Wednesday, 30 May 2012

Siri II : Konsep Pesefahaman Bendung Polarisasi Kaum

Konsep persefahaman adalah merupakan satu konsep yang begitu penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Ia sangat penting sekali untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia yang majmuk, iaitu mempunyai agama, budaya, aspirasi dan amalan yang berbeda-beda.

Kekurangan tentang kesedaran pentingnya konsep persefahaman di antara etnik dan amalan dalam diri setiap rakyat Malaysia boleh menyebabkan berlakunya masalah polarisasi kaum. Di situ akan berlakunya pembentukan pendirian yang bertentangan antara kaum.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 menyaksikan kepada kita pertelingkahan sengit di antara orang-orang Melayu dan Cina. Pada masa itu rusuhan antara kaum Melayu dan Cina berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan selama dua puluh bulan dan kerajaan diperintah oleh Majlis Gerakan Negara.

Ketika itu, Cina merasa kurang puas hati dengan isu-isu yang berkaitan kewarganegaraan, bahasa rasmi, dasar pendidikan Negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu. 13 Mei 1969 adalah kemuncak tragedi ngeri itu yang mana tiada seorang pun rakyat di Negara ini berkehendakannya.

Sintimen itu bertiup kencang semula mutakhir ini, bila mana ada yang sanggup mendakwa akan berlaku tunggang-menunggang sekiranya pihak lain mendapat mandat mentadbir Negara ini. Kita sering membelakangkan sejarah sebagai pengajaran, sehinggakan kita sanggup memainkan isu perkauman dan sintimen agama kepada masyarakat kita sendiri.

Apatah lagi dengan perkembangan politik tanah air yang amat cergas berkembang kini. Perkembangan politik terutamanya kepada generasi muda juga akhir-akhir ini banyak mewarnai politik dan aspirasi Negara. Fenomena ini secara langsung dapat menggerakkan minda mereka ketahap pencapaian yang memberangsangkan. Sebelum ini juga, generasi muda tidak diberikan peranan kerana dianggap agak pasif dan lambat memahami perkembangan politik berbanding dengan golongan yang melewati usia tahap belia.

Pusat-pusat gedung menimba ilmu perlulah memainkan peranan bagi membentuk generasi ini untuk ajak mereka memahami konsep persefahaman. Sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi adalah satu-satunya tempat majoritinya generasi yang berbilang kaum ini bergaul dan berinteraksi. 

Namun demikian, kita kena akui bahwa segala sintimen dan prejudis tentang kaum-kaum lain yang diperolehi daripada keluarga dan masyarakat akan dibawa ke tempat-tempat di mana mereka itu dihimpunkan. Dalam hal ini, tenaga pendidik seharusnya memainkan peranan penting bagi mengurangkan perasaan negatif di antara mereka dan seterusnya merapatkan hubungan generasi tersebut.

Justeru itu, segala pertuturan atau tindak tanduk pendidik juga tidak seharusnya mempamerkan sikap dan perasaan yang menimbulkan perasaan perkauman yang boleh mempengaruhi mereka. Sekiranya pihak pendidik atau pemimpin itu melahirkan dan memperlihatkan sikap anti kaum mereka kepada generasi ini, akhirnya perasaan perkauman akan bertambah dan menjadi-jadi. Maka oleh hal yang demikian, setiap langkah yang diambil untuk membendung gejalah ini amatlah sukar sekali sekiranya polarisasi kaum semakin diserapkan kepada minda mereka.

Begitu juga dalam situasi politik, sekiranya parti-parti politik di Negara ini memainkan peranan meniupkan api sintimen kaum maka akan berlakulah seperti peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Bagi menggelakkan fenomena ini supaya ianya tidak berulang kembali, kepekaan dan ketauladanan peristiwa itu seharusnya dijadikan sebagai kayu ukur atau titik tolak agar rakyat di Negara ini dapat menjalankan kehidupan harian di dalam keadaan aman dan sejahtera. 

Masalah polarisasi kaum adalah tanggungjawab bersama, setiap rakyat Malaysia itu bertanggungjawab untuk mencapai integrasi nasional. Hanya dengan cara ini sahaja masalah polarisasi dapat diminimakan. Setiap rakyat sewajarnya peka dan memahami latar belakang setiap masyarakat serta sedaya upaya menjalinkan hubungan baik dengan kaum-kaum lain.

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, dalam gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Orang Islam mestilah mengambil iktibar daripada hakikat ini. Islam yang diperjuangkan tidak cukup dengan hanya indah dari segi falsafah dan teorinya sahaja. Walaupun Islam itu memang indah sekalipun baru diperkatakan secara teori, namun praktik Islam itu jauh lebih indah. Falsafah Islam yang indah itu hanya merupakan tarikan awal untuk membinanya secara realiti.

Para pemikir dan cendekiawan Islam tidak boleh mengecewakan manusia dengan menyebabkan mereka tertunggu-tunggu untuk merasai keindahan Islam yang telah mereka baca dan fikir. Jika tidak, manusia akan menganggap bahawa Islam juga akan mengecewakan mereka seperti kapitalis, komunis, sosialis atau demokrasi. Sedangkan, keindahan Islam bukan satu utopia.

Masa berfalsafah hampir sudah berakhir. Satu model kehidupan Islam yang dapat dirasa mesti dibina segera. Telah banyak diperkatakan tentang keindahannya. Kini manusia menunggu-nunggu bila lagi mereka boleh menikmati keindahan Islam? Islam tidak sekali-kali pernah menganjurkan penghinaan kaum atau agama lain.

Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak keliru dengan langkah yang diambil.

Sesungguhnya Islam itu sudah lengkap melengkapi di dalam membentuk kehidupan yang selamat dan menyelamatkan. Dengan kembali kepada fitrah Islam secara kaffah dan meninggalkan segala ideologi buatan manusia sahajalah, manusia dan dunia ini terselamat dari kemusnahan peradaban kemanusiaan dan kebendaannya.

7 comments:

  1. Its important to have unity and mutual understanding between the various race and religion in the country, so that we can all live in peace.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Kesaksamaan perlu dipraktikkan di negara ini dan tidak hanya memberi kelebihan kepada pihak tertentu saja.

      Delete
  2. Without mutual respect, understanding and religious acceptance. Its difficult for us to live in harmony for so long.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Menyedihkan bila agama kadang2 urut dipolitikkan semata-mata mahukan sokongan pengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang masalah sekarang ini. Seperti apa yang PAS katakan. Sokong PAS pasti masuk Syurga. Tapi kes Hiv/AIDS tetap kelantan yang tertinggi. Siapa yang memerintah dikawasan tersebut.

      Delete
  4. dalam hidup berbilang kaum, perlu ada nilai tolak ansur dan hormat menghormati. dgn ini keharmonian dpt dicapai.

    ReplyDelete
  5. sedangkan parti politik juga tidak mengamalkan persefahaman dikalangan etnik atau kaum.. lihat saja, ada parti untuk cina, India, KDM, bajau dan sebagainya..

    ReplyDelete