Sunday, 12 February 2012

UMNO Terpesong Jauh Dari Landasan Sebenar, Memiliki Penyakit Yang Keji dan Jijik : TS Kadir

Bekas Menteri Penerangan Dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO, bahawa zaman sekarang ini rakyat sudah pandai menilai dan tidak boleh diperbodoh-bodohkan lagi.

TS Kadir telah menimbulkan beberapa persoalan, antaranya; Apakah ‘penyakit’ yang perlu diubah dalam politik UMNO, yang begitu jelas dimarahi oleh rakyat? Siapakah yang perlu berubah! adakah hanya ahli-ahli UMNO sahaja, atau termasuk pemimpin-pemimpinnya sekali juga?
TS Kadir adalah seorang ahli UMNO yang mula memegang jawatan dalam parti sejak tahun 1956, sebelum Negara mencapai kemerdekaan dan seterusnya sehingga sekarang. Beliau berjuang selama 55 tahun dalam parti UMNO termasuk sekitar 30 tahun memegang jawatan selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri.
TS Kadir mahu kongsikan sedikit pengalamannya bersama-sama dengan ahli UMNO lain. Sebagai seorang ahli UMNO, beliau ada hak untuk memberikan pandangan. Beliau telah menyarankan, kajilah pandangannya itu untuk kebaikkan semua pihak.
Antara cadangan dan pandangan TS Kadir adalah seperti berikut:- 
1.   Hapuskan perbuatan keji dan jijik dalaman UMNO, iaitu rasuah yang berbagai-bagai. Antara yang menjijikkan adalah rasuah politik di mana pemimpin dan ahli perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapat tempat-tempat dalam parti termasuk jawatan-jawatan tertinggi dalam parti, yang kena beli dan bayar dengan duit.

2.   Hentikan pemberian rasuah oleh kerajaan BN dan juga parti UMNO secara langsung atau tidak langsung kepada rakyat untuk menjadi popular serta mendapat undi sewaktu pilihanraya. Ada cara lain atau kaedah yang lebih berkesan, berkekalan dan berpanjangan untuk mencapai objektif tersebut, sekiranya ingin popular dan menang dalam pilihanraya yang lebih halal dan lebih baik lagi.

TS Kadir berkata lagi, ‘Percayalah, bukan sahaja rakyat dalam negeri ini tetapi masyarakat antarabangsa juga sedang memerhatikan kita. Perbuatan seperti ini adalah hodoh dan ketinggalan zaman, pengedaran wang tunai kepada rakyat seperti ini akan merosakan nilai-nilai murni dan cara hidup rakyat. Adakah ini yang kita hendak wariskan kepada generasi yang akan datang?’ soalnya lagi.
Kadir hanya mengingatkan bahawa kuasa sebenarnya di Negara ini sejak merdeka adalah di tangan pemimpin-pemimpin bumiputera. Oleh itu janganlah pemimpin-pemimpin dan penyokong UMNO persalahkan orang cina atau parti-parti politik yang berasaskan orang cina, di atas kegagalan pemimpin UMNO itu sendiri untuk meletakkan kedudukkan sosio ekonomi bumiputera di tempat yang seadilnya dan sepatutnya. Kita telah diberi masa lebih 50 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab ini, tambahnya lagi.
Sebagai seorang yang melalui jalan yang panjang dalam perjuangan, beliau cadangkan beberapa perkara untuk perbetulkan keadaan ini agar dapat dilaksanakan. Setelah Kadir buat kenyataan media memprotes kepimpinan dalaman UMNO, macam-macam rombongan datang menemui beliau supaya jangan buat itu dan buat ini.
TS Kadir jawab, “Saya buat apa? Kalau benda macam ini pun saya tak boleh bagi pandangan, apa da jadi dengan UMNO ini, kalau sikit pun saya tak boleh beri pandangan”.

11 comments:

  1. It is true, the voters nowadays are more well-informed and knows how to judge, therefore it will be even harder than before to win their votes.

    ReplyDelete
  2. We should let the people make their own choices, only they can make the decision.

    ReplyDelete
  3. Green Sabah, rakyat masing2 ada hak utk menilai..

    ReplyDelete
  4. Kadir, bila tak dilantik jadi menteri dan hilang kepentingan baru nak memburukkan UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ferlo. Saya pun bosan sangat dengan kenyataan dia tu. Semasa jadi menteri tiada pun suara dia pasal hal2 seperti kenyataan dia. Ntah apa motif dia.

      Delete
    2. Semua kenyataan si Kadir macam tidak mendapat respon dari yang mana2 ahli Umno, semakin la si Kadir tu berucap. Kesian. macam kurang kasih sayang, kurang diberi perhatian.

      Delete
    3. Bukan saja TS Kadir malah kebanyakan mereka yang sudah keluar parti atau yang sudah tiada kepentingan akan mula 'bersuara lantang' tentang keburukan parti atau bekas parti mereka. Cliche!

      Delete
  5. Biarlah apa yang ingin dikatakan oleh Kadir. Rasanya sudah ramai orang yang sama seperti Kadir ini. Namun rakyat tetap kurang senang dan tidak begitu mempercayainya.

    ReplyDelete
  6. sepanjang 55 tahun berjuang bersama umno dan memegang pelbagai jawatan, kenapa baru hari ini dia dedahkan perkara jijik dalam umno?? adakah sebelum ini beliau TERPAKSA bersekongkol bagi melindungki kepentingan beliau dalam parti itu??

    ReplyDelete
  7. andaikata beliau menyertai parti politik pembangkang yang kemudiannya berjaya merampas kerajaan. beliau diberikan jawatan penting dalam kerajaan pada waktu itu.. adakah beliau akan bersekongkol lagi untuk menjaga kepentingan beliau?? tidak mustahil..

    ReplyDelete
  8. TS Kadir = Buang ludah kena diri sendiri?

    ReplyDelete