Rakyat Sabah rata-ratanya kecewa dengan kegagalan DS Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan RCI (Royal Commission of Inquiry) atau Suruhanjaya Siasatan diRaja bagi menangani isu pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah. Ramai yang mengharapkan penubuhan RCI dapat dan berjaya dibentuk untuk menangani isu Pati di Sabah dan juga seluruh Malaysia, tetapi Najib seolah-olah melihat perkara ini tidak serius.
Datuk Ronald Kiandee, MP Beluran merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia telah memberi respond semalam dalam laman social FCB kumpulan terbuka yang ditubuhkannya dengan berkata, “Kita kena check dengan Kerajaan Persekutuan, tapi itulah masalah dalam kerajaan yang mengamalkan system persekutuan (federalism). Isu keselamatan Pati pembentukkan RCI mesti diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan, kerana ianya bukan di bawah kuasa Kerajaan Negeri”.
“Memang ramai ahli parlimen kerajaan dan pembangkang membawa isu Pati RCI ini dalam perbahasan-perbahasan mereka. Sebenarnya hanya kerajaan saja yang berkuasa untuk tentukan pembentukan RCI bukan ahli-ahli parlimen. Sedang usul untuk bentuk ‘parliament select committee’ pun harus datang dari kerajaan”, katanya lagi
Beliau menambah, “Semua orang Sabah tidak menerima Pati, dikalangan semua wakil rakyat pun sedemikian. Dua belas tahun saya di parlimen memang setiap wakil kerajaan dan pembangkang Sabah suarakan isu ini. Pembangkang Semenanjung cuma mula bercakap tentang Pati Sabah secara serius konon hanya selepas pilihanraya 2008 lalu”.
Ronald Kiandee melihat semua itu hanya sebagai kekuatan politik mereka. Beliau mengakui bahwa pati adalah isu Sabah, penyelesaian berkesan harus diambil oleh kerajaan. RCI adalah antara pendekatannya yang penting dalam RCI itu bukanlah pada penubuhannya tetapi perlaksanaan setiap cadangan yang dikemukakan kelak, tambah beliau lagi.
Pada Ronald, RCI tidak perlu dijadikan isu politik, kerana ianya isu yang sama diperjuangkan oleh penbangkang dan kerajaan. Menurut beliau lagi, sekarang ini pun tidak kurang pendedahan pemilikan kad diri dikalangan pati. Banyak sudah teguran dan cadangan yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat dan orang awam Sabah terhadap isu ini.
“Saya seringkali bagi tahu pengundi-pengundi saya di Beluran untuk tentukan lebih ramai orang Sabah pegang jawatan diperingkat persekutuan sama ada jadi menteri atau jadi pegawai tinggi untuk gubal dasar Kerajaan Persekutuan yang akan memihak kepada negeri kita. Setakat jadi pengarah di peringkat negeri tidak cukup untuk mengubah semua ini”, katanya.
Justeru itu, Datuk Ronald telah timbulkan satu persoalan, “Hmm! perlukah kerajaan tunggu RCI untuk mengambil tindakan?”. Kerajaan apakah yang dimaksudkan oleh Ronald, kenapa Najib gagal menangani isu ini dan sama ada dakwaan menteri-menteri di Sabah bahawa Kabinet hanya membuat janji kosong tanpa ada asas yang kukuh?.