Monday, 17 October 2011

'PETRONAS mengembangkan projek Huluan dan Hiliran di Sabah': Untuk SIAPA?

Pemimpin-pemimpin UMNO/BN Sabah termasuk Speaker DUN jelas ikut telunjuk Persekutuan bak seperti Pak Angguk dan Pak Turut bila menolak usul yang dibawa oleh ADUN Luyang Melanie Chia bagi menyemak perjanjian royalti minyak daripada 5% kepada 20% pada sidang DUN baru-baru ini.

Speaker DUN Sabah Datuk Salleh Tun Said menyatakan bahawa Petronas sudah menyumbang dengan ketara kepada ekonomi negeri dan banyak memberi manfaat kepada kehidupan rakyat Sabah yang disokong oleh Datuk Karim Bujang ADUN Bongawan. Menurut Karim “Saya percaya faedah sampingan dari projek itu lebih banyak daripada kadar royalti yang diminta di dalam usul” katanya kepada Bernama.

Mengulas kenyataan akhbar itu, sebagai rakyat Sabah yang inginkan kemajuan dan kekayaan hasil bumi negeri ini dimanfaatan dan diberikan haknya seperti yang dipersetujui serta termaktub dalam perjanjian 20 Perkara. Manfaat pembangunan Petronas itu amat dipersetujui malah menguntungkan rakyat negeri ini jika difikirkan kewajarannya. Tapi, betulkah rakyat Sabah memperolehinya?, itu persoalannya. Sabah perlukan haknya semula, untuk membangunkan negeri ini sendiri tanpa kepergantungan peruntukan yang diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Adalah tidak salah jika kadar royalti di Sabah dilonjakkan kepada 20% untuk tujuan membangunkan negeri ini. Sebagai rakyat yang cintakan negerinya, amatlah elok sekiranya pembangunan diwujudkan di Sabah sepertimana pembangunan Logi Kuasa 300MW bernilai RM1.5 billion di Kimanis, penghasilan baja di Sipitang bernilai RM4.6 billion dan terminal pengisian semula gas LNG di Lahad Datu yg menelan kos perbelanjaan RM2.2 billion.

Pujian harus diberikan kepada Petronas atas inisiatifnya, untuk tujuan mengembangkan projek huluan dan hiliran gas serta minyak sebagai rancangan syarikat membangunan industri itu di negeri ini, yang penting manafaat itu untuk rakyat Sabah bukan untuk orang lain seperti kewujudan Risda dan Felcra di Sabah. Kakitangan majoritinya bukan rakyat Sabah, ia amat sekali mendukacitakan rakyat negeri ini.

Yang amat memilukan lagi, bila kerajaan UMNO/BN menyerahkan PETRONAS kepada Shamsur Azahar yang melaksanakan dasar 1Malaysia dengan melantik orang-orang Cina secara besar-besaran seperti berikut di bawah:-

1. Dato' Wee YH (Executive Vise President)

2. Chai Kok Kit (Operation Advisor) - Retired Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) Staff (Did'nt make much impact in Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) even when he was there)

3. Dato' Yeow Kian Chia (Seen as a failed Project Director for Turkmenistan, now made as New Technology Advisor)

4. Dato' George Ling (Drilling Advisor). Ex-Shell. Last job Managing Director of Shell China.

5. Afendy Cheng has been the Senior General Manager of Exploration, now Vise President International Exploration.

6. Chen Ka Seong (Petroleum Engineer Manager) All these new appointment within last 6-8 months

Market Talk

1. Dr Ong See Hong has been Approached.

2. Dr Lim Min Teong has been approached.

3. Chen is being groomed to be next Managing Director.

Di manakah ruang-ruang niaga dan tempat warga negeri Sabah yang berstatus Warganegara Bumiputera?. Rakyat perlu bangkit dari lamunan mimpi indah dan fikirkan demi maruah anak bangsa. Jangan harapkan pagar, pagar makan padi..

No comments:

Post a Comment