Tuesday, 18 October 2011

Siapa Hapuskan Kekebalan Raja-Raja Melayu?

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mendukung cita-cita dengan prinsip Rukun Negara dan menghargai kemerdekaan serta kedaulatan Negara Malaysia yang berlandaskan prinsip perlembagaan beraja bercorak demokrasi Raja Berpelembagaan.

Dalam pada itu, menurut sumber yang mengatakan bahawa pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah menempelak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar. Katanya "Saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?".

“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata Aziz dalam satu kenyataannya.

Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk “Ehhh.. look who's talking?” menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

“Selain itu, kuasa mengistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis” katanya lagi.

‘Apabila kaduk sudah naik junjung’ mulalah ia merayau-rayau ke pentas-pentas sandiwara politik buat lakonan. Jika diimbas kembali, tahun bila masa Barisan Nasional berkuasa penuh di Parlimen. Ketika itu, adakah pembangkang boleh menyaingi majoriti Barisan Nasional di dalam dewan?. 

“Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit, bulat manusia kerana muafakat”..

No comments:

Post a Comment