Sunday, 13 October 2013

PERSOALAN : MELAYU DAN ISLAM, BANGSA DAN AGAMA?



Beberapa persoalan untuk renungan bersama terutamanya kepada Presiden JATI dan ISMA yang mana antara fikrah atau dasar perjuangan mereka ialah MEMARTABATKAN ISLAM MELALUI PENYATUAN DI BAWAH RUMPUN MELAYU yang cuba diperkenalkan di Borneo!
  1. Dasar perkauman di Semenanjung Tanah Melayu yang mana Melayu mewakili pelbagai etnik atau kaum yang beragama Islam dan dua kaum lagi iaitu Cina dan India. Ini sebenarnya telah merugikan dakwah Islam kerana dua kaum bukan Islam tersebut tidak dapat melihat keindahan Islam kerana syaratnya mereka harus melihat Islam melalui teropong Melayu dahulu. Lalu peningkatan % umat Islam di sana tak sehebat di Sabah dua kali ganda sejak merdeka. Adakah ini benar?
  2. Faktor peningkatan % dua kali ganda umat Islam di Sabah sejak merdeka selain faktor imigran muslim adalah disebabkan terlalu minima dasar perkauman yang diamalkan. Orang Cina, Kadazan, Dusun, Murut, Bajau dan lebih 30 suku atau etnik yang lain melihat Islam secara langsung. Secara fitrahnya meraka lebih senang menerima Islam melalui sudut kaum masing-masing dan Islam dilihat sebagai faktor penyatuan. Adakah ini benar?
  3. Namun, umat Islam di Sabah dilihat tidak mantap, miskin, berpecah belah, kurang amalan beragama berbanding di Semenanjung Tanah Melayu. Ia munkin disebabkan faktor pendidikan yang kurang dan dhaif. Kerajaan dan juga pelbagai jabatan, agensi serta NGOnya telah merampas banyak hak peluang pendidikan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan golongan ini. Adakah ini pun benar?
  4. Di Sarawak ada dakwaan konon kontrak sosialnya sama seperti di Sabah, tetapi mengapa % peningkatan umat Islam tidak banyak berubah di sana. Ini munkin adalah di sebabkan dasar pemerintahnya juga sama seperti di Semenanjung Tanah Melayu iaitu MEMENJARAKAN ISLAM MELALUI POKET MASING-MASING. Sukar di lihat oleh kaum lain dalam rupa bentuknya yang sebenar. Adakah ini juga benar?
  5. Nabi Muhammad SAW sendiri dalam sirah dakwahnya tidak pernah meletakkan faktor ARAB dalam menyatukan bangsanya, tetapi Islam dan Iman tetap faktor utama penyatuan tersebut. Adakah ini tidak benar?
Menurut Dr Yusof Al Qardawi, faktor utama kelemahan Umat Islam kini adalah disebabkan majoritinya tidak memahami ‘fikh aulawiyyat’. Umat ini lebih mengutamakan kosmetik yang cantiknya sementara sahaja, sedangkan perkara dasar yang memberi kesan jangka panjang sehingga ke akhirat dikemudiankan. Mereka selalu memilih premis dan masa yang salah!!..

Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment