Wednesday, 21 March 2012

Amalan Kerajaan Pesekutuan (Federalism) Membantutkan Penubuhan RCI : Datuk Ronald Kiandee

Rakyat Sabah rata-ratanya kecewa dengan kegagalan DS Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan RCI (Royal Commission of Inquiry) atau Suruhanjaya Siasatan diRaja bagi menangani isu pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah. Ramai yang mengharapkan penubuhan RCI dapat dan berjaya dibentuk untuk menangani isu Pati di Sabah dan juga seluruh Malaysia, tetapi Najib seolah-olah melihat perkara ini tidak serius.

Datuk Ronald Kiandee, MP Beluran merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia telah memberi respond semalam dalam laman social FCB kumpulan terbuka yang ditubuhkannya dengan berkata, “Kita kena check dengan Kerajaan Persekutuan, tapi itulah masalah dalam kerajaan yang mengamalkan system persekutuan (federalism). Isu keselamatan Pati pembentukkan RCI mesti diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan, kerana ianya bukan di bawah kuasa Kerajaan Negeri”.

“Memang ramai ahli parlimen kerajaan dan pembangkang membawa isu Pati RCI ini dalam perbahasan-perbahasan mereka. Sebenarnya hanya kerajaan saja yang berkuasa untuk tentukan pembentukan RCI bukan ahli-ahli parlimen. Sedang usul untuk bentuk ‘parliament select committee’ pun harus datang dari kerajaan”, katanya lagi

Beliau menambah, “Semua orang Sabah tidak menerima Pati, dikalangan semua wakil rakyat pun sedemikian. Dua belas tahun saya di parlimen memang setiap wakil kerajaan dan pembangkang Sabah suarakan isu ini. Pembangkang Semenanjung cuma mula bercakap tentang Pati Sabah secara serius konon hanya selepas pilihanraya 2008 lalu”.

Ronald Kiandee melihat semua itu hanya sebagai kekuatan politik mereka. Beliau mengakui bahwa pati adalah isu Sabah, penyelesaian berkesan harus diambil oleh kerajaan. RCI adalah antara pendekatannya yang penting dalam RCI itu bukanlah pada penubuhannya tetapi perlaksanaan setiap cadangan yang dikemukakan kelak, tambah beliau lagi.

Pada Ronald, RCI tidak perlu dijadikan isu politik, kerana ianya isu yang sama diperjuangkan oleh penbangkang dan kerajaan. Menurut beliau lagi, sekarang ini pun tidak kurang pendedahan pemilikan kad diri dikalangan pati. Banyak sudah teguran dan cadangan yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat dan orang awam Sabah terhadap isu ini.

“Saya seringkali bagi tahu pengundi-pengundi saya di Beluran untuk tentukan lebih ramai orang Sabah pegang jawatan diperingkat persekutuan sama ada jadi menteri atau jadi pegawai tinggi untuk gubal dasar Kerajaan Persekutuan yang akan memihak kepada negeri kita. Setakat jadi pengarah di peringkat negeri tidak cukup untuk mengubah semua ini”, katanya.

Justeru itu, Datuk Ronald telah timbulkan satu persoalan, “Hmm! perlukah kerajaan tunggu RCI untuk mengambil tindakan?”. Kerajaan apakah yang dimaksudkan oleh Ronald, kenapa Najib gagal menangani isu ini dan sama ada dakwaan menteri-menteri di Sabah bahawa Kabinet hanya membuat janji kosong tanpa ada asas yang kukuh?.

Saturday, 17 March 2012

Borneo Menggugat : Najib Anti dan Bertopengkan Demokrasi berfahaman Monarki

DS Najib Tun Razak sekali lagi menipu rakyat dengan mengingatkan mereka supaya tidak menggadai masa depan menyokong pembangkang. Kenyataan ini dipetik dari laporan Bernama media pro BN yang jelas membuktikan bahwa beliau sendiri adalah anti demokrasi. Najib seolah-olah lupa bahwa Barisan Nasional juga adalah pembangkang di negeri-negeri terajuan Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Penang, Selangor dan Kedah.

Najib keluar temberangnya dengan berkata, kononnya BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan yang mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan. Kalau benarlah kenyataan Najib itu, apa hal Sabah dan Kelantan negeri yang kaya dengan penghasilan emas hitamnya dilautan boleh melahirkan lagi rakyat termiskin di Malaysia jika Negara diurus tadbir dengan cekap dan berkesan?.
  
Najib berkata lagi, "Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". Lawak tahap gaban Najib.

Najib yang membuat lawatan kerja sehari ke Perak itu, negeri (Kerajaan TKO) kelahiran pemimpin katak berkata, kerajaannya dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat. Dari mana pula Najib dapat duit itu dengan begitu banyak, mengatakan dapat mengurangkan jumlah hutang malah dapat lagi menambah hasil Negara?. SR berpendapat, duit itu datangnya dari hasil kutipan daripada rakyat, zakat dan sebagainya. Cukai sana cukai sini, naik sana naik sini. Akhirnya rakyat yang merana diri, padan muka rakyat.
  
Sehubungan itu Najib mengakui dengan katanya, inilah sebab kita dapat mengurus tadbir negara dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat. Berapalah rakyat dapat, dan pemimpin-pemimpin UMNO dapat berapa pulak?. Dana 250juta yang diberikan kepada suami Shahrizat itu adalah duit rakyat, Najib jangan cakap temberang.

"Adakah itu menjadi kita sebagai kerajaan tidak bertanggungjawab? Tentunya jika kita kembalikan hasil negara kepada rakyat, ianya bermakna kerajaan mendahulukan rakyat. Seperti mana yang saya janjikan selama ini (dimana) selama tiga tahun gagasan tersebut (1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan) kita praktikkan," katanya. Rakyat dapat 500ringgit pemimpin songlap 250juta, belum lagi masuk majlis tunang sana majlis kahwin sini. Betullah slogan itu, kaburkan mata rakyat dahulu.
  
Najib menambah lagi, jika pembangkang menuduh kerajaan BN tidak bertanggungjawab, tuduhan itu tidak benar. Sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab adalah kerajaan yang menghabiskan wang negara, dan pada masa menambah hutang negara semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Pembangkang ada bukti, kata itu tuduhan lagi?. Najib! Najib..
  
Terakhir sekali menurut sumber ini, Najib berkata "Sudah nak dekat pilihan raya, kita baru nak beri bantuan semata-mata nak dapatkan undi tanpa uruskan ekonomi negara dengan baik. Itu namanya kerajaan tidak bertanggungjawab dan tidak fikir masa depan negara". Inilah lawak Najib paling kelakar sekali dalam 1Malaysia dari merdeka sampai sekarang.

Atau, betullah sepertimana dakwaan Borneo Menggugat, pengamal laman social FCB dalam ruangan ‘Jom Belasah Media Longkang’ dengan mengatakan, Najib adalah ANTI DEMOKRASI DAN PENGANUT FAHAMAN MONARKI YANG BERTOPENGKAN DEMOKRASI. Sumber KLIK


Friday, 9 March 2012

Kolot : Rahman Dahlan Dakwa Undi PAS Itu Rasuah Politik Besar Mengalahkan BR1M.

MP Kota Belud merangkap Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah menjelaskan mengenai komennya semasa program BICARA RAKYAT: POLITIK BARU ANTARA KEBENARAN DAN TANGGUNGJAWAB dengan mengatakan rasuah terbesar di negara ini ialah apabila pemimpin PAS menyatakan mengundi PAS akan masuk Syurga. Persoalan itu dibangkitkan semula oleh penganlisis politik, blogger Kelapa Mawar dalam laman sosial FCB beliau (KLIK).

Alasan Rahman, persoalan itu timbul ekoran daripada lanjutan pertanyaan penonton yang meminta penjelasan mengenai kenyataan pembangkang bahawa pemberian BR1M itu satu rasuah politik. Rahman memberikan jawaban mengatakan bahwa, kalau nak bercakap pasal rasuah politik, yang terbesar sekali ialah memberi jaminan syurga kepada orang yang mengundi PAS. Itu rasuah politik besar mengalahkan BR1M.

Rahman Dahlan tidak dapat membezakan antara memberi rasuah politik dengan memberi imbuhan seperti BR1M, dan mengajak manusia ke jalan Allah menuju ke syurga sebagai ganjaran yang sudah Allah s.w.t. janjikan. Apakah mengajak manusia ke jalan Allah itu satu rasuah?. Dan, apakah Rahman Dahlan tidak tahu bahwa memberi rasuah itu haram dan paling Allah s.w.t. benci?. Rahman Dahlan sebenarnya terikut-ikut rentak dengan kenyataan puak-puak UMNO lain yang mengatakan konon TG Nik Aziz mengatakan kalau undi PAS masuk syurga, tanpa mendalami makna yang tersirat dari kenyataan Mursyidul Am PAS itu. Kalau kita tanya soalan kepada Rahman Dahlan, bolehkah Allah s.w.t. itu dirasuah?.

Sedangkan sebelum penjelasan Rahman Dahlan di atas, Pengarah SIRIM Sabah Tuan Haji Khairan telah pun menjelaskannya lebih awal tentang kenyataan TG Nik Aziz  tersebut. Pada pandangan Tuan Haji Khairan mengenai perkara itu, memang ada terdapat pemimpin PAS menyatakan bahawa kalau mengundi PAS boleh masuk syurga. Tetapi syarat-syarat tertentu bukan semata-mata undi PAS terus masuk syurga. Perkataan undi PAS boleh masuk syurga disalah tafsirkan untuk tujuan-tujuan tertentu, katanya.

Menurut Haji Khairan, apa yang menjadi kemusykilan di sini ialah petikan perkataan 'kalau mengundi PAS boleh masuk syurga', tetapi ayat sebelum dan selepas tidak diungkapkan dengan jelas oleh orang yang mendakwa sedemikian. Haji Khairan memohon Rahman Dahlan rujuk semula ceramah-ceramah Mursyidul Am PAS itu dan memperhalusi semua ungkapannya.

Namun demikian, Haji Khairan tidak menafikan bahwa pemimpin tertinggi PAS itu memang ada menyatakan, sekiranya seseorg itu mengundi PAS dengan niat mendaulatkan Islam dan selepas itu tidak melakukan sebarang dosa. InsyaAllah katanya, ia boleh menjadi pasport ke syurga. Syarat-syarat inilah yang selalunya dipadamkan maka jadilah momokan dan ejekan oleh orang-orang tertentu 'kalau undi PAS masuk syurga', tambah beliau.

Menurut Haji Khairan lagi, pemimpin-pemimpin PAS ketika ini adalah terdiri dari golongan ilmuan agama, apabila mereka mengeluarkan perkataan, mereka mempunyai sandaran sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi s.a.w. atau pun Ijma' Ulama. Bukan sebarangan melepaskan fatwa tanpa rujukan.


Suara Pengundi Kawasan P176 Kimanis Sabah Bergema Menolak Anifah Aman Sebagai Calon PRU13

Beberapa kumpulan pengundi kawasan Kimanis, Sabah sebulat suara menolak kepimpinan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman supaya tidak dicalonkan balik pada PRU13 akan datang di kawasan P176 Kimanis.

Mereka memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar memberi peluang kepada anak tempatan Kimanis sebagai calon pada PRU13 nanti. Kumpulan ini melaungkan slogan ‘Suara rakyat didengari, kerusi UMNO disayangi’.

Antara isu yang dibangkitkan oleh kumpulan ini, salah satunya ialah isu pengangguran. Namun demikian, ada juga yang menyangkal bahwa, Dermaga Pertonas yang ada di Kimanis sekarang ini adalah atas daya usaha Anifah Aman sendiri untuk tujuan Kemajuan Wilayah Kimanis. Apakah benar Anifah gagal menangani isu penggangguran di kawasannya?.


SR dapati menurut sumber yang dipetik dari lama sosial FCB Membakut Jaya, jika tidak ada perubahan calon di kawasan Parlimen Kimanis, mereka akan memindahkan undi kepada pembangkang sebagai protes keputusan kepemimpinan UMNO Pusat. Ada yang sanggup mengatakan, protes itu hanya sekadar menunjukkan kekuasaan ‘rakyat’ lebih kuat dari mereka.

Kumpulan ini juga menyatakan bahwa, mereka tidak akan menyesal dengan tindakkan menolak pemimpin yang bukan penduduk asal kawasan itu. Apa yang penting pada mereka ialah, anak jati Kimanis sendiri sebagai calon pada PRU13 nanti. Mereka rasa puas hati dan gembira sekiranya melihat anak jati Kimanis sendiri dicalonkan di kawasan mereka.

Apakah kawasan Kimanis kurang mendapat perhatian dari Anifah Aman. Atau, Anifah sendiri memang tidak disenangi kewujudannya di kawasan itu?. Sama-samalah kita tunggu dan lihat kesudahan polimek Menteri Luar Malaysia ini pada menjelangnya PRU13 nanti.

Thursday, 8 March 2012

Budaya Subsidi vs Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang : Allahyarham Dr. Haji Datu’ Bandira


Terkenang pula cerita seloka bekas Pesuruhjaya PAS Sabah, Allahyarham Dr. Haji Datu’ Bandira Haji Datu’ Alang secara tiba-tiba. Dengan tidak sengaja, wajah fotonya terpapar di skrin computer saya.

Kisah ini menceritakan kehidupan dua generasi haiwan peliharaan, yang mengisahkan perjalanan hidup ‘Ayam Kampung’ dan ‘Ayam Karan’.

Pada mulanya, Ayam Kampung akan dibinakan reban oleh si tuan untuk mereka tempat berteduh. Si ayam betina, akan cari tempat yang selamat membuat sarang untuk menyimpan telur jika tuannya gagal menyediakan sarang bagi menetaskan generasinya supaya tidak pupus.

Si ayam jantan pula seringkali mengipas-ngipaskan sayap dengan jerit pekik yang nyaring lagak pahlawan, keris sedia terhunus di kaki. Jika paluan atau terjahan hebat, tuannya tentu sekali gembira menjadikan ia pahlawan di gelanggang (ayam sabung). Jika ia menang, habuannya berbagai vitamin disajikan. Jika pula ia tersungkur, keris si tuan pula akan menjelar lehernya.

Si tuan Ayam Kampung setiap pagi akan membuka pintu reban. Generasi ini akan keluar cari makan untuk meneruskan kehidupan tanpa bantuan tuan mereka. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang, beitulah rutin harian mereka. Bila datang waktu senja, sedia kala ayam kampung akan balik ke tempat tinggal seperti yang diajar oleh tuan mereka tanpa dipandu oleh siapa-siapa.

Si tuan senang hati dengan gelagat peliharaannya. Tiba waktu matang, si tuan akan jual dengan harga yang lumayan. Tanpa menyusahkan si tuan, jasa Ayam Kampung kepada tuannya amat bermakna sekali. Ayam Kampung bangga diri dengan cara mereka berdikari. Sekurang-kurangnya dapat membantu dan meringankan beban kehidupan tuan mereka.

Manakala kisah kehidupan si Ayam Karan pula, si tuan terpaksa menyediakan modal yang besar. Dijaga dengan baik, disediakan tempat tinggal yang selesa, dan berbagai kemudahan lagi akan disediakan kepada mereka. Generasi ini, setiap hari disuapkan makanan. Sehari tak makan, alamat kebuluranlah mereka dan mungkin juga sampai berlakunya kematian.

Ayam Karan cepat membesar, jika dibandingkan dengan Ayam Kampung. Ayam Karan sudah biasa dengan budaya subsidi. Tiada subsidi dari si tuan, mereka tidak boleh hidup dan akan jadi kurus kering. Jika si tuan hidup, mereka pun hidup. Dan, sekiranya tuan mati, mereka pun akan turut sama mati. Begitulah juga seterusnya, kalau tuan mereka bangkrap, mereka juga akan jatuh muflis dan jadi papa kedana.

Si tuan Ayam Karan akan tabur makanan yang berzat-zat setiap hari kepada mereka. Tiba waktu umur matang dengan badan yang besar dan gemuk sehingga jarum timbangan mereng. Si tuan akan cari taukeh untuk memasarkan mereka.

Ayam Karan akan pupus tanpa generasi yang ditinggalkan, mereka semuanya akan dijual. Hasil jualan itu, si tuan akan cari pula generasi lain untuk dibesarkan dan digemukkan sebagai ternakan. Begitulah seterusnya sehinggakan si tuan jadi kaya raya, manakala si Ayam Karan pun mati disembelih oleh si taukeh.

Panjang cerita seloka ini, hanya setakat itu sahaja yang saya dapat kongsikan bersama dari Allahyarham Dr. Haji Datu’ Bandira. Rasanya, semua tahu cara perjalanan kehidupan Ayam Kampung dan Ayam Karan. Cerita ini saya rakam dalam minda sewaktu beliau memberikan ceramah motivasi  sebagai penceramah jemputan khas suatu ketika dahulu.

Dalam isi kandungan cerita ini, ianya tiada kaitan kepada siapa-siapa mahu pun yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ianya hanya sekadar motivasi dan rekaan semata-mata. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham.

AL-FATIHAH
الحمد لله ربّ العالمين  
Al-hamdu lillahi rabbil 'alamin

Ko-Nelayan dan Agensi Lain Hidup Segan Mati Tak Mahu, Sejak Wujudnya LKIM di Sabah

Mari kita rungkai bersama, di manakah silapnya aduan nelayan Beluran ini sehingga meminta Wakil Rakyat mereka Datuk Ronald Kiandee campur tangan.

  • Jaini Ating (Nelayan) : Salam perjuangan DRK (Datuk Ronald kiandee). Seperkara yang ingin saya kongsikan tapi bukan publisiti. Keluhan rakyat dari warga nelayan Beluran untuk perhatian dan tindakan DRK sebagai wakil kami di akar umbi ini. Masaalah saya di pihak kami telah membuat permohonan Dana Transformasi Nelayan (bot fiver engine dalam) permohonan itu bermula 2009 dan telah di luluskan oleh LKIM 2010. LKIM melantik anak syarikat LKIM iaitu MEMS yang berpengkalan di Slipway Kuantan Pahang sebagai pelaksana membuat bot tersebut. Agrement litter telah dibuat pada tahun 2010 antara PNK dengan MEMS dan bayaran telah pun dilunaskan penuh sejumlah RM280,000. Tapi, hingga ke hari ini baying-bayang BOT TN tidak nampak-nampak kemunculannya. Kerajaan melaung- laungkan penghijraan nelayan tradisional ke nelayan moden, 5 tahun yang lalu. Nampak-nampaknya nelayan hampir hilang minat kerana penghijraan itu menelan waktu yang amat berabad (panjang) lamanya sehingga penantian kami ada nelayan yang tidak sempat merasa. Apa itu hijrah?. Tolonglah Datuk panjangkan masaalah ini di pihak Kementerian berkenaan”.     Info - Klik Kumpulan Terbuka FCB Ronald Kiandee
Bila kita perhatikan dasar tranformasi yang diwar-warkan itu, ia amat baik sekali dan boleh melangsaikan kemelut kemiskinan nelayan. Program Bot Transformasi Nelayan merupakan program penghijrahan nelayan kecil- kecilan / tradisional kepada nelayan moden dan komersial ataupun penghijrahan nelayan miskin yang hanya mengharapkan bantuan kerajaan secara berterusan kepada nelayan yang berdikari dan berdaya maju.

Pada 31 Mei 2010 lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah melancarkan Perasmian Bot Transformasi di Mini Kompleks Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan Kawasan Papar Kampung Laut, Papar, Sabah. Objektif program ini adalah untuk menjadikan sektor perikanan pantai, satu sektor ekonomi yang produktif, berdaya saing, menarik dan menguntungkan melalui pengurusan yang lestari.

Bagi mencapai objektif tersebut, beberapa kaedah pelaksanaan diperkenalkan. Antaranya, mengurangkan bilangan vesel yang tidak produktif, menggantikan vesel kayu yang dilupuskan dan diganti dengan vesel FRP, memperkayakan sumber perikanan di dalam perairan 12 batu nautika, mengamalkan ‘target fishing’ di Ladang Ikan Di Laut dan memberi bantuan pinjaman modal melalui Dana Nelayan kepada pemilik vessel yang berminat untuk bergabung bagi mengusahakan satu vesel.

Kerajaan telah memperuntukan DANA Nelayan sebanyak RM3.718 juta. Bilangan nelayan yang diberikan peruntukkan ialah seramai 94 orang nelayan yang telah dibahagikan kepada 33 buah kumpulan. Di sabah sahaja bagi tahun 2008-2010, 30 orang nelayan telah menjadi sasaran utama transformasi ini dan kerajaan telah meluluskan dana kepada 21 nelayan, manakala 9 lagi adalah sasaran tambahan.

Agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dasar berkenaan diletakkan di bahu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Piagam Pelanggan LKIM ialah memberi kelulusan Permohonan Peruntukan Pembangunan yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan dalam tempoh 14 hari bekerja dan menyelesaikan semua aduan dan masalah daripada nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 3 hari bekerja.

Bukan itu sahaja, malah LKIM memberi kelulusan Permohonan Pinjaman Dana Nelayan yang dikemukakan oleh nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 30 hari bekerja serta mempastikan semua peruntukan pembangunan dibelanjakan pada tahun berkenaan. LINK - LKIM

Satu piagam yang baik, tapi kenapa isu di atas itu timbul lagi?. Atau betullah persepsi masyarakat Sabah, sejak kewujudan LKIM di negeri ini semua peranan dan fungsi agensi negeri seperti Kementerian, Jabatan Perikanan dan Ko-Nelayan seolah-olah hidup segan, mati tak mahu.

Monday, 5 March 2012

Rutin Harian Lempar Fitnah : Macai-Macai UMNO Kantoi!!

Blogger UMNO/BN seringkali menggunakan taktik kejam untuk menyebarkan fitnah, menipu dan menanam perasaan takut dan kebencian di kalangan orang Melayu dengan menggunakan berbagai cara tohmahan serta cercaan berbentuk sintimen agama dan kaum. Tujuan mereka hanya untuk mempertahankan pemimpin-pemimpin UMNO/BN bagi mengaburi mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan berbilion-bilion ringgit wang rakyat.

Terkini, kerajaan negeri Kelantan menjadi sasaran blogger-blogger upahan UMNO/BN dengan menghebahkan sepucuk surat bebentuk arahan. Kononnya, penyebaran fitnah seumpama ini akan dapat menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu. Tapi malang sekali, kerja-kerja fitnah yang sudah Allah s.w.t. laknat dan benci itu didapati kesahihannya boleh dipertikaikan, malahan ianya satu penipuan dan pembohongan. 

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah."

Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)

Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).

Firman Allah bermaksud: “...fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan...” (Surah al-Baqarah, ayat 217).


Saksikan kesahihan surat yang dihebahkan ini. Bentuk ayat-ayat yang tidak munasabah serta saiz fonts yang berbeza setiap perenggan. Malah, tandatangan yang dibulatkan itu seperti cakar ayam, macam tandatangan budak tadika. Bukan itu saja, 'SEBAGAIMANA' di tulis 'SEBGAIMANA'. Hahaha.. Penipu taik kucing!!


Sunday, 4 March 2012

Shahrizat Pasrah – Najib Dilema!! Gugurkan atau Pertahankan?


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil telah menyerahkan nasibnya kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengenai kedudukan beliau sebagai Senator yang dilantik pada 9 April 2009 lalu dan berakhir pada bulan depan.

Ketika ditemui oleh Bernama selepas majlis program kebajikan Rakyat 1Malaysia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini, dengan katanya. "Semuanya terpulang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri".

Mungkin, kenyataan Shahrizat itu sebagai maklum balas daripada laporan sebuah akhbar berbahasa Cina (Sin Chew) yang membuat spekulasi bahawa beliau berkemungkinan tidak dilantik semula sebagai senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April ini.

Apapun sebarang tindakan yang diambil oleh Najib ke atas Shahrizat dengan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui oleh suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, tentu saja akan mengundang berbagai polimek tentang kewibawaan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Antara persoalan nanti yang akan ditimbulkan ialah, sekiranya Shahrizat digugurkan. Maka, jelaslah bahwa Najib telah silap mencatur kabinetnya selama ini. Dalam sejarah politik UMNO/BN, zaman Najiblah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menang dalam pilihanraya dengan mendapat mandat majority rakyat tidak diberikan peranan dalam cabinet kerajaan Malaysia.

Justeru itu, Najib sudah tentu tidak dapat elakkan lagi fenomena ini. Sudah terang lagi bersuluh bahwa kerajaan beliau sekarang diterajui oleh sebahagian pemimpin-pemimpin yang bermasalah seperti yang didakwa sendiri sebelum ini oleh Shahrizat bahwa, bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam kerajaan UMNO/BN. 

Dan, jika sekiranya Najib mempertahankan Sahrizat pula dalam kabinetnya, tentu sekali tindakan atau keputusan itu tidak akan disenangi oleh dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri yang menganggap selama ini Shahrizat adalah liability UMNO/BN.

Nah!! Mana satukah yang Najib mahu pilih?.. Pertahankan Shahrizat ke, atau gugurkan saja Shahrizat dalam kabinetnya?..

Wednesday, 29 February 2012

KERJA SYAITAN : Halal Haram Tak Kelihatan, Bila Islam Diletakkan Di Kandang Salah - Mejar Haji Ramli


Nota Ringkas SR, 'Menjejaki Mentaliti Seorang Tokoh'


MEDIA ADALAH WADAH DAKWAH

Mejar (Bersara) Haji Ramli Abdul Rahim suatu ketika dahulu semasa di universiti pernah berpolemik dengan Profesornya tentang saluran maklumat media TEHRAN TIMES. Persoalan beliau, apakah wajah TEHRAN TIMES semasa zaman Shah Iran dan zaman Ayatullah Khomini?. Dan, apakah kerja TEHRAN TIMES pengampu Shah Iran itu mengampu Ayatullah Khomini apabila tampuk pemerintahan Iran bertukar?. Pada pandangan akademik yang tidak mewakili mana-mana pihak atau parti, persoalan sinis itu beliau bangkitkan untuk mengajak masyarakat menoleh ke Putrajaya.

S
aya Ready beranggapan dan sempat mencatatkan sedikit 'nota ringkas' beberapa pandangan dan pendapat Mejar Haji Ramli Abdul Rahim di sini bahwa, beliau adalah seorang tokoh pejuang. SR dapat menjejaki mentaliti tokoh ini sewaktu tengah bersembang di laman social facebook kumpulan terbuka ‘JOM BELASAH MEDIA LONGKANG’ (JBML). SR ada mengajukan satu pertanyaan terhadapnya, apakah beliau menyokong JBML dan, media longkang tu siapa?. Beliau tidak menghampakan SR yang menunggu jawaban, dengan katanya;

“Ini bukan sokong atau tentang!
Borneo Menggugat yang melahirkan JOM BELASAH MEDIA LONGKANG, punya nawaitu untuk menarik audienns, saya di sini untuk berdakwah, ijazah saya adalah dalam mass communication, ini domain saya. Saya berdakwah untuk merubah wajah pemberitaan kepada yang lebih Islamik. Malaikat ada di kiri kanan kita sentiasa mencatat apa yang kita tulis apa yang kita lakukan dan kita semua akan diberi buku catatan itu sama ada dari tangan kanan atau kiri di depan Allah Robbul Jalil di Yaumil Mahsyar”.

Pada Mejar Haji Ramli, bukan caranya untuk mengutuk mana-mana pemimpin di Negara ini seperti Dato Seri Najib Razak, Tok Guru Nik Abdul Aziz, Dato Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya, dakwahnya adalah umum dan juga tidak menyerang mana-mana parti politik di Negara ini. Ditambah lagi dengan rumah beliau berhampiran dengan Masjid yang selalu berjumpa dengan sahabat-sahabatnya dari ABIM. Menurut Mejar, beliau masih apolitical bukan UMNO ataupun PAS. Beliau berjuang atas landasan Islam, kerana politik maki hamun Allah SWT tak ajar, Rasululah SAW pun tak ajar, katanya lagi.

Mejar Haji Ramli juga ada mengingatkan bahwa, lebih sepuluh tahun lalu tentang isu tiga ratu cantik yang pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Allahyarham Mufti Selangor ketika itu dibelasah habis-habisan kerana mempertahankan tindakan JAIS. Mejar telah membangkitkan persoalan, siapakah yang jadi tukang belasah ketika itu dengan tindakan JAIS?. Beliau mendakwa. akhbar-akhbar tempatan ketika itu membela ratu-ratu cantik ini, ‘ITULAH AKHBAR LONGKANG YANG TAK KENAL HALAL DAN HARAM’. Bila Islam dikandang orang salah, halal haram tak nampak dan itulah juga kerja syaitan, tambahnya lagi.

Pendapat Mejar Haji Ramli, politik seharusnya kena ikut arus Islam dan di Islamkan, bukan Islam dipolitikkan. Pandangan beliau pula siapa yang akan ke Putrajaya selepas PRU Ke-13 nanti?. Mejar telah mengemukan jawaban surah Al-Imran [3:26], bahwa inilah jawaban beliau.

Allah telah berfirman - Al-Imran [3:26]

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” - Ali Imran [3:26].

Mungkin ada ramai rakyat di Negara ini yang tidak mengenali Mejar Haji Ramli Abdul Rahim. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa lebih 1,000 ahli kumpulan terbuka laman social facebook JBML. Menurut beliau, tujuannya sebenar menatang kumpulan terbuka berkenaan adalah untuk berdakwah. Semua akan mati, samaada tengah-tengah berseronok atau sedang berdukacita. Apabila sampai masa Malaikat Izrael datang menjalankan tugas, selamat tinggal duniaku, tambahnya lagi.

"Apabila mati anak Adam, putuslah amalannya, kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh" – hadis

Mejar Haji Ramli Abdul Rahim (Bersara) A.M.N. adalah bekas Pegawai Perhubungan Akhbar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kementerian Pertahanan. Mendapat pendidikan di Armed Forces Apprenctice Trade School Port Dickson dari 1969 hingga 1971. Selepas itu beliau mengikuti program di Pre-Officers Cadet Training Unit (PREOCTU) di Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada 1972 sebelum meneruskan latihan di Maktab Tentera Diraja Sg. Besi Kuala Lumpur dan ditauliahkan sebagai pegawai pada 20 April 1973.

Pada tahun 1974 beliau telah dihantar berkursus di Texas dan mendapat Diploma of American English daripada Defense Language Institute, San Antonio, Texas sebelum meneruskan kursus ketenteraan di Tyndall Air Force Base, Tampa, Florida, Amerika Syarikat. Semasa di dalam perkhidmatan, beliau telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Komunikasi Massa dan di Universiti Malaya dalam bidang Kajian Strategik dan Pertahanan.

Selain daripada itu, beliau juga telah mengikuti kursus pegawai turus di Maktab Turus Angkatan Tentera di Haigate Kuala Lumpur. Semasa berkhdimat, Mejar Haji Ramli telah diberi kepercayaan untuk menjadi Editor Berita Udara (1981-1990), (1994-1995) dan (1997-1999). Beliau telah menjadi Editor Majalah Keselamatan TUDM (MKT) semasa ditugaskan di Inspektorat TUDM.

Mejar Haji Ramli pernah ditumpangkan kepada The New Straits Times Group pada 1993 untuk bertugas dengan akhbar The Malay Mail sebagai sebahagian daripada program internship. Beliau telah menulis buku yang berjodol ‘A Portrait of Military Aviation in Malaysia (1936-1990)” yang diterbitkan oleh Pustaka Cipta Sdn. Bhd. pada 1991.

Pada tahun 1998 buku beliau yang berjodol “Guarding the Sky” telah diterbitkan oleh Diwangsa Publications. Sajak-sajaknya telah diterbitkan bersama penyair Indonesia yang lain dalam antologi yang berjodol “Graffiti Gratitude” yang diterbitkan oleh Yayasan Media Sastra dengan kerjasama Penerbit ANGKASA Bandung, Indonesia pada 2001.

Mejar Haji Ramli adalah seorang penulis yang versatile, dan tulisan-tulisannya telah tersiar di dalam Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, majalah Ummi, Kancil, Gila-Gila, Dewan Kosmik, Pahlawan, Tamadun, Perajurit, Aniqah dan sajak-sajaknya mendapat tempat di majalah Dewan Sastera, Mastika, Sarina, Variasari, Wanita, akhbar-akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Zaman dan Watan.

Semenjak bersara pada tahun 2004, kerjaya Mejar Haji Ramli Abdul Rahim sekarang ialah, antaranya; sedang menulis sejarah militer di Siasah, mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, Pensyarah Tamu Asia E-University dalam subjek kepimpinan.

Difahamkan, Mejar Haji Ramli memiliki tiga orang cahayamata, seorang belajar hafiz di Al-Azhar, masih di Madinah dan seorang lagi di UIA sebagai penasihat undang-undang SUK Selangor, manakala yang bongsu semester akhir di UUM Sintok.

Kalam terakhir Mejar Haji Ramli yang dapat SR kongsi di sini ialah, “Islam tidak memperjuangkan bangsa, dalam kubur malaikat Mungkar Nangkir tak Tanya, APA BANGSA KAMU?. Proses dakwah dan tarbiyyah adalah berkesinambungan”.


SUMBER :
KLIK JBML


TIMBULKAN PERSOALAN PADA DIRI ANDA, BERAPA ORANGKAH YANG BERDAKWAH MENGGUNAKAN SUMBER MEDIA DI NEGARA INI?. MARILAH KITA LIHAT SUMBER MEDIA MUTAKHIR INI, TEPUK DADA TANYA IMAN..

Monday, 27 February 2012

Najib Kantoi!!.. UMNO/BN Tak Perlu Tunggu Majoriti 2/3 PRU13 Jika Ikhlas Banteras Rasuah : Tuan Ibrahim Tuan Man

Perdana Menteri, DS Najib Razak menyatakan semalam akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah (SPRM), seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka. Namun demikian, beliau menyatakan bahawa isu ini perlu pindaan perlembagaan.

Ekoran daripada kenyataan itu, PAS akan mengemukakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah seperti yang dicadangkan oleh Najib Razak pada sesi parlimen terdekat supaya UMNO/BN tidak perlu menanti mendapat 2/3 majoriti parlimen dalam pilihanraya akan datang untuk melaksanakannya, kerana rakyat akan menilai sejauhmana kerajaan mendokong usaha membanteras rasuah dengan menilai sokongan UMNO/BN, menurut kenyataan reaksi balas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Jika PM ikhlas dalam membanteras rasuah, beliau tidak perlu mengambil usul ini sebagai satu lagi janji berbentuk ‘you help me, I help you’ untuk mendapatkan undi rakyat, kerana pihak PAS dan Pakatan Rakyat sudah tentunya akan menyokong usul tersebut asalkan ia memberi manfaat kepada negara dan rakyat,” tegas Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sepatutnya, kata Tuan Ibrahim, bukan sahaja kuasa pemantauan diberikan kepada kakitangan SPRM, bahkan kuasa pendakwaan juga sepatutnya diberikan kepada SPRM, dan bukan lagi tertakluk kepada budi bicara Peguam Negara sebagaimana kini. “Apa yang penting bagi SPRM bukan semata-mata siasatan, tetapi turut mempunyai kuasa pendakwaan. Rakyat masih bertanya kemana pendakwaan kes berprofile tinggi yang pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Rais Yatim, demikian juga isu besar NFC dan sebagainya,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Mengenai komitmen UMNO/BN untuk membanteras rasuah, Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat mengenai wayang ‘anti-rasuah’ yang dimainkan ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan pendakwaan terhadap Tan Sri Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia, di mana kedua-duanya akhirnya didapati tidak bersalah.

Friday, 24 February 2012

Saluran Media Arus Perdana Pro UMNO/BN Bukan Lagi Pilihan Rakyat Dapatkan Maklumat

Mutakhir ini, sesetengah rakyat di Malaysia menyatakan rasa kebencian mereka terhadap media arus perdana pro kerajaan UMNO/BN, contohnya media elektronik seperti saluran RTM dan Media Prima serta suratkhabar umpamanya Utusan Malaysia, Berita Hairan dan sebagainya. Mereka lebih suka melihat dan membaca berita dari pelbagai sumber di cyber seperti Tranungkite V11, Malaysiakini, Tukar Tiub, Harakah Online, Metro Online, Sinar Harian, majalah-majalah hiburan dan mana-mana sumber alternatif lain yang mereka boleh perolehi.

Pengamal media Mohamed Idris Saman, telah menyatakan keterbukaannya terhadap polimek media di akhir-akhir ini, dengan katanya; "Saya sudah lama berhijrah ke Sinar Harian, kerana ingin membantu memajukan akhbar harian mereka. Sudah lama lari dari Utusan Malaysia dan Berita Harian. Duit saya ni berapa sen sangatlah kepada mereka!". Kenyataan ini, SR rujuk di lamam sosial FCB kumpulan terbuka Jom Belasah Media Longkang(KLIK)

Kenapa ini berlaku?. Apakah benar dakwaan sesetengah pihak itu bahwa, media arus perdana UMNO/BN kini hanyalah sekadar melontarkan tohmahan dan cercaan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang seperti DS Anwar Ibrahim, tetapi pada masa yang sama mereka membodek pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Hasrat untuk menyatakan kebenaran itu jauh sekali dilubuk hati mereka.

Terbaru, DS Najib Razak memberikan arahan kepada media perdana seperti RTM, TV3, Bernama dan mana-mana media pro kerajaan UMNO/BN yang lain supaya mengurangkan berita-berita yang terlalu memburukkan pihak pembangkang. Kononnya, isu yang keterlaluan bukan menambah sokongan kepada UMNO/ BN, malahan memualkan rakyat dan simpati atau sokongan akan bertambah kepada pihak pembangkang. Sebaliknya arahan terbaru Najib ialah, media-media ini seharusnya menyiarkan lebih banyak berita mengenai kebaikan kerajaan Barisan Nasional.

Dakwaan lain juga menyatakan bahwa, berita-berita yang dilapurkan itu hanya sekadar menambahkan sensasi sedangkan berita tersebut boleh melahirkan kebencian kepada pembaca dan pendengar. Seharusnya media mengambil kira berita yang disampaikan untuk menarik dengan mengkaji sedalam-dalamnya minat pembaca, pendengar dan penonton.

Menurut kajian pembaca dan pendengar ini, membaca sebenarnya menggerakkan dua minda, minda khayalan dan minda nyata. Bila membaca, kedua-duanya akan berinteraksi. Khayalan banyak menggunakan interpretasi dan logik, manakala yang nyata akan mengikut apa yang dilapurkan. Bila digabungkan kedua-duanya, baru berita disimpan dalam minda. Maka itu, kotak minda akan memprosesnya dan akan menyimpan data itu jika perlu. Data yang dianggap virus akan dibuang ke dalam longkang. 

Isu Keganasaan di Syria, PR Pertikaikan Tindakan Kerajaan Malaysia Berdiam Diri

Apakah Kerajaan Malaysia menyokong keganasan di Syria?




Pada 10 February 2012 yang lalu, Pakatan Rakyat telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Syria mendesak agar menghentikan segera keganasan serta menyeru Presiden Bashar meletak jawatan. Malaysia adalah salah sebuah negara yang turut berada dalam gabungan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sewajarnya membuat desakan itu agar diadakan persidangan khas bagi membincangkan keganasan tersebut.

Namun demikian, Kerajaan UMNO/BN menyatakan pendirian bahwa kerajaan Malaysia berhubung isu yang berlaku di Syiria adalah tanggungjawab rakyat Syiria sendiri dalam memastikan kesejahteraan dan kestabilan negara mereka. Kenyataan ini disuarakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn pada 22 Februari 2012 lalu kepada Duta Syria, Dr. Mohamad Khafif semasa dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.

Justeru itu, Syria mengangumi pendirian UMNO sebagai sebuah parti politik yang mantap dalam menyatakan pendirian menolak sebarang campurtangan luar dan tidak menerima hakikat berkaitan unsur-unsur luar dalam usaha memporak-perandakan sesebuah negara. Apakah peranan Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?.

Wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa juga turut sama menjadi mangsa dalam isu keganasan yang melanda negara Syria ketika ini. Pandang dan rasailah dengan panca indera, serta hayati dengan seadil-adilnya dunia akhir zaman yang mana manusia itu melihat dunia ini sebagai syurga bagi mereka yang tamak.


Sumber : harakahdaily dan umno-onlineumno-online

Tuesday, 21 February 2012

Rahman Dahlan Pertikaikan Penjualan Tanah di Bayan Mutiara, Pulau Pinang : Isu Tanah di Sabah Bagaimana?

Setiausaha Perhubungan Barisan Nasional Sabah juga MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah mendakwa bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan berdasarkan daripada maklumat laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Antara dakwaan Abdul Rahman Dahlan dan Zainal Abidin Osman ialah kononnya, tiada tender terbuka; harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi; dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.

Ekoran daripada dakwaan tersebut, lantas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mencabar Zainal Abidin dan Datuk Abdul Rahman Dahlan agar berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka. Beliau juga sedia untuk berundur diri daripada area politik sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan.

Pada 18 February 2012 lalu, syarikat Ivory Properties Group Bhd (IPGB) telah mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan dan menjelaskan bahawa ia telah memperolehi tanah 41.5 hektar di Bayan Mutiara, Pulau Pinang melalui sistem tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Kerajaan negeri Pulau Pinang kesal dengan tindakan UMNO yang cuba memainkan isu perkauman dalam perkara ini dengan menyoal mengapa rakyat tempatan tidak boleh melakukan kerja tersebut sebaliknya memilih Singapura. UMNO memainkan sentimen anti-Singapura bukan sahaja provokasi perkauman tetapi juga double-standards kerana apabila Singapura datang ke Iskandar, Johor tiada masalah, tetapi tidak boleh pula di Pulau Pinang.

Guan Eng mendakwa bahwa, taktik ekstrem sedemikian oleh UMNO tidak berkesan di Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang menyokong usaha ikhlas Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyediakan rumah mampu milik terbaik untuk golongan miskin di Malaysia, ujarnya lagi.

Apa yang pelik bin ajaib di sini bagi SR ialah, kenapa Rahman Dahlan beria-ia sangat mempertahankan penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara, Pulau Pinang. Apakah beliau tidak sedar dengan pejualan pulau-pulau di Sabah dan pengambilan tanah komunal masyarakat kampung yang melanda rakyat Sabah masa kini, yang kian dibaham oleh syarikat-syarikat kroni pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional?.

Info dari Anak Sungai Derhaka KLIK DI SINI