenang sepanjang zaman. Tidak seperti matinya seorang jutawan dan bangsawan yang hasilnya belum tentu menjanjikan sesuatu kedamaian di alam berzakh nanti.

Antara lain yang memberi ceramah ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, MP Kota Kinabalu dan beberapa saaf pimpinan Pakatan Rakyat. Isu-isu yang dirungkai adalah isu tanah yang ketara tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan UMNO/BN di Sabah. UMNO/BN banyak mengeluarkan janji kosong, namun semua janji-janji itu hanya sebagai perencah penyedap kempen-kempen UMNO/BN untuk menghadapi PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment