Terkini, kerajaan negeri Kelantan menjadi sasaran blogger-blogger upahan UMNO/BN dengan menghebahkan sepucuk surat bebentuk arahan. Kononnya, penyebaran fitnah seumpama ini akan dapat menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu. Tapi malang sekali, kerja-kerja fitnah yang sudah Allah s.w.t. laknat dan benci itu didapati kesahihannya boleh dipertikaikan, malahan ianya satu penipuan dan pembohongan.
Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah."
Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)
Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).
Saksikan kesahihan surat yang dihebahkan ini. Bentuk ayat-ayat yang tidak munasabah serta saiz fonts yang berbeza setiap perenggan. Malah, tandatangan yang dibulatkan itu seperti cakar ayam, macam tandatangan budak tadika. Bukan itu saja, 'SEBAGAIMANA' di tulis 'SEBGAIMANA'. Hahaha.. Penipu taik kucing!!
Rakyat bukan mudah terpedaya dengan usaha menyebar fitnah, kita boleh menilai sendiri apa yang betul dan apa yang tidak.
ReplyDeleteUndilah dengan bijak semasa PRU-13 nanti, ikut naluri kita dan bukan desakan pengaruh luar.
ReplyDeleteSekarang macam2 boleh jadi. Benar atau tidak memang sukar dipercayai. Dalam politik apa pun boleh berlaku, jadi rakyat pun pandai2 la menilai.
ReplyDeleteFitnah ataupun tidak, be professional.
ReplyDeleterakyat perlu bijak menilai semua perkara yang disiarkan.
ReplyDeleteTidak buat rutin harian blogger Pakatan lagikah? Pembangkang sabah kah juga.
ReplyDeletePasti lagi teruk fitnah yang mereka lakukan dan tidak patut. Benar atau tidak??
ReplyDeleteitu sahaja cara dia mempertikaikan surat ini?? buat la laporan polis..
ReplyDelete