Wednesday, 19 October 2011

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) PAS jadi Sasaran: Sejauh mana ia berkesan terhadap Akidah Umat Islam?


Menjelangnya 22 Oktober 2011 ini, Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) cuba untuk mengimpunkan seramai sejuta umat Islam di Stadium Shah Alam. Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah", secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka.

Namun, sayang seribu kali sayang murtad tetap juga berlaku. Orang-orang bukan Islam begitu berani sekali memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali. Konflik ini berlaku konon Insiden yang terjadi di dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC), yang begitu mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kenapa sekarang baru sedar?.

Sedangkan telah pun dijelaskan oleh Pawanchek Merican yang bertugas sebagai jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan bahawa 16 kes meninggalkan Islam telah pun diluluskan sebelum ini. “Saya amat yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut Mufti Perak Datuk Seri Harusani, lebih 260,000 telah dimurtadkan” katanya. Mufti Perak sebelum itu juga telah mewar-warkan konflik tersebut, di mana gerakan kristianisasi berlaku di Malaysia. Mana munkin sekarang baru sedar dan baru ambil tindakan?. Tindakan yang bagaimana perlu diambil?. Dan, apakah dengan hanya himpunan tersebut terselamatlah semua akidah umat Islam?.

Di kala ini jua, PAS menjadi sasaran utama bloger-bloger UMNO/BN dan individu lain konon PAS tidak menyertai himpunan sejuta umat yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Sedangkan PAS sebelum ini telah banyak mengemukakan bukti-bukti kukuh berlakunya murtad dikalangan umat Islam dan sering bertegang lidah dengan UMNO tentang hal demikian. Sehingga PAS membawa isu ini di Dewan Rakyat dan membangkitkan perkara tersebut. Kenapa pula PAS yang banyak dipersalahkan dalam hal ini?. Apakah tidak jelas lagi pada mereka perjuangan PAS membendung gejala ini?.

Ini seolah-olah ada agenda politik yang tersirat disebalik himpunan tersebut. Kenapa baru disedari dengan menjelangnya PRU13, kenapa dulu tidak bertindak?. Perjuangan Islam mencegah kemungkaran menegakkan kebaikkan tidak memilih masa dan ketikanya, ia berterusan tanpa mengira waktu dan tempat. PAS sebenarnya melihat berbagai bentuk dan sudut keberkesanan himpunan itu. Seperti mana kenyataan Ustaz Bari Ulama Muda UMNO baru-baru ini “Himpunan ini baik, namun perlu juga dilihat dari sudut mana dan sejauh mana keberhasilannya. Lelaki dan perempuan perlu diasingkan tempatnya, dan selepas himpunan ke mana perginya perserta himpunan?”. Pada pandangan ilmuan agama, melihat ini satu maslahat besar yang perlu diberi perhatian juga.

Musuh-musuh Islam sentiasa mengambil ruang dan peluang terhadap kelemahan umat Islam itu sendiri. Melakukan perkara yang baik, namun menyalahkan orang lain. Seharusnya memberi kesedaran kepada mereka yang tidak memahami perjuangan Islam yang sebenar. Dalam Islam tiada paksaan, Islam adalah cara hidup yang dianuti dan difahami. Sejauh mana agama Islam dihayati oleh umat Islam itu sendiri di Malaysia?. Kenapa umat Islam tidak di ajak kepada himpunan sebenar setiap menjelangnya Solat Jumaat?. Apakah semua peserta himpunan itu setiap minggu jelas dan tekun menunaikan Solat Jumaat. Inilah himpunan yang sebenar-benarnya himpunan. Lihat sahaja muda-mudi kita mutakhir ini, bila azan berkumandang di udara, di mana mereka berada?. Apakah mereka berada di masjid-masjid dan surau-surau berdekatan, atau mereka ini melepak di tepi-tepi gedung pusat membeli belah?.

Pihak-pihak ini atau musuh-musuh Islam amat licik dan pandai mengambil kesempatan. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadi Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.

Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan pelan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda adalah gereja terbesar di Asia. Dalam hal ini, nak salahkan PAS jugakah?.

Barang siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar.

Firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan Al-Kitab dan neraca (keadilan)supaya manusia dapat melaksanakan keadilan…” – (Al-Hadid:25)..

No comments:

Post a Comment